I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, August 10, 2010

pulpo is octopus


assalamualaikum

semalam mas call. tapi su tak jawab sebab su tido. kalau su tido memang lah siapa-siapa call pun tak kan berjawab. walaupun bunyi tu membingit telinga and su tak silent atau vibrate pun. kadang-kadang boleh cancel-kan terus call tu sebab telinga dah tak mampu nak terima. heee. sorry kepada yang call and su reject call tu [ramai sangat dah]. korang call tak kena masa la. time su berhibernasi sampai beruang kutub pun boleh kalah tahu! eheh. nasib baik beruang kutub takde kat malaysia and boleh jumpa kat kutub2 yang membeku je. lagi pun beruang kutub tu comel kan? 

eh apa ni. ok sudah lah suraiza oi bercerita pasal species beruang kutub yang comel lagi putih suci tu. su bukan nak cerita pasal beruang, su nak cerita pasal semalam. heee

lepas tu sms pulak masuk

"ija ada kat bilik tak?" -mas

tapi sebab tengah tido, tak baca pun sms tu. rasanya kalau gempa bumi yang berskala richter besar pun kau buat tak reti je kan suraiza. hahah.     

tiba-tiba terdengar suara cik izan sayup-sayup je kat telinga. aik izan masuk dalam mimpi su ke ni. ahahaha. tiba-tiba [lagi sekali] gempa bumi! bergegar-gegar je rasa nih. ehehehe. ok ok tak! izan tak gerak su laju-laju la sampai nak rasa gempa bumi bagai. tapi izan gerak jugak sampai su bangun. amik masa yang lama tak nak sedarkan su dari mimpi indah? ekekeke. rupanya mas dah tercongok depan pintu bilik. amik kau, call tak berangkat sms tak berjawab. sampai depan muka pintu terus. hahaha. tapi masa tu su tak perasan lagi siapa yang cari su sampai kat bilik ni. maklum la orang rabun. cermin mata tah kemana. lepas tu dengar suara, hah confirm mas! mas cakap kawan dia nak beli shawl. nanti kejap lagi diorang datang. 

bingkas bangun-duduk atas katil-kedip2 mata pandang mas-macam blur kejap. eheh. dan........memang best lah macam ni kan. kawan-kawan bawak kawan-kawan diorang beli dengan su. termasuklah roomate jugak sebab dah bawak kawan datang bilik beli shawl. alhamdulillah. murah rezeki semua =)

malam pulak, pergi pesta konvo lah kan. dengan miza. last day. ada yuna dengan aishah pulak. laju je kaki ni. hihihi. hmm yuna dgn aishah punya performance memang best. dua-dua pun comel. dua-dua pun best. seronok dapat tengok diorang nyanyi live. miza beli dua pasang baju kurung sebab seriously corak dia sangat cantik. murah pulak. dah kata last day kan. erm su pulak beli..........nak tau su beli apa..??jangan terkejut pulak ya ahaaha jeng..jeng..jeng

****************************************************
*********************************************
*************************************
*****************************
************************
*******************
***************
***********
********
*****
***
*

CAK!   
hahaha comel kan? kan?

disebabkan kecomelan dia tu la su beli. actually kaler orange tu sangat terang tapi dalam gambar jadi pucat ckit. buat masa sekarang belum ada nama. ada yang nak bagi nama tak..anyone? hehe. tapi su macam dah ada nama nak bagi kat dia. how 'bout 'pulpo'? pulpo is octopus in spanish ;p

hari ni pulak temankan miza pergi konvo kawan dia, zati. yaAllah panas bukan main terik lagi [abaikan ayat budak darjah 1 ni]. panas2 pun sempat bergambar lagi tu. tiba-tiba cik izan call [memang sejak dua menjak ni talipon memang suka bunyik tak kira la sms ke call ke memang ada je tiap masa, waktu, dan ketika ahahhah] nak mintak amikkan gambar katanya. dari depan dectar su pergi ke belakang dectar. dalam erti kata yang lain, panggung seni lah senang. haha. owh ok la nak amik gambar dengan tuuutttttt rupanya. baik lah. sini su jadik photographer. upss..siapa dia yg su amik gambar dengan izan tu tak boleh lah nak cakap. tunggu tuan punya diri buat statement dulu.

tengok orang grad, rasa macam dah tak sabar nak konvo jugak. su grad tahun depan tau, insyaAllah. jangan lupa datang beramai-ramai. yang penting jangan datang tangan kosong ya. hahahaha. demand betul kakak kita nih. takde, tadi su nampak ada orang tu dapat gitar. fuyooohh zaman dah berubah. kalau dulu orang bagi bunga and teddy bear je tapi sekarang siap dapat gitar tu. best..best.

hmm...kelas spain cancel! baru tahu. cis cis kalau tahu awal2 dah balik dah kut. takpe2 tak payah balik la. baru je balik nak balik lagi. mengada betul [kutuk diri sendiri] hahaha. esok puasa kan, insyaAllah kalau anak bulan tak main nyorok-nyorok petang ni. 

selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadan utk semua. puasa jangan tak puasa tau! =)

5 comments:

AnAk iBu said...

alah!!! pesta konvo dah abes dah ke?!! huwaaaa!!!

Belleza~ said...

dah hbes la syg oi
smlm last..
hri ni last convo

shasha said...

hehe..sya baru jaa beli pulpo tu sekor bg kt kwn sempena besday dia. ((: tp sya bli kaler hijau. mmg comel kan ((:

Belleza~ said...

haa yeke?
ha'ah su tgok ade jgk kaler ijau semalam..pink..kuning..biru..tapi yg oren ni jugak su beli..heheh

HAZ_SHAMEER said...

ermm cik sue nak satu cik pulpo...ehehehe