I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, July 14, 2010

satu-ribu-satu makna~



TERPALING

Bila satu suara manusia pun tak ada
bunyi kereta mengetuk gegendang telinga
dengan kafein yang meracun kepala
maka terbang aku pada hikayat lama


aku nampak dia
menunggu aku di tepi tangga
memandang aku dari atas bangunan kota
memandang aku dari tingkap kaca
dengan telefon di telinga
dan berkata kita akan terpisah kerana masa
kerana kita perlu belajar
tentang hidup dan cita-cita
tentang kita yang perlu membina kita


Kata dia... paling sayang
paling cinta...
paling indah pada mata...
dan dia akan terpaling setia...
Maka kataku aku yakin Tuhan sudah ikatkan jiwa
mana mungkin Tuhan guntingkan talinya
...dan aku manusia terpaling silap


dan akhirnya...
terasa yang pergi itu sentiasa ada
sentiasa pada mata
tersangkut namanya pada hati
lantas hingga sekarang dia tidak pergi-pergi...


written by Daisy Biru @ A Dot...
~thanks kak lia ♥

0 comments: