I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, July 11, 2010

-superdupersenior-

09072010
Assalamualaikum.

Hari ni Jumaat. Esok Sabtu. Lusa? Lusa balik ukm. Hati terbahagi dua. Satu bahagian kata dah tak sabar nak balik. Satu bahagian lagi kata tak nak balik langsung sebab...(ok sorry tak boleh nak bagitahu kat sini)

Biasa la...kalau dah hari-hari terakhir cuti ni...nak buat apa lagi kalau bukan mengemas-mengemas-dan-mengemas. Rasa macam nak angkut je semua barang sendirian berhad tu. Padahal nanti tiap-tiap minggu pun balik-balik-dan-balik. Lagi-lagi kelas macam dah makin berkurang je bila dah nak masuk tahun akhir ni. Oh ya lah baru sedar dah jadi ‘akak super senior’. Err tak tua..matang mungkin.eheh

Sem ni kena focus tak boleh nak main-main lagi. Tahun penentu dah ni. Kalau tak lepas, mau kena tambah lagi satu tahun mengadap beruk-beruk ukm. Ok tak lawak. Tapi kadang-kadang dah rasa cukup focus pun, result jatuh menggelongsor laju je macam sem lepas. Entah kat mana silap. Satu subjek kantoi habis effect keseluruhan pointer. Sebab tak puas hati punya pasal sanggup semak semula result tu walaupun banyak masalah masa proses nak semak balik tu. Thanks sangat kat ika sebab susah payah tolong pos. Thanks jugak sangat2 kat abah sebab hantar kakngah pergi ukm time semua orang dah start cuti lepas exam short sem

Tiba-tiba teringat Mr MM. Dah hilang kat facebook. No telefon beliau pun sudah dipadam sebab taktahu nak contact dia atas sebab apa. Upss he’s not my ex. My ex was Mr AW (tahu takde orang tanya.tapi saja nak bagitahu sebelum ada orang salah faham.hee) Dulu pernah jugak dorang nak rapat-rapatkan su dengan dia. Itupun sebelum Mr AW masuk line. hikhik. Dan memang Mr Ex tak pernah tahu pun. Tiba-tiba pulak teringat dia-Encik MM. Rindu mungkin.. Ye la memang tengah gedik pun ni. Sila blah kalau menyampah

Ok ok tak mahu lagi cakap pasal kehilangan Mr MM. Nanti karang kalau kecoh-kecoh sangat sampai masuk surat khabar muka depan, kantoi la su penah suka dia kan

Hahah
Sekarang ni kena pening kepala fikir nak ambik *pb apa pulak untuk sem ni. Ika cakap nak sambung bahasa sepanyol sampai level3. Nanti grad dapat sijil. And dapat belajar dengan Puan Hayati lagi. Sebab next year dia nak pergi Spain sambung belajar and buat phd kat sana. Kalau ambik sem depan kena la menghadap Mr Ladis (dia ni orang mexico kalau tak silap su.bukan orang sepanyol.memang tegas betul.tapi kalau belajar dengan dia for sure boleh cakap sepanyol keesokan harinya.heheh.nak faham English dia pun agak susah jugak sebab dah bercampur dengan slanga sepanyol dia tu) Pernah belajar dengan dia masa Spanish level1. Hmm mungkin nak teruskan sampai level3

Belajar terima hakikat-
You are super duper senior suraiza!
Senior tak bererti ke-tua-an tapi ke-MATANG-an heheh
Jangan mudah berkecil hati, sentiasa berbesar hati ok?

*pb-pilihan bebas

4 comments:

HAZ_SHAMEER said...

ermm...kalau zaman UKM dulu cik sue...cara nak tambah pointer...kiteorang ambil pb waktu short sem...memang mendadak naiknya pointer..sesetengah itu ambil satu jer paper(just imagine kalau paper tu dapat 4.00,dah kira 4 plat tu..uhh manyak ungtung ma)..UKM punya sistem dulu diorang kira short sem tuh mcm sem penuh..jadi bila kira purata, pointer memang untunglah...tapi skang tak tau lah mcm mana sistem nya...

Cik Sue delete number Mr.MM coz takut gatal tangan call/sms/miscal ya?ehehheehehe

:) Gurau jer...

HAZ_SHAMEER said...

teringat zaman dulu

1st year = freshie/junior
2nd year = senior
3rd year = super senior
4th year = super duper senior
5th year = super duper hyper senior...takpun diorang panggil orang tua ehehe

Rindunya zaman UKM dulu..zaman fantasi + realiti

Cik Sue selamat masuk sem baru..!

Belleza~ said...

rasanya skrg ni pun mmg mcm tu jgk sistemnya...tp sbb su kurang rajin utk buat short sem,so amik terus ms sem-sem biasa.mmg menangis jgk la nk score 7-8 subjek 1sem.jadinya,slh sndri lh kn spe suro mls buat short sem.hehe.

mungkin..sbb mr mm tu ensem sgt.hihi

soffya cik bulan said...

sm syg...kak soffya pn macam tu.satu sem 7-8 subjek...
tp harus kuat...
ye?