I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, July 13, 2010

belajar berjinak-jinak dengan status 'pelajar tahun akhir'


Assalamualaikum.

sebenarnya kan baru su perasan. su tak tulis pun pasal 1st day and 2nd day su balik kat ukm ni jadi apa. haha. perlu ke? hee

hari ni dah hari selasa. maknanya dah hari ketiga jadik budak tahun tiga. tahun akhir. kenapa la susah sangat otak ni nak ingat yang anak dara Pakcik Shaari ni dah jadi student tahun akhir. sampaikan berkali-kali di-remind-kan oleh Dr Kuik tadi. bukan senang nak jadi pelajar tahun akhir ni. bak kata beliau tadi, expectation pensyarah tinggi. so kena bersiap-sedia la apa yang patut. rasa macam nak khatam kan aje semua isu-isu global dan masalah dunia yang wujud sekarang nih. tapi apakan daya otak ni masih lagi dalam mood honeymoon. akibat penangan cuti sem 2bulan 2minggu. otak sampai beku. 

hari ahad
sebelum balik, hantar si potpetpotpet tu kat bukit jalil. sebab dia naik bas kat sana nak balik uitm segamat. bas pukul 2.30 tapi dengan confidentnya keluar pukul 2.10. gaya stadium bukit jalil dengan ampang tu sebelah rumah je kan. tapi memang sampai pun 2.30. ok lebih sikit la sebab jalan nak masuk ke dalam tu dah jem. elok-elok je sampai bas dah gerak. nasib baik la kaklong sempat tahan bas tu tengah-tengah jalan and bas tu berhenti. kalau tak, abah kata nak kejar je bas tu sampai tol sungai besi. kalau tak sempat kejar camne?  mau sampai segamat jugak kut hahah

lepas tu, destinasi yang dituju mestilah ukm. kalau ikutkan hati mau je balik minggu depan. atau minggu-minggu depan lagi. hehe. tapi akal selalu menang. hati ni kadang-kadang tak boleh nak diikutkan sangat. hm yang paling-paling tak sangka.......su dapat bilik yang sama! bilik yang su duduk dari tahun satu sampai la tahun dua...la ni dah tahun tiga pun dapat bilik ni jugak. yaAllah kenapa la tak cakap je masa daftar dua tahun lepas. kan senang. baru lah boleh sesuka hati nak buat macam hak milik sendiri. tinggalkan kenang-kenangan, graffiti ke apa kan heee. katil pun sama. ish pendek kata memang ini bilik siti suraiza shaari yang punya. haha
[sebenarnya dah apply mintak bilik lain tapi xdapat.betul2 taknak duduk bilik ni lagi]

masuk-masuk je bilik...oppss sudah ada penghuni rupanya. tapi bukan sha la. beliau sudah berkahwin dah berbahagia bersama suami tersayang sekarang ni. takkan la nak balik bilik ni lagi kan. tapi..tapi..rumet baru dah ambik katil sha. macam tau-tau je kan. bagusnya rumet baru ni. haha. siapakah gerangan beliau agaknya. mana boleh bagitau lagi. nanti ye. kasi surprise sikit. hikhik. kalau ada yang kenal mesti terkejut punya. taktau la suratan ke kebetulan..tapi memang masa mula-mula jumpa su pun macam was-was jugak. beliaukah? tapi sekali pandang macam lain. dua tiga kali pandang macam sama. hehe. ingatkan dah salah orang sebab tak cakap pape pun pasal alam maya. hahahhaha. nanti kita cerita pasal rumet baru ok

hari isnin plus hari selasa
memang lah...akal selalu betul. minggu pertama ni pun dah start lecture. lagi-lagi kelas Prof Azizan and Dr Kuik. nasib baik balik jugak minggu ni. kalau tak balik kan rugi. terlepas kuliah pertama. pastu nanti sebok la nak wat fotokopi course outline and notes tu semua. pastu rasa menyesal sebab baru start kelas dah ponteng.  dan memang lah sangat tak best kalau keadaan macam tu.

tapi serius sangat risau pasal tesis. Prof Ruhanas dah resign. so sekarang tengah tunggu penyelia baru. sangat-sangat risau sebab kawan-kawan yang bawah pensyarah lain dah start buat proposal. yang kita ni, cam terkontang-kanting je. nanti orang lain dah siap satu,dua,tiga chapter kita baru terkial-kial nak buat proposal. ish tak boleh jadi ni

kelas Dr Kuik pulak nak kena buat dua assignment. satu individu satu lagi group. alahai.......baru 1st day kuliah dah kena pilik tajuk untuk tutorial. siap dengan pop kuiznya lagi. dah la otak ni masih dalam mood cuti-cuti-dan-cuti. tak rasa nak g ptsl pun buat assignment heheh

**********************************************************************
su tak boleh nak lupa. lagi2 bila duk bilik ni jugak.
banyak sangat benda yang tak boleh nak lupa. 
semua tentang dia.
ada dalam ni.
entah.
dah penat cuba.
tapi hati dengan akal tak pernah nak berkompromi, 
mahupun ber-rekonsiliasi.
selalu je perangai gila tu datang.

su tipu semua.
su memang tak boleh.
tapi su cakap su boleh.

4 comments:

Fatin Faseeha Azmi said...

third year kene blajar betul2! goood luck su!

annadzirah said...

wahh.
good luck untuk hari2 mendatang.
:D


ENTRY BARU ; Teringin Bela Hamster Tapi....

Belleza~ said...

atin: ok! su pn tak nak bljar main2 dah hehe..thanks atin

annadzirah: thanks! kamu juge!

arboqskii said...

akhirnya