I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, August 2, 2010

kalau lah. . . .


assalamualaikum

ini first entry bulan ogos walaupun dah masuk 2hb. hari kedua baru dapat tulis 1st entry. adalah lagi seminggu nak puasa ni. memang dah tak sabar. rasanya sejak minggu-minggu lepas lagi mulut ni tak sudah-sudah duk kata dah rasa macam bulan puasa je ;p  

kalau lah diri sendiri boleh kuatkan hati, belajar terima hakikat, belajar redha, belajar sedar diri, tak payah nak susah-susah salahkan orang lain. itu lah yang susah. tak pernah nak jadi senang. dari dulu lagi. sumpah dah penat. dah penat sangat dengan rasa yang tak pernah nak hilang ni. betul-betul nak pusing balik masa and harap perkara tu takkan jadi dan rasa tu tak pernah ada.

....kalau lah boleh

sabtu lepas balik ukm semula walaupun jumaat tu dah ada kat rumah. sebab induksi. gagahkan diri jugak walaupun hati macam tak nak pergi. ingat nak naik tren je. tapi tak sangka pulak abah anta sampai ukm. lepas tu program habis dalam pukul 6 lebih. dah rasa cuak je nak balik naik tren sensorang kalau dah nak malam nih. sebab memang ingat balik nak naik tren aje. takkan lah abah nak hantar nak ambik anak dia yang dah berusia 21 tahun ni kan. yang best, ainaa ajak balik dengan dia. wah! memang lah terasa nak ikut je sebab satu jalan je pun ampang dengan gombak tu. baik betul lah cik ainaa ni =)


tapi tiba-tiba abah SMS.
'nak balik nanti msg'  


maksudnya? abah nak ambik jugak ke balik nanti? wah wah ini memang berita gumbira ni. makanya, tak jadi lah nak tumpang ainaa atau balik naik tren sensorang diri balik umah. tunggu abah je la. thank u abah. jasamu tetap dikenang. sampai bila-bila. kakngah takkan lupa tau =D 
[hari tu ada orang kata, "sok cari suami yg seronok nak anta n jemput kau anytime n anywhere ya su"] ekekeke 


....kalau lah ada


tadi sampai2 je ukm, terus pergi bilik shima. bawak shawl. hehehe. sekarang macam dah sangat excited pulak nak menjual. masuk ukm patut niat nak belajar. ni boleh pulak nak ber-bisnes. nape la tak amik course bisnes je dulu. kan senang. boleh join g class sama-sama ngan roomate [tetibe je hahaha] tak apa lah kan. sambil-sambil menyelam tak salah pun nak minum air sekali. untung-untung murah rezeki. aik dah macam pantun pulak. lepas gian lama tak berpantun. eheh. rasanya nanti kalau ada yang datang bawak rombongan, nak kena berpantun nih. baru lah best kan. tak lupa adat budaya kita orang melayu. err rombongan nak meminang kaklong nanti ya. bukan nak meminang tuan punya belog. belum nak cerita sebab jauh lagi perjalanan. 


merepek apa entah ;p


*tadi oshin makan durian.haih apa nak jadi la kucing zaman sekarang.semua pun nak makan

0 comments: