I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, August 12, 2010

hari pertama dan kedua berpuasa [mcm2 rasa]


assalamualaikum

alhamdulillah. kenyang makan bukak puasa tadi. tapi tak la sekenyang semalam. dah kata hari pertama puasa. semua pun nampak sedap aje. jangan percaya,mata menipu. ingatkan dah amik sikit je nasi tu semalam, sekali macam tak habes pulak nak makan [tapi habes jgk setelah berhempas-pulas menelan hahaha] adeh

tapi hari ni dah belajar dari pengalaman semalam. jadinya, tadi beli nasi lagi sikit dari semalam dan berkongsi dengan roommate. beliau membeli kuih-muih, kurma, dan air. su pulak membeli nasi dan lauk-pauk. baru la tak makan banyak sangat sampai terlampau kenyang dan tak larat nak bergerak hahaha 

kuliah dalam hari-hari puasa adalah seperti biasa-biasa sahaja. ok tak. sebenarnya tidak. ngantuknya lain macam. tapi setakat dua hari ni, belum lagi la nak tersengguk-sengguk depan pensyarah. hehehe. cuma rasa berat je nak mendengar kuliah. pensyarah pun suka aje nak memerli. kalau ditanya tak berjawab, maka dia pun berkata "oh semua puasa ya, tak boleh nak berfikir" dalam nada bergurau. dan lepas tu semua pun ketawa dan tak lah rasa mengantuk lagi [boleh hahaha atau hehehe sendiri ya kalau rasa nak gelak. jika tidak boleh baca dengan serius. tapi nanti kamu akan cepat tua dan nampak lebih berusia]

su sebenarnya risau ni. macam mana kalau kawan su [ NA ] bagi tahu kawan dia yang bernama encik y [ bukan nama sebenar ] tu. malu lah su. haih bukan taknak percaya [ cik NA ] tapi still rasa macam...errr rasa macam...malu betol lah kalau beliau tahu.. bayangkan nanti bila terserempak dengan encik y [ bukan nama sebenar ] dekat fac lagi. dan dia tahu tapi 'kura-kura dalam perahu'. mesti la tak best. su anggap dia tak tahu tapi dia dah tahu..oh tidak! rasa seperti mahu menukar course sekaligus fakulti atau pun mungkin universiti juga. dari dulu lagi, kalau su suka pandang seseorang, memang lah tak berani nak cakap kat sesiapa. bimbang yang dipandang tau pulak nanti. tapi entah macam mana, boleh tercakap dengan [ cik NA ] hari tu. asalnya memang tak jadi nak cakap, tapi bila nama encik y dah disebut oleh [ cik NA ] terus je cik su membuka rahsia. haila...dah la mereka berkawan baik cik su oi

tak apa lah..harap-harap rahsia tetap menjadi rahsia.


selamat berpuasa! ~

8 comments:

mylife-mysin-myfate said...

aq faham apa yang ko rasa..dulu pernah jugak ada perasaan macam tu time study..tercakap palk kat kawan mulut longkang..habis..malu giler beb...tapi dia sorang je tau...tapi disebalik tu..kamu akan rasa stu kepuasan tau..atleast dia tau kamu suka dia..cinta malu2 ni lagi best kalau cinta slumber..selalu senyum2 bila pandang2 jeling2..anyway good luck for ur love

Belleza~ said...

hehehe yeke?
btw,thank you for this comment.
actually,nk post buat entry pn segan tapi...buat2 tak segan je la hee

Noor said...

comel ok

Bit Zamri said...

Hi suuu....hihih~
kite ada shoutbox...hih~
dekat atas sebelah kiri...klik situ, nanti keluar...ihihih~

Dah pollow su jugak! banner su agak misteri yah,siap tutup muka ....ahahah~


p/s : yeah baby! im ukmian blogger...=)

HAZ_SHAMEER said...

ermmm sebenarnya cik sue berharap dia tau...itu jer hehehe..ermm berharap jugak cik na jadi matchmaker agent cik sue tanpa disuruh ehehee...saya teka jer ehe...mahu tapi malu...

Belleza~ said...

noor: comel ke..hee =D

Belleza~ said...

bit zamri: oh yeke? haha. ye lah kut hari tu tak perasan dah penat cari. main nyorok2 lak shoutbox tu ey. ukm jgk lah ni ya. banner tu mmg misteri. tp setakat ni kamu sorang je yg perasan ke-misteri-an banner tu. hahaha. sje. nnt rmai plk yg kenal. eceh

Belleza~ said...

abg hazriq shameer: isk3..tak baik tau menuduh yg bukan2.ahahaha.su mmg taknak die tau.sumpah.betul.tak tipu.sbb su mmg tak suka org yg su suka tau su suka dia.nnt karang kite suke sikit2 die dh perasan menggunung.hahahah