I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, July 20, 2010

si cantik vs si kacak..apa-apa aje la


assalamualaikum

pensyarah pb dalam lecture pagi tadi kata, "siapa cakap perempuan lagi ramai dari lelaki?

owh maknanya lelaki memang lagi ramai lah dari perempuan kan? jadi kenapa kalau masuk bab poligami, salah satu alasannya mesti sebab perempuan lagi ramai dari lelaki. oleh itu lelaki kena amik 2 atau 3 atau 4 perempuan untuk jadi isteri dia. kalau tak nanti perempuan tu sampai tua lah tak kahwen-kahwen sebab tak cukup lelaki dalam dunia ni. ataupun...sunnah nabi. haih bab lain taknak ikut sunnah tapi kalau bab ini, laju je 

bak kata pensyarah tadi, kita cakap berdasarkan bukti. dah memang statistik tunjuk lelaki lagi ramai dari perempuan

topik pasal lelaki-perempuan ni tadi terkeluar bila ada soalan kenapa perempuan ramai kat universiti, tapi lelaki macam hampir-hampir nak pupus aje. sebenarnya bukan lah lelaki tu tak ada dalam universiti ni. cuma bilangan tu je yang kurang. rata-rata universiti mesti perempuan lagi ramai

alasan sorang student dalam kuliah tadi, dia kata perempuan rasa dia kena belajar tinggi-tinggi, ada ijazah, ada kerja bagus untuk masa depan. contohnya kalau lah ditakdirkan jodoh dia tak panjang, tiba-tiba bercerai atau suami meninggal dunia, bukankah nanti masih boleh teruskan hidup? tak perlu nak mintak simpati orang. maksudnya, dia masih ada kerjaya sendiri dan ada wang sendiri. err cop! lelaki, kau tak pikir masa depan ke? eheh

bagi pensyarah tadi pulak, pertama. perempuan dulu tak pernah diberi peluang untuk belajar tinggi-tinggi. macam orang dulu-dulu kata, perempuan kalau belajar tinggi mana pun, last-last nanti ke dapur jugak. ye tak? haa memang la. tu sebab la kena belajar tinggi-tinggi. nanti karang tak tahu pulak mana satu racun mana satu madu. maklum lah sekarang ni kan dah macam-macam bahan kimia ada dalam makanan (ceh gara-gara belajar dgn doktor hukm last sem lah ni). kalau dolu-dolu lain la. semua makanan memang takde racun punya. heee. so bila dah dapat peluang tu, memang takkan disia-siakan laaa..

kedua. perempuan lagi suka dan senang menghafal. sekarang ni kalau nak masuk u atau dah masuk u sekalipun, keupayaan menghafal tu adalah penting. ni pendapat pensyarah tadi ya. dan memang lah su pun rasa betul. sebab lelaki lebih suka dan lebih mudah memahami. kalau perempuan, mungkin lebih suka hafal, ingat. bukannya nak cuba faham. tapi bukan nak kata semua. majoritinya la. jadi...sebab tu perempuan lagi ramai kat universiti. apa-apa pun, bergantung pada bidang masing-masing lah ya. jangan nak debat-debat pulak isu ni. yang sudah tu sudah haha


*bila semua orang pun baik-baik dengan saya,saya pun bahagia.ahahaha
 

0 comments: