I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, August 31, 2010

Cuti tak serupa cuti


Assalamualaikum. Cuti 5 hari. Jumaat sampai Selasa. Mesti lah balik. Kalau cuti sehari atau dua hari pun balik. Ini kan pulak 5 hari. Hehehe. Salam Nuzul Quran dan selamat menyambut hari kemerdekaan ya kawan-kawan. Tapi cuti pun tak serupa cuti jugak. Hari rabu nak kena submit assignment. Baru tahu rabu lepas kena hantar assignment tu minggu ni. Itupun nur zarifah yang bagitahu. Khamis pagi pulak ada exam yang betul-betul exam ya bukan main-main punya exam. Boleh la kalau nak kata final exam pun sebab subjek ni nanti tak ada final. Petang pulak ada test untuk bahasa sepanyol.  Dan jumaat ada presentation. Semestinya nak kena submit assignment jugak. Hmm..thesis proposal nak kena buat and nak kena jumpa dan tunjuk kat Dr Zarina by this week. At least before raya mesti nak kena submit. Pendek kata, memang cuti tak serupa cuti.....

8 haribulan nanti 
[bersamaan dengan dua hari sebelum raya]
pun masih berkelas..berkuliah..dan mungkin jugak ber-pop-kuiz..


Oleh itu sila la jangan berangan nak raya lagi wahai suraiza!

Wednesday, August 25, 2010

memerlukan kekuatan.....


assalamualaikum

tiba-tiba 
malam ni
dilanda tekanan...tension..stress yang sangat la sangat
rasa nak menangis. 
entah tak tau patut mula yang mana dulu
alih-alih boleh mengadap menconteng belog
sedangkan bersusun kerja nak kena buat
serius rasa sangat down
entah sempat entah tak...
nasib lah ada kawan baik-baik semua
kalau tak,,,
entah jadi apa...

usaha suraiza!!!!!


Tuesday, August 24, 2010

macam-macam ada sampai tak tahu nak letak tajuk apa


assalamualaikum



su mintak maaf. siapa-siapa yang ada terasa hati dengan entry lepas maafkan saya ya. tiba-tiba rasa macam bersalah. iye lah...masa tengah marah susah dah nak pikir baik-baik *tp seriously tak suka dianggap budak2 yang tak tahu nak berfikir, sedangkan budak2 pun dah bijak berfikir sekarang. ok ok tak mahu lah cerita pasal tu lagi




khamis,
kamu tahu su buat apa malam tu? su buat belog untuk dia. sebab kesian sangat dah lama beliau nak buat belog tapi macam ada problem. so tak salah pun rasanya su tolong buatkan. bukan la susah sangat pun blogspot nih. dan memang lah rasa berbaloi-baloi tido dua jam je malam tu sebab nak siapkan jugak belog dia. kamu tahu tak? itu IMPIAN dia. kalau lah su tahu dari dulu..... (^_^)
dia cakap..."su mesti ingat sssssss he3"
siapa la su ni nak ingat  sssssss selalu 
*walaupun mmg selalu pun (O_o)


ahad,
back to bisnes
alhamdulillah
pulangan yang memuaskan
macam hari tu jugak
adik2 memang best la
nanti shopping lagi dengan kami ya =)



isnin baru balik kolej
cuti dua hari buat macam cuti tiga hari
pegi amik kad kolej kat ofis bertemankan cik roommate yang nak pegi amik barang pos laju dia
nak tengok tak kad kolej baru?
kalau taknak tengok pun nak bagi tengok jugak
taraaa!!!!!
memang sengaja bagi kabus2 ckit gambar ni heheheh


petang,
zatul call
ajak bukak puasa kat luar dengan ain
(*_*) 
tengah sakit2 boleh bersiap dalam masa 10minit
excited terlebey
padahal tengah 'abc' hihihihi
[ gedik namanya ]


petang tu jugak,
erin datang bilik menghantar tempahan
tempahan apa?
tengok la....
dengan dodolnya, dengan kerepeknya, dengan popia simpulnya...
terasa diri seperti mak-mak ibu-ibu dan mama-mama pula
ekekeke
[ dah nama pun nak raya ]
[ dah nama pun perempuan ]
[ dah nama pun anak mak heheh ]


nak tahu?
roommate su pun ada bisnes
bisnes apa?
bisnes hasil dari ke-kreatif-an jari jemari dia heheh
jom tengok~


ini hairclip yg boleh juga nak dijadikan shawl clip
sangat cantik dan comel dan murah ya
hanya RM3/pair
boleh pilih nak yg mana
dan bukan ini je yg dijual
banyak lagi
antaranya...


untuk maklumat lanjut,
boleh rujuk belog beliau
izan salleh
ok?
(^_^)

the best-est blog!

