I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, July 19, 2010

penulis belog ini............


Assalamualaikum

konon-konon taknak balik first weekend. tapi apakan daya, terpaksa balik. eceh. korang nampak kan perkataan 8 huruf yang bernama 'terpaksa' tu. hee

balik la sebab dah demam. konon-konon boleh tahan la. nak balik pun esoknya la lepas kelas konon (sebab jumaat still ada kelas pukul 10 PAGI). tapi..tetiba...panas-panas membahang je muka kaki tangan bagai. kepala pun dah berat tapi bukan migrain macam selalu. hidung pulak dah tutup sebelah pintu. tekak rasa macam nak kena garu. sendi2 dan urat2 saraf dah rasa lain macam (ini mmg petanda nak demam)

sebab dah rasa konon-konon nak pergi kelas esok, cepat2 la tido. tapi bila dah sedar, makin sejuk plus makin denyut2 pulak kepala. mintak tolong cik rumet comel saya beli panadol. lepas tu sms mak. konon-konon nak bagi tahu je. tapi bila mak dah call, dah rasa nak nangis pulak dah. mula la rasa cam kecik-kecik dulu. demam je nangis. nangis je demam. hai haru betul. siap tanya lagi, "angah nak balik tak? abah amik". waaaa!!!!! nakkk!!!!!!! mestila nak....(err terkeluar pulak aura sihat tak demam tu hehe).


lepas telan 1000mg paracetamol yang bersamaan dengan 2biji panadol, rumet telah meng-offer-kan ubat demam pula. tapi malangnya cik su memanglah tak suka makan ubat. rasanya nak telan satu biji panadol tu pun amik masa beberapa jam mungkin eheh. rasanya bukan tak suka, tapi susah nak makan atau senang kata susah nak telan. hailaa..taktahu lah mengapakah. tapi mak kata su macam arwah atok, susah nak makan ubat yang bentuk pil ke, kapsul ke dan yang sewaktu dengannya la. sebab tu la nak telan satu biji panadol tu pun boleh habeh air satu botol. bila sampai rumah, mak dah buat bubur nasi. baru je masak. haih. memang lah kakngah jatuh cinta dengan mak dari dulu sampai sekarang and bila-bila pun!♥


************************** 

semalam makcik and cousin datang rumah. tiba-tiba dia cakap kaklong nampak macam dah gemuk je. kakngah macam biasa la. mesti nampak kurus. eceh. perasan pulak. ye la adik su pun dia kata macam nampak tembam sikit. "kaklong tengah bahagia" (su cakap.bukankah orang selalu cakap macam ni.kalau gemuk je bahagia haha). lepas tu makcik balas "aik kakngah menderita ke?

Zuppp!
Tersentap. 
[ darah naik muka ] 

Diam.
[ berfikir ]

Senyum.
[ berfikir lagi ]

Lepas tu gelak.
[ ngaku tak ikhlas ]

Dalam hati, "mungkin
[ jawapan selepas berfikir ]   


eh..terkeluar pulak lagu 'kushiya aur gum' kat radio neh. ala yg lagu dalam filem 'maan' tu. tatau jugak? tatau sudah la. g main jauh2 hahah


**************************

sebab hari ni kepala sudah kembali kepada keadaan normal, tak pusing2 macam gasing lagi...boleh la keluar shopping. adeh. memanglah takde keje lain manusia comel sorang ni kan, hikhikhik. 


tak la. boleh la pergi buat spec baru. dah tak larat rasanya guna spec lama ni. dah rasa macam lanun je. mata sebelah kiri ni makin melampau2 pulak dah rabunnya. yang kanan ni, kabur-kabur pun still boleh nampak lagi. dan taktahu lah kenapa encik kat kedai spec tu sangat lah peramah orangnya. beliau berasal dari muar. tengok, asal dia pun su tau walaupun su tak tanya. hahaha. boleh pulak tu duk kata kita ni pendiam la apa la.  lepas sebok-sebok dia tanya datang sorang je ke, belajar kat mana, duk kat mana, duk asrama ke, amik course apa, etc., boleh  dia cakap, "ha baru nak cakap banyak, kalau tak tadi i tengok u macam pendiam je


[ eh apahal pulak mamat ni?? aku sekeh jugak karang tak pasal-pasal je. tak jadi ah buat spec kat sini ] .cewah.
sumpah cakap dalam hati je berani la har.har.har.   


sebok.sesuka hati suraiza la nak bercakap ke, mendiamkan diri ke, buat kecoh ke..sibuk betul laaaa! 


tapi..nasib baik beliau cute dan pandai melayan customer walaupun ada jugak ayat2 bz-body tu kan, jadinya tak buatlah spec kat kedai lain ekeke


bukan..bukan..tapi sebab dah dapat student price yang very-da-cheap..rembat je la..tu pun dah call tanya abah dulu. karang beli mahal2 kena tadah telinga mendengar suara macho abah on-the-way nak balik ukm malam ni. earphone pn takkan membantu..hahah

p/s-terima kasih sebanyak berbilion-bilion-lemon untuk mak, abah, dan tak lupa jugak cik rumet comel


*penulis belog ini bukan pen-kecoh
*penulis belog ini bukan sombong
*penulis belog ini pen-diam
*sebab tu dia tak cakap. dia tulis belog. ada faham?

8 comments:

soffya cik bulan said...

ngee...
tp akak pengkecoh pn tulis blog jgk...

fikaryna said...

ciannya demam..moga cpt sembuh ya..

demam rindu kot..huhu..

aku_tiewa said...

eh, bila cik sue pakai spec??
hehe

SyerAgh said...

kemam panadol 2 bijik, minum air sebotol, pastu tido dalam selimut tebal bg berpeluh2.. cmpem ok dmam tu. tu cara aku la.. try it

Belleza~ said...

kak soffya: takpe la.sbb akak kan comel.aik ape kaitan tah.heee

kak ryna: thanks akak.erm siapakah gerangan yg dirindu tu agknye..ehe

tiewa: haha.lme dah la.umo 16thn dh pkai spec.ni dh 21thn.dh nk kat 6thn jgk la pkai spec.

syerAgh: alright.thank u. =)

shasha said...

Alala..demam yea. Moga cepat sembuh taw. (:

annadzirah said...

erks.
huraian tajuk entry just yg dekat bawah tu eh?.
hahaha.

nak buat spek baru gak.
xtau ble.

ENTRY BARU ; Baru Ni Nak Buat Review Twilight.

Belleza~ said...

shasha: thank u shasha bee!

annadzirah: jom wat spec baru =)