I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, July 30, 2010

versus ada sesuatu


assalamualaikum

baru habes baca versus. ya baru habes baca pagi ni. lepas subuh terus sambung sebab malam tadi tak sempat nak habeskan. roomate su dah nak tido. jadi macam tak best pulak bukak lampu terang-benderang dalam bilik ni kan walaupun ada je lampu kat meja. tapi memang lampu kat meja ni pun jenis yang terang-benderang jugak la. jadinya, malas lah nak stay up sampai pukul 2 atau 3 pagi macam dulu-dulu tu. kalau ya pun, tunggu lah time2 nak study ke exam ke kan, berbaloi lah jugak. err merepek apa entah.  

nak cerita pasal Hlovate. ok. bukan. su nak cerita pasal cerita-cerita Hlovate. su bukan tahu atau kenal pun Cik atau Encik atau Puan Hlovate tu. tengok, status beliau pun su tak tahu. tapi cerita-cerita yang hlovate tulis memang best. sebab bukan cerita tin kosong yang boleh disepak atau dipijak kat tepi-tepi jalan tu. tapi cerita yang penuh. tak kosong. penuh dengan ilmu. part ni memang su suka. bukan ilmu cinta-jiwang-karat macam novel lain yang berlambak kat mph tu. tapi ada part yg pasal ilmu-ilmu agama tu. 

ye lah su akui la su ni bukan jenis pakai tudung labuh atau jubah atau pakai baju kurung dgn tudung bidang besar setiap kali nak keluar mana-mana [keinginan mmg ada tapi entah bila.doakan ya]. tapi su mmg tertarik kalau cerita tu ada dimasukkan sekali bab-bab hukum agama ni. sekali dgn kata2 semangat n motivasi segala bagai. 

berbalik kpd cerita hlovate td, mmg semua novel2 dia ada semua yg su cakap tu. dulu su penah kata su suka sangat cerita aA+bB. lepas tu bila baca cerita 5 tahun 5 bulan, tetiba rasa macam paling suka cerita ni. pulak dah. then, baca pulak rooftop rant. memang rasa macam suka giler. sebab masa su baca novel tu, elok-elok je time tu su ada krisis dengan dia. sampai su balik kampung duk dengan atok n wan bawak diri punya pasal. and ter-angkut sekali rooftop rant tu. dan memang cerita tu buat su jadi kuat. boleh la kalau nak kata kuat macam 'supergirl'. eceh. hahahaha

dan sekarang ni........bila baca VERSUS, rasa macam dah lekat kat jiwa. rasa macam ada sikit terkena hidung sendiri. rasa macam nak perasan jadi minn edina. rasa macam nak kenal dengan lelaki macam ao. dan macam-macam rasa lagi la. 

"I'm not meant for you.... Aku tak mampu berdiri di sebelah lelaki itu"

**********************
"Baca surah al-Mulk dengan an-Nur banyak-banyak. Mohon perlindungan."

**********************
"Maka... apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadat, kita juga sepatutnya secara langsung dah settle juga dari sudut hidup ikut syariat. sepatutnya kalau kita dah settle dari sudut aurat, secara langsung je kita sepatutnya akan settle juga dari sudut ikhtilat"

-hlovate;versus-

mak pun penah pesan baca surah al-Mulk selalu..

tadi ada terbaca satu blog yang kata versus ni boring. tak macam novel hlovate yg sebelum ni. tapi su tak rasa boring pun. still rasa macam semua novel2 hlovate yang lain yang memang semuanya best tiada yang tidak best melainkan yang best-best belaka. hahahha. kena lah baca sendiri kalau nak tahu. tapi su suka versus! ~change for good is not a crime [.....kena ingat selalu nih]     
  
   

rasanya ni bukan entry pertama yang su cerita pasal hlovate. memang dari dulu lagi dah jatuh cinta separuh giler dengan novel-novel dia. even cerita Schubert's Serenade dalam Gurindam Jiwa tu pun boleh buat su menangis-nangis-berlinang-air-mata. tersedu-sedan dibuatnya gara2 abang shah meninggal. haih..hebat betul lah hlovate ni bila menulis. walaupun cerita tu pendek je. bukan novel satu buku. kalau novel yang 400-500 halaman tu, mau bengkak mata kut. heh. novel pertama hlovate yang su beli aA+bB. lepas tu mula la start cari novel-novel hlovate. dan memang lah sekarang dah ada semua novel hlovate. jap. ada yang baru keluar ke? tak de kut. versus yang latest kan.

ini entry terakhir utk bulan july ni. cukup-cukup je 31 entry kan. konon-konon setiap hari su post entry la. heheh

p/s-sungguh la nak jumpa hlovate sangat *_*

4 comments:

beLLa said...

ktepon suke bce novel2 hlovate.
best! n sekarang nih beli from jemari seni je. da xlyn sgt alaf21. hee~

zEri sAfEerA said...

yup,,,hlovate mmg best. versus pon best. hee ^^ luv hlovate ;)

Daisy Biru said...

Sama! sama! versus best sangat. Cuma Hlovate tak banyak konflik, just perjalanan hidup je. tapi best gila.i got all. Teringin nak beli pelangi pulak. Ada ked flop punya cerita dalam kompilasi pelangi kan? Ed'Sassin of Wrath. Rasa macam Hlovate ni buat kajian sebelum menulis kot. ek?

fathiahRAIHANA said...

naaaaaaaaaaaak jugak jumpak hlovate :) bace bku dy , rase mcm ... mmg terus ke hati . best . kan akk kan ? :D