Salam

Mari menambahkan bilangan award anda! hehe


1. Anda mesti memberi pujian pada pemberi award ini.
ainaa yang besh among the besh.
buleh?hehe
ainaa baik sangat~ 
 terharu su (T_T)

2- Sila beri award kepada 15 blogger yang lain
AmiEr
nanay
LA DOLCE RYNA
annadzirah
Lovalino
izan my roomie
suhanah
reen
Yan Razik
sha
eyra
tiewa
(ok cukup 15.tapi untuk yang nak pun boleh amik.tader limit so siapa2 pun boleh amik award ni ok)

3- Anda mesti beritahu 15 blogger ni..
InsyaAllah dorang akan tahu bila bukak belog ni.
so xpayah susah2 nak pegi bagitahu la ey
sbb dorang akan tahu dengan sendirinya hehe


Wednesday, August 18, 2010

jangan anggap su budak2 baru nak masuk tadika boleh..?


assalamualaikum

terima kasih sebab menegur dan terima kasih untuk nasihat. tapi..su bukan kanak-kanak atau budak-budak yang baru nak belajar membaca, mengira, atau pun mengeja. su dah 21. mungkin belum cukup matang untuk faham segala asam garam hidup. tapi..sudah cukup matang untuk faham apa yang sedang berlaku. 

tolong lah jangan buat su macam adik-adik yang baru nak masuk darjah satu. memang, mungkin kamu tak berniat untuk buat su rasa macam ni. tapi su malu. kamu buat su rasa macam kanak-kanak kecil yang tak faham apa-apa. sungguh. su dah cukup faham. malah dah terlebih faham.    

su bukan bercakap dari pengalaman sendiri je. untuk pengetahuan kamu, pengalaman mereka yang lain jugak dah cukup nak mematangkan pemikiran ni. mungkin cara su menulis buat kamu rasa su macam kanak-kanak bawah umur. hakikatnya memang tidak. kadang-kadang rasa nak menangis bila kamu tak sudah-sudah ibaratkan su budak-budak yang baru nak kenal abc, 123, alif ba ta. 

bukan lah niat su nak menolak teguran. tapi su betul-betul tak faham apa niat kamu dan apa yang kamu maksudkan dengan teguran dan nasihat semacam itu. apa yang berlaku tak pernah su anggap masalah r*m*j* yang baru nak kenal c*nt*. sebab memang bukan itu yang berlaku. bukan sebab itu yang buat su tulis kisah-kisah hidup su. su dah nak habes belajar pun. itu belum cukup buat kamu rasa su boleh berfikir dengan waras? 

kadang-kadang memang akan ada yang tersalah faham. kadang-kadang apa yang ditulis mungkin ditujukan hanya kepada seorang yang faham. tapi bukan lah su tulis cerita-cerita semacam itu untuk dinilai. bukan juga untuk dianggap cerita cinderella atau snow white. dan tidak sama sekali untuk dianggap sebagai cerita kanak-kanak. itu hanya luahan perasaan yang diharap akan dibaca dan menyentuh hati yang satu itu.

kita buat sesuatu bersebab. nak melupakan dan nak mengembalikan diri yang dulu bukan senang. dan mungkin dah banyak cara. tapi..yang satu ni jugak berjaya. bukan lah seratus peratus, tapi masih boleh dianggap satu kejayaan. sebab jiwa tak lagi huru-hara dan akal sudah mahu belajar menerima. bagi su, jika kita admire seseorang...itu bukan lah satu-masalah-jiwa-r*m*j*-yang-baru-nak-kenal-c*nt*. bukan! ini satu cara yang berkesan bagi su sebenarnya.

