I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, September 30, 2010

mungkin bila tengok 5 atau 6 atau 10 tahun dari sekarang,mesti rasa rindu nak balik ke waktu ini


assalamualaikum

gambar di bawah adalah gambar bersama rakan-rakan sekuliah.

yang diambil semasa 2 atau 3 minggu sebelum raya hari tu.
[tak pasti,sebab kurang ingat akibat terlebih semut dalam makanan]

gambar kelas yang tercantik abad ini.
hahahaha
[dalam lappy masing2 gambar ni akan kelihatan kurang cantik..kalau tengok realiti....perghhh!!!semua memang cun lah.jerawat sume ilang ekekeke]

gambar kecik.sebab memang sengaja.boleh klik utk enlarge image.tp masih lagi kurang enlarge hehehe

ini gambar candid.gaya tak serupa candid.sebab semua dah pose ala-ala gambar candid.

credit to ainaa~ (*^_^*)

Wednesday, September 29, 2010

presentation dan exam yang tertangguh


assalamualaikum. 

tadi kelas habis pukul 7.30. tapi balik naik bas pukul 8. sebab memang pukul 8 je ada bas. kalau tak naik pukul 8, kena tunggu sejam lagi baru sampai bas naik ibu zain. owh takkan lah nak tunggu pukul 9 baru dapat bukak puasa kut. mahu tido tak sedar diri kat bus stop tu karang. hee..  [roommate nak amik sebenarnya tadi tapi elok2 time baca mesej dia bas dah sampai] 

presentation yg tertangguh sejak minggu sebelum raya hinggalah ke minggu lepas raya yang sepatutnya di-present-kan sehari sebelum raya, akhirnya berjaya jugak di-present-kan tadi. yaAllah nebes bukan main. tapi buat2 tak nebes je la. hehehe. dan tadi dah pakai baju baru sama dengan ika. hari tu penah cerita. ni linktapi takde gambar sebab tak sempat nak ambik. takpe tunggu nanti kami pakai sama lagi, su upload pic. tadi pun bukak puasa minum air sama2 dengan ika. dalam kelas. lecturer kat depan mata. tapi sempat lagi tanya orang belakang, tanya orang sebelah dah azan ke belum. heheh. sorry la korang meng-kacau fokus korang je kan. owh thanks jugak utk cik bintang malam yang tolong bukak botol air sebab cik su ni gaya macam dah tak larat nak buat apa pun. hahahaha. saja nak manja dengan cik bintang malam. bila lagi kan? hahahahha

sepatutnya esok ada final exam utk spanish. tapi ditangguhkan, bawa ke jumaat. alaaa........... tak dapat nak balik awal la ni... kena balik petang jugak la after exam kat ppbl nampaknya [gaya tak balik setahun.kecoh betul.tiap2 hari pun boleh balik laaa]



mata dah berat ni. 
ngantuk sangat dah ni. 
rasa nak tido je ni

g'night.

tengok gambar ni rindu pulak kat oshin, putih, hitam, cici, dan anak2 Manja yg 4 ekor semuanya.
tak sabar nak balik nih!


Tuesday, September 28, 2010

tak nak emo2 dah.so entry ni memang tak emo hehe


assalamualaikum

semenjak-2-menjak ni su asyik post entry nak emo je kan. hahaha. tak best. tak best. sekarang tak nak emo2 dah. biar lah orang nak kata apa. "jangan peduli orang kata" ini penting. sebab kalau selalu nak peduli orang, entah apa kita dapat agaknya. sakit hati dan tensi mungkin. kalau su, asyik nak meraung je kejenya. ahahhaa. tak boleh. tak boleh. nanti cepat tua tak awet muda kan. hahaha mana kau belajar ni su oi...hee

tak..maksud su...kena peduli jugak la sikit tapi tengok pada tempatnya. dan kadang2 jugak bergantung kepada orangnya. kalau orang tu pun ala2 berpura2 sekaligus berlagak sahaja, baiklah tak payah peduli. cakap dekat kita, tapi dia...entah la...kadang2 kita punya rasa...bagaimanakah dia. baik hatikah atau pura2kah. 

ok stop!!!
tak boleh nak emo2 kan. so su kena bercakap secara waras. apa yang su tulis selama ni dalam blog adalah  untuk perkongsian bersama. mungkin lah su jugak tak sepertimana apa yang su tulis tu. dan sememangnya apa yang su POST kat blog ni bukan tulisan su sendiri. semua tu untuk su forward kan dan berkongsi dengan semua yang datang singgah blog ni dan baca. mana lah tau ada perkataan ke ayat ke yang terkesan di hati para pembaca blog ni. so sahamnya su dapat sama. sekali lagi su tekankan, su pun mungkin tak seperti apa yang su POST-kan dekat blog ni. kalau perkara tu su sendiri yang cakap, hasil karya su, daripada penulisan yang datang sendiri dari su bukan kata-kata orang lain, memang itu lah su. terpulang mahu kata su hipokrit atau apa. 

