I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 23, 2010

pulang ke rumah setiap hujung minggu bukanlah perkara pelik tapi benar dalam hidup dia


salam

akan pulang ke rumah [ ini bukan tujuan asal ]
tujuan asal tak nak balik pun..

tapi tiba-tiba cik rumate comel saya telah memberitahu berita tergempar setelah beliau pulang dari berjogging petang tadi. ini betul-betul jogging bukan belog-jogging mahupun belog-walking. eceh mentang-mentang lah rumate kau tu jugak seorang pem-belog ya suraiza. diulangi. pem-belog bukan pembelot. 

ukm akan menghilangkan tenaga elektriknya buat beberapa hari. bermula petang esok sehingga lah ke pagi isnin nanti. maka..takkan lah cik su nak bertapa dalam bilik tanpa lampu, kipas, dan semestinya la jaring ukm nih. nak buat apa lah agaknya kalau betul-betul keadaan tersebut berlaku dan cik su tidak kemana-mana. bukankah kurang pandai namanya tu [cik rumate comel saya akan ber-tarikh pada hari-hari yang berkenaan.cik su belum ada tarikh utk ber-tarikh lagi ekekeke.sila abaikan kalau anda kurang faham] 

begitu laa..setiap kali menyimpan niat untuk tidak pulang, pasti akan pulang juga. mana lah tidak diperli-perli oleh mereka-mereka semua. 

wahai rumah, kenapalah dekat sangat dengan ukm heee


6 comments:

arboqskii said...

selamat pulang```

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

dekat la best...

jimat duit nak balik kg...

xmcm org lain duduk negeri jauh2..

=P

annadzirah said...

wah..
memang dugaan dok rumah dekat ngan uni.
d:

ENTRY BARU ; TUTORIAL Twitter For Beginner.

Afifee said...

kita serupa ;) umah dekat dgn u..best3~! hehe

Mohd Ibadial Hafiz said...

syukur dgn pe yg ade

abil_aegeya said...

alah su, ak pn slalo gak kne ngn mmber2 yg dok jaoh ni...dh rumah dkat kn xkn xnk lik plak..tntu2 lik t, mak msk sdap2..haha..xe untung nmenye lik umah..