macam entry kakak ni, Hana Faza yang tajuknya 'Kes admire imam tarawikh
bertuah sungguh..heheh

su ada terbaca,
"hinanya aku Ya Rahman, dengan cinta yang Kau hidangkan...masih aku mengenangkan lelaki yang menyakitkan" 

dan...
"Ya Allah..telah berkali-kali aku cuba menyingkirkan dia dari jiwa, menghilangkan dia dari adanya cinta. Berkali-kali dia pergi dan kembali. Kali ini tolonglah jangan didatangkan dia lagi. Biar benar-benar aku pasti, dengan rahsiaMu yang satu ini..." 


dan memang betul. su pernah rasa macam apa yang kak aishah tulis ni

su percaya,
Fairytales itu wujud. Dalam pelbagai cara dan untuk bahagian masing-masing.
-dari Love Story 2009 dalam blog Chika @✿ nurulism.com ✿

oleh itu, sila berhenti kata su tak matang dan macam budak-budak serta mengalami masalah jiwa yang kronik akibat cinta. TIDAK! su dah belajar redha. dan su terima semua yang jadi. mungkin kamu yang masih belum terima tak?

*happy birthday kak long dan mahzaton 18-08


Monday, August 16, 2010

saya.kamu.dan dia.saya pilih dia.


assalamualaikum

jumaat lepas su ikut roommate, cik izan dan ditemani oleh cik Yona pergi mid. nak pergi MOFEW sebenarnya. siapa tahu? Malaysia's First Charity Online Fashion Entrepreneurs' Weekend 2010. kat exhibition center. su pun tak tau jugak sebenarnya. roommate yang ajak. nasib baik la dapat roommate blogger jugak. hehe. dan berbukak puasa kat mid jugak la sebelum su balik rumah. yg best, su berjaya tak beli apa2. eh tak. ada jugak. tapi satu je. klip utk su guna masa pakai shawl. yg berharga RM3 je ok. itupun cik kak berdua tu daa bising2 su tak shopping. hahahha. kira berjaya lagi la su meneruskan kempen-jimat-berbelanja-untuk-diri-sendiri tu. jangan ingat su tak boleh ya. heheh

ini cik rumet saya~
gambar dgn cik yona ada dgn beliau.belum mintak lg..hehe

ini makanan budak2 tapi dimakan oleh kakak budak eheh

"nampak ckit je" [sebelum berbuka]
"sape nak habeskan ni?" [selepas berbuka]

minggu ni mungkin agak sebok sikit. sebab minggu ni dah start tutorial and presentation. group su punya presentation minggu depan. lepas tu nak jumpa dr z pasal tesis. minggu lepas dia takde sebab pergi overseas. minggu ni jugak akan usahakan apa yang patut untuk tesis tu. so mungkin akan jarang-jarang update belog. oh mungkin jugak tak. sebab su akan cuba jugak cari masa untuk update belog. hahahaa

su mmg tak nak dia tahu. bukan macam apa yg kamu sangkakan. su betul2 tak nak dia tahu atau kenal su pun. su suka dia dari 1st year lagi. tapi suka2 macam tu aje la since su dah ada mr ex. tapi sekarang su mmg suka dia. dulu su tak tahu siapa dia. tak kenal nama pun. su kenal muka dia je. sampai la baru2 ni kawan su bagitahu nama dia. dan mmg su tak tahu pun dia p******i. sumpah su mmg tak tahu pun dia boleh m******i. itu pun su macam tak percaya bila kawan su cakap. tapi su percaya bila dah add dia kat fb minggu lepas. su add dia sebab roommate su berjaya yakinkan su utk add dia. owh yelah cik roommate saya memang best. hahah sesungguhnya su tak menyesal la add dia. sebab su tahu macam2 pasal dia. dan rupa2nya bukan la su sorang yang suka dia, mungkin. sebab setiap hari sangat la ramai manusia add dia. terutamanya perempuan. dan memang lah su tak jeles langsung. ok la..ckit je...err.. 

korang ada?kalau takde,boleh ambil

salam

su dapat award lagi
tq wanie!!


kenapa anda rajin berblogwalking?
sebab soalan tu dah kata rajin,cuba kata tak rajin...heheh

waktu bila anda selalu berblogwalking nih?
lepas post new entry

apa yang anda dapat bila berblogwalking?
cerita mereka

apakah tema blog anda
misterious pinky girl haha

blog siapa yg anda rajin tgk?
ramai.