yang penting su tahu siapa diri su, apa yang su buat. su ada kawan-kawan, keluarga yang tak pernah lokek nak bagi kata semangat. ini pun dah lebih daripada cukup. sebab su ni pun kadang2 macam lalang, bak kata roommate. apa orang kata su ikut. apa orang tu kata su ikut jugak. walaupun dekat hati, bukan tu yang su nak sebenarnya. sebab tu ramai orang cakap dekat su, belajar untuk tidak peduli. kadang2 kita perlu untuk tak peduli apa orang kata. setakat dah baca blog su, yang mana su pun tak pernah ceritakan semua pasal hidup sendiri, su tak rasa perlu ada orang luar yang berlagak seakan-akan dia dah kenal su lama. 

tak pernah terfikir langsung, kalau tulis blog akan menimbulkan masalah sampai macam ni. hebat jugak kan penangan blog su ni. hahahaha. blog korang ada? perasan. perasan. heheh. memang lah mana yang baik su ambik. mana yang buruk, elok su abaikan je. daripada su sakit kepala fikir kan. tapi ada jugak rasa nak bawak hal ni and rujuk pada yang pakar. sebab...hm...sebab...di sebalik apa yang berlaku, su rasa dia ni macam dah tersilap jugak. sebab ada perkara yang tak sepatutnya dia cakap, tapi dia cakap jugak perkara tu. yang mungkin boleh buat dia nampak macam seorang yg _-_-_-_ di mata su. 

sampai di sini dulu
walaupun memang sangat banyak lagi perkara yang nak diluahkan tapi tak terluah. uish dasyat tul ayat kau skang ni suraiza. ehehehe. tu la lama tak membebel kan sekali kuar entry,...ha.....boleh jadi juling jugak dibuatnya hihi

ok..nanti su sambung..
skrg tengah nak fokus utk presentation esok nih...
wish me luck!


Friday, September 24, 2010

tersentuh..




Ya Allah Yaa Robbi..

Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan kepadanya, maka Jadikan keindahan hati dan akhlaknya melampaui kecantikan wajahnya ... Engkau telah sentuh hatinya tuk menutup auratnya, maka Jadikan penutup auratnya memperindah cahaya aura taqwanya

...Engkau telah indahkan senyumnya, maka Jadikan senyumnya selalu terkembang untuk menghiasi rumah tangganya...

Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada aqal budinya, maka jadikan aqalnya meninggikan derajatnya ...

Engkau telah memberikan kekerasan hati padanya, maka jadikan kekerasan hatinya menjadi keteguhan tekad dan ketegaran bagi mimpinya, namun sisihkan kelembutan untuk mendidik anaknya dan menjaga keluarganya...

Engkau telah tanamkan iman dan taqwa ke dalam hatinya, maka Jadikan keimanan dan ketaqwaan yg istiqamah menjadi jiwa kecantikannya...

Jadikanlah jiwa raga dan kalbunya menjadi wanita solehah.... Jadikan suaminya menjadi suaminya yang bertanggungg jawab, yang dapat menjadi imam dalam kehidupannya.... Tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahimnya....

Jadikanlah keluarganya menjadi keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah... 
Jadikanlah akhir hidupnya kembali padaMU dengan khusnull khatimah...

Amin


.sumber- mukabuku.

Thursday, September 23, 2010

terima kasih untuk entry sebaik ini...


assalamualaikum

blog kak aishah best. memang su selalu pergi blog dia tiap kali ada entry baru. su suka sangat baca tulisan dalam blog tu sebab semua yang kakak ni tulis memang masuk terus dalam jiwa. owh mungkin jiwa su sahaja orang lain tidak. su selalu baca secara senyap-senyap dan diam-diam, dan tak pernah tinggalkan comment kat blog kak aishah ni. pernah juga su sebut pasal kak aishah ni dalam entry sebelum-sebelum ni. tapi setakat ni belum pernah lagi su bertegur sapa dengan penulisnya. tak tahu macam mana nak contact dia. mungkin boleh kut hantar emel dekat dia. tapi masih belum cuba. insyaAllah satu masa nanti.. 

yang menarik, su nak kongsi sesuatu yang kak aishah tulis kat blog dia. boleh terjah blog kak aishah atau entry ini,
rawan perawan




buat tatapan kalian duhai insan mulia kurniaan tuhan. yang dari kesunyianmu kami diciptakan. ini jerit perih kami dari usai malang bertindih. ini suara kami dari bahagia yang memenuhi setiap rintih. ini doa kami selepas jatuh tak berluka, bangun tak bermercu tanda. yang menyaksikan cuma Sang pencipta dan hati-hati yang sudi berkongsi rasa.


buat kalian, yang pernah bergelar kekasih.

telah kami tinggalkan kalian dalam ragu yang amat dalam atau yakin yang keterlaluan. telah kami lepaskan kalian dalam tidak semena-mena keadaan. telah kami buang kalian jauh agar tak lagi meneman perjalanan. kalian sejarah yang tak diