I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, August 18, 2010

jangan anggap su budak2 baru nak masuk tadika boleh..?


assalamualaikum

terima kasih sebab menegur dan terima kasih untuk nasihat. tapi..su bukan kanak-kanak atau budak-budak yang baru nak belajar membaca, mengira, atau pun mengeja. su dah 21. mungkin belum cukup matang untuk faham segala asam garam hidup. tapi..sudah cukup matang untuk faham apa yang sedang berlaku. 

tolong lah jangan buat su macam adik-adik yang baru nak masuk darjah satu. memang, mungkin kamu tak berniat untuk buat su rasa macam ni. tapi su malu. kamu buat su rasa macam kanak-kanak kecil yang tak faham apa-apa. sungguh. su dah cukup faham. malah dah terlebih faham.    

su bukan bercakap dari pengalaman sendiri je. untuk pengetahuan kamu, pengalaman mereka yang lain jugak dah cukup nak mematangkan pemikiran ni. mungkin cara su menulis buat kamu rasa su macam kanak-kanak bawah umur. hakikatnya memang tidak. kadang-kadang rasa nak menangis bila kamu tak sudah-sudah ibaratkan su budak-budak yang baru nak kenal abc, 123, alif ba ta. 

bukan lah niat su nak menolak teguran. tapi su betul-betul tak faham apa niat kamu dan apa yang kamu maksudkan dengan teguran dan nasihat semacam itu. apa yang berlaku tak pernah su anggap masalah r*m*j* yang baru nak kenal c*nt*. sebab memang bukan itu yang berlaku. bukan sebab itu yang buat su tulis kisah-kisah hidup su. su dah nak habes belajar pun. itu belum cukup buat kamu rasa su boleh berfikir dengan waras? 

kadang-kadang memang akan ada yang tersalah faham. kadang-kadang apa yang ditulis mungkin ditujukan hanya kepada seorang yang faham. tapi bukan lah su tulis cerita-cerita semacam itu untuk dinilai. bukan juga untuk dianggap cerita cinderella atau snow white. dan tidak sama sekali untuk dianggap sebagai cerita kanak-kanak. itu hanya luahan perasaan yang diharap akan dibaca dan menyentuh hati yang satu itu.

kita buat sesuatu bersebab. nak melupakan dan nak mengembalikan diri yang dulu bukan senang. dan mungkin dah banyak cara. tapi..yang satu ni jugak berjaya. bukan lah seratus peratus, tapi masih boleh dianggap satu kejayaan. sebab jiwa tak lagi huru-hara dan akal sudah mahu belajar menerima. bagi su, jika kita admire seseorang...itu bukan lah satu-masalah-jiwa-r*m*j*-yang-baru-nak-kenal-c*nt*. bukan! ini satu cara yang berkesan bagi su sebenarnya.

macam entry kakak ni, Hana Faza yang tajuknya 'Kes admire imam tarawikh
bertuah sungguh..heheh

su ada terbaca,
"hinanya aku Ya Rahman, dengan cinta yang Kau hidangkan...masih aku mengenangkan lelaki yang menyakitkan" 

dan...
"Ya Allah..telah berkali-kali aku cuba menyingkirkan dia dari jiwa, menghilangkan dia dari adanya cinta. Berkali-kali dia pergi dan kembali. Kali ini tolonglah jangan didatangkan dia lagi. Biar benar-benar aku pasti, dengan rahsiaMu yang satu ini..." 


dan memang betul. su pernah rasa macam apa yang kak aishah tulis ni

su percaya,
Fairytales itu wujud. Dalam pelbagai cara dan untuk bahagian masing-masing.
-dari Love Story 2009 dalam blog Chika @✿ nurulism.com ✿

oleh itu, sila berhenti kata su tak matang dan macam budak-budak serta mengalami masalah jiwa yang kronik akibat cinta. TIDAK! su dah belajar redha. dan su terima semua yang jadi. mungkin kamu yang masih belum terima tak?

*happy birthday kak long dan mahzaton 18-08


5 comments:

soffea said...

su.. biarlah org nak kate ape pon. dorg hanye leh bace. mungkin ade yg leh paham ape yg kite rase. tapi dorg takleh selami sedalam-dalamnye ape yg kite rase. su just be strong ya. sume tu ade hikmah. i pon, susah nak lupe sume2. nak2 ape yg penah melalaikan kite. tapi kite harus bersyukur lah sbb sume tu dh dijauhkan dr kite. ade hikmah yg pasti. iya.

and, sbg wanita, mmg takleh lepas pon dr perasaan yg satu itu. kdg2 rase cm penat sgt didik hati utk bersabar. tapi kite kene juga. bersabar. insyaAllah. ade yg terbaik untuk kita.. insyaAllah ;)



hey. sy pon suke bace chika's blog. her love story is really great. die salah seorg hamba Allah yg betul2 mempunyai life yg wonderful. kisah die hebat. kisah die manis. die sgt bertuah. sy mmg adore die.

kisah kite sume berbeza. tapi yg pasti, Allah tidak akan membebankan hamba2Nya. kite cuba cari bahagia kite. insyaAllah~


psstt: tapi kdg2 sofia pon mmg rase cm BESTnye kalo mcm chika. hik3~

HAZ_SHAMEER said...

cik su...saya minta maaf jika andainya comment saya memberi rasa kurang selesa pada cik sue..

Nanti kalau berpeluang saya belanja cik sue burger hong kong...hehehe

Selamat Berbahagia Dunia dan di Akhirat..

nenao said...

less care about people yang~ :)

soffya cik bulan said...

ohh siapakh yg mengatakan itu..
sbnrnya akk respek dgn sue berani tls terang2..bila su pts cinta, bila su miant org dn tulis mcm2 ttg itu..
dn itu bt akk knl su dn thu su mcmna..
lupakan mereka jika su rs ckp itu tdk bnr yerr...

Hana Faza-same person said...

salam su:)
thanx for appreciating :) kisah biasa2 aje..
su, dlm hidup ni, punya lebih jutaan sikap dan pandangan.. dan yg pastinya kadang2 ternyata berbeza dari apa yg kita mahukan..
jadi, tabahlah hadapi apa jua pandangan selagi kita tidak membatasi had kita sebagai seorang wanita Islam..
n i am believe, u can handle it !
chaiyok su!