di mana dapat ilham nak cantikkan blog anda
mimpi 7 hari 7 malam hehe

adakah blog anda cute dan menghiburkan semua orang
claro!
[confident je haha]

siapa yg patut dapat award ni?
semua follower su sila amik.
terima kasih~


Thursday, August 12, 2010

hari pertama dan kedua berpuasa [mcm2 rasa]


assalamualaikum

alhamdulillah. kenyang makan bukak puasa tadi. tapi tak la sekenyang semalam. dah kata hari pertama puasa. semua pun nampak sedap aje. jangan percaya,mata menipu. ingatkan dah amik sikit je nasi tu semalam, sekali macam tak habes pulak nak makan [tapi habes jgk setelah berhempas-pulas menelan hahaha] adeh

tapi hari ni dah belajar dari pengalaman semalam. jadinya, tadi beli nasi lagi sikit dari semalam dan berkongsi dengan roommate. beliau membeli kuih-muih, kurma, dan air. su pulak membeli nasi dan lauk-pauk. baru la tak makan banyak sangat sampai terlampau kenyang dan tak larat nak bergerak hahaha 

kuliah dalam hari-hari puasa adalah seperti biasa-biasa sahaja. ok tak. sebenarnya tidak. ngantuknya lain macam. tapi setakat dua hari ni, belum lagi la nak tersengguk-sengguk depan pensyarah. hehehe. cuma rasa berat je nak mendengar kuliah. pensyarah pun suka aje nak memerli. kalau ditanya tak berjawab, maka dia pun berkata "oh semua puasa ya, tak boleh nak berfikir" dalam nada bergurau. dan lepas tu semua pun ketawa dan tak lah rasa mengantuk lagi [boleh hahaha atau hehehe sendiri ya kalau rasa nak gelak. jika tidak boleh baca dengan serius. tapi nanti kamu akan cepat tua dan nampak lebih berusia]

su sebenarnya risau ni. macam mana kalau kawan su [ NA ] bagi tahu kawan dia yang bernama encik y [ bukan nama sebenar ] tu. malu lah su. haih bukan taknak percaya [ cik NA ] tapi still rasa macam...errr rasa macam...malu betol lah kalau beliau tahu.. bayangkan nanti bila terserempak dengan encik y [ bukan nama sebenar ] dekat fac lagi. dan dia tahu tapi 'kura-kura dalam perahu'. mesti la tak best. su anggap dia tak tahu tapi dia dah tahu..oh tidak! rasa seperti mahu menukar course sekaligus fakulti atau pun mungkin universiti juga. dari dulu lagi, kalau su suka pandang seseorang, memang lah tak berani nak cakap kat sesiapa. bimbang yang dipandang tau pulak nanti. tapi entah macam mana, boleh tercakap dengan [ cik NA ] hari tu. asalnya memang tak jadi nak cakap, tapi bila nama encik y dah disebut oleh [ cik NA ] terus je cik su membuka rahsia. haila...dah la mereka berkawan baik cik su oi

tak apa lah..harap-harap rahsia tetap menjadi rahsia.


selamat berpuasa! ~

Tuesday, August 10, 2010

pulpo is octopus


assalamualaikum

semalam mas call. tapi su tak jawab sebab su tido. kalau su tido memang lah siapa-siapa call pun tak kan berjawab. walaupun bunyi tu membingit telinga and su tak silent atau vibrate pun. kadang-kadang boleh cancel-kan terus call tu sebab telinga dah tak mampu nak terima. heee. sorry kepada yang call and su reject call tu [ramai sangat dah]. korang call tak kena masa la. time su berhibernasi sampai beruang kutub pun boleh kalah tahu! eheh. nasib baik beruang kutub takde kat malaysia and boleh jumpa kat kutub2 yang membeku je. lagi pun beruang kutub tu comel kan? 

eh apa ni. ok sudah lah suraiza oi bercerita pasal species beruang kutub yang comel lagi putih suci tu. su bukan nak cerita pasal beruang, su nak cerita pasal semalam. heee

lepas tu sms pulak masuk

"ija ada kat bilik tak?" -mas

tapi sebab tengah tido, tak baca pun sms tu. rasanya kalau gempa bumi yang berskala richter besar pun kau buat tak reti je kan suraiza. hahah.     

tiba-tiba terdengar suara cik izan sayup-sayup je kat telinga. aik izan masuk dalam mimpi su ke ni. ahahaha. tiba-tiba [lagi sekali] gempa bumi! bergegar-gegar je rasa nih. ehehehe. ok ok tak! izan tak gerak su laju-laju la sampai nak rasa gempa bumi bagai. tapi izan gerak jugak sampai su bangun. amik masa yang lama tak nak sedarkan su dari mimpi indah? ekekeke. rupanya mas dah tercongok depan pintu bilik. amik kau, call tak berangkat sms tak berjawab. sampai depan muka pintu terus. hahaha. tapi masa tu su tak perasan lagi siapa yang cari su sampai kat bilik ni. maklum la orang rabun. cermin mata tah kemana. lepas tu dengar suara, hah confirm mas! mas cakap kawan dia nak beli shawl. nanti kejap lagi diorang datang. 

bingkas bangun-duduk atas katil-kedip2 mata pandang mas-macam blur kejap. eheh. dan........memang best lah macam ni kan. kawan-kawan bawak kawan-kawan diorang beli dengan su. termasuklah roomate jugak sebab dah bawak kawan datang bilik beli shawl. alhamdulillah. murah rezeki semua =)

malam pulak, pergi pesta konvo lah kan. dengan miza. last day. ada yuna dengan aishah pulak. laju je kaki ni. hihihi. hmm yuna dgn aishah punya performance memang best. dua-dua pun comel. dua-dua pun best. seronok dapat tengok diorang nyanyi live. miza beli dua pasang baju kurung sebab seriously corak dia sangat cantik. murah pulak. dah kata last day kan. erm su pulak beli..........nak tau su beli apa..??jangan terkejut pulak ya ahaaha jeng..jeng..jeng

****************************************************
*********************************************
*************************************
*****************************
************************
*******************
***************
***********
********
*****
***
*

CAK!   
hahaha comel kan? kan?

disebabkan kecomelan dia tu la su beli. actually kaler orange tu sangat terang tapi dalam gambar jadi pucat ckit. buat masa sekarang belum ada nama. ada yang nak bagi nama tak..anyone? hehe. tapi su macam dah ada nama nak bagi kat dia. how 'bout 'pulpo'? pulpo is octopus in spanish ;p

hari ni pulak temankan miza pergi konvo kawan dia, zati. yaAllah panas bukan main terik lagi [abaikan ayat budak darjah 1 ni]. panas2 pun sempat bergambar lagi tu. tiba-tiba cik izan call [memang sejak dua menjak ni talipon memang suka bunyik tak kira la sms ke call ke memang ada je tiap masa, waktu, dan ketika ahahhah] nak mintak amikkan gambar katanya. dari depan dectar su pergi ke belakang dectar. dalam erti kata yang lain, panggung seni lah senang. haha. owh ok la nak amik gambar dengan tuuutttttt rupanya. baik lah. sini su jadik photographer. upss..siapa dia yg su amik gambar dengan izan tu tak boleh lah nak cakap. tunggu tuan punya diri buat statement dulu.

tengok orang grad, rasa macam dah tak sabar nak konvo jugak. su grad tahun depan tau, insyaAllah. jangan lupa datang beramai-ramai. yang penting jangan datang tangan kosong ya. hahahaha. demand betul kakak kita nih. takde, tadi su nampak ada orang tu dapat gitar. fuyooohh zaman dah berubah. kalau dulu orang bagi bunga and teddy bear je tapi sekarang siap dapat gitar tu. best..best.

hmm...kelas spain cancel! baru tahu. cis cis kalau tahu awal2 dah balik dah kut. takpe2 tak payah balik la. baru je balik nak balik lagi. mengada betul [kutuk diri sendiri] hahaha. esok puasa kan, insyaAllah kalau anak bulan tak main nyorok-nyorok petang ni. 

selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadan utk semua. puasa jangan tak puasa tau! =)

ahlan wa sahlan ya ramadan *jom refresh balik jom!


assalamualaikum
entry ni berkenaan dengan puasa...
untuk refresh balik tentang puasa dalam bulan ramadhan =)


(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan. Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah.
Dalil
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:


Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari.

1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban).
Rukun Puasa:
1) Orang yang berpuasa
2) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
3) Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: "Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji".
(Hadis menurut Sahih Muslim)

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan  kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau makanan yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka bagi orang-orang berpuasa.


Monday, August 9, 2010

pura-pura tak reti malu boleh?sebab dah terkantoi heh.heh.heh


assalamualaikum

dua hari tak update rindu su tak? eceh bajet ada orang rindu lah konon. kalau lah ada... haaa sudah! kalau tulis entry tetengah malam buta ni [sila baca tengah malam buta] mula la nak keluar aura jiwang karat terlebih oksida yang meloyakan tekak ramai manusia di muka bumi ni. err sila jangan muntah kat belog cantik ni kalau betol-betol nak muntah boleh pergi toilet sebelah.heh.

tadi..balik awal konon-konon nak ikut miza pergi pesta konvo sebab nak jumpa heliza [padahal heliza datang petang sebab terbaca post heliza kat facebook dia datang ukm petang tadi cis cis macam mana boleh tak tau nih] miza anta sms ajak pegi pesta konvo lagi. ye lah dah dua kali pegi dengan dia and dah dua kali jugak dia beli baju. su tak beli pun ok. menjadi tak kempen-jimat-belanja-utk-diri-sendiri ni [padahal tak bawak duit pun takat 5rm je sebab nak makan memang lah menjadi] hahaha cuba bawak duit puluh2 atau ratus2, mahunya tak soping beli sakan. heheh. itu pun tadi miza yang ajak. kalau tak, ingat nak balik lambat sikit sebab nak tengok jangan lupa lirik ;p boleh pulak kan. baik balik esok je haha


sebab tadi dah balik awal [kononnya] tapi still lambat jugak sampai terpaksa suruh miza pegi dulu. jadi, tak pegi la jawabnya. esok je la. hari last kan. boleh soping sakan. hahaha. dengar pulak ada yuna. lagi la nak pegi kan. sebab dah balik awal [kononnya] jadi tak buat apa pun online je la. dan ter-on ym pulak. eceh 'ter' lah sangat.


tiba-tiba kawan su yang bernama NA (bukan nama sebenar) muncul di kotak ym sue_ayza

NA: salam sue
NA: sedih la bace post sue kli nie
NA: huhuhuhu

nak tau post yg dimaksudkan boleh klik sini

sue_ayza: erm yan baca yg plig latest tu ya
NA: dah la music macam tue lak

NA: lagi la sedih

ok.ini intro.mukadimah baru.tapi ni la permulaan kepada satu perbincangan dan sesi luah perasaan yang panjang

NA: tak tau la sue
NA: aah
NA: bila kita dah terlalu syg org bg kita kecewa n rase sakit yg amat sgt
NA: yan tak tau nak luah kat saper
sue_ayza: boleh luah dekat su
NA: macam sue sue blh gak luah dalam blog
sue_ayza: anytime
sue_ayza: su tak kesah pun
sue_ayza: nak jmp tak citer kat su?
NA: yan tak kuat la sue
NA: rase tak nak belajar
NA: tapi fikir family
NA: dulu hal cinta
NA: skng sahabat lak
NA: satu kejer pun yan tak buat agi

NA: Allah ajer yg tau

setakat ni...boleh faham?kalau tak boleh,sila buat-buat faham..terima kasih

sue_ayza: cerite la dekat su
NA: yan cuma nak semgt balik
NA: yan takder semnagt langsung sue
sue_ayza: yan banyak fikir ni 
--------------------------------
NA: mungkin ker iman yan yg rapuh
NA: jiwa yan yg terlalu lemah
sue_ayza: hmm...boleh su tahu siapa?
sue_ayza: lelaki ke perempuan?

sorry.tak boleh nak cerita lebih-lebih kat sini

NA: yan mmg syg dia
NA: yan tak kisah klu dia nak yan kawan ngan dia
NA: tapi jgn wat yan macam patung tak bernyawa
NA: yan tak pernah rase nie persahabatan
NA: coz yan selalu tertekan
sue_ayza: su rasa kan...yan xboleh rapat dgn die...tak2 bukan su nk jd batu api ke apa kan...tp klu yan dh mcm stress je duk ngan die...jauhkan la diri yan dgn die dlu 
sue_ayza: wat sementara waktu je

dan banyak lagi sebenarnya.again,sorry.takkan su nak kongsi semua pulak kan.owh tulisan tu kecik2 sebab memang taknak bagi orang nampak sangat so memang sengaja.ehehehe

sue_ayza: ha tu dh kire bagus lah tu....ada usaha jugak nak gembirakan hati tu....
sue_ayza: jgn sedih2 sgt tau
sue_ayza: nnt cepat tua la
sue_ayza: banyak pk
sue_ayza: hadoi
sue_ayza: hikhik
NA: he3
NA: betul tue
NA: sue la post n wat music sedih kat blog..hikhikhik..dah terlebih touching..hahahahhahaha

sue_ayza: hehhehehe

sue_ayza: su nk tukar dh lagu tu
sue_ayza: mcm mendayu sgt
sue_ayza: ramai dh yg tego
sue_ayza: hee
NA: tau takper
NA: sedih la yunk lagu tue

ok.sudah masuk bab lain pulak.malu la nak letak kat sini.tapi nak pura-pura tak reti malu boleh?hihihi

sue_ayza: hmm su nk tny sumting la yan
sue_ayza: tp su malau
sue_ayza: *malu
sue_ayza: kekekeke
NA: ttg aper sue
sue_ayza: hm psl kwn yan 
NA: saper ek
sue_ayza: eh takpe lah kut
NA: shahril ker
NA: he3
sue_ayza: alamk

berehat sebentar bersama kit-kat.sok su sambung.......hahahha.ok ok tak!jangan la baling botol plastik tu.len kali kalau nak baling pun,bagi la 50ringgit ke..kan berbaloi heheh

sue_ayza: yan!
NA: yer yunk
sue_ayza: hahaha
sue_ayza: su tak sure la nma beliau
sue_ayza: tp su sllu nmpk die dgn yan
NA: sharil la tue
NA: he3
NA: dia ader fb kan2
sue_ayza: rasanya...sllu su nmpk muka die je
sue_ayza: haha
sue_ayza: cm ne yan tau nih
sue_ayza: adeh malunya su
---------------------------------
NA: naper sue
NA: sue suka dia yer

err sudah terkantoikah diriku?takpe2 yan tak nampak so tak payah sorok muka bawah meja atau bawah bantal

sue_ayza: yan plis ini rahsia kita berdua okeyh
sue_ayza: hahha
sue_ayza: hmm...janji dgn su 
----------------------------------
NA: nnati yan cakap kat dia ek he3
sue_ayza:  yan!!!!
sue_ayza: jangan laaa
sue_ayza: plis...plis...i beg u

masa ni memang cuak tak payah cerita lah.takut betul.su kalau suka orang memang tak suka orang tu tau yang su suka dia.pelik kan.ish jangan lah tau.plisss...

NA: ala takper sue kamu berdoa
NA: jgn putus asa dari terus berdoa
NA: klu dia jodoh kamu insya Allah 
sue_ayza: insyaAllah...klu die jdoh su,takkan su nk tolak pulak..siapa lah su ni kan..tp su still berharap jodoh su will be my ex...huhu
NA: insya Allah sue
NA: tapi bila sue dah tnya macam nie kesian pulak yan kat mamat tue jatuh lak saham dia
NA: hahahahahah
-------------------------------------------
sue_ayza: ok....nnt su nk cerita dlm belog lah.....
sue_ayza: psl yan....upss....
sue_ayza: but not everything la
NA: he3
sue_ayza: heheh
NA: pasal shahril
NA: he3'
sue_ayza: owh tidaklah su nk sebut nama die
NA: he3
sue_ayza: bahaya slgi su blja kat ukm
sue_ayza: hahahahaha
NA: he3

haa...masih boleh baca?atau perlukan cermin mata berkuasa tinggi?ekekeke.

yang penting,jangan sedih sedih tau kamu.manusia ni macam-macam.tak semuanya sama.kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik untuk dia,tapi mungkin jugak kita belum cukup baik sebenarnya.dan macam tu la jgk sebaliknya.jangan risau.kuatkan hati ok? jangan give up.anything...i'm here.su tau kamu baca sebab kamu memang tunggu entry ni kan. oh lagi satu!please...please..please..jangan bagitahu dia ok?janji!thanks.cayang kamu =) 




p/s: happy birthday to ainaa amira 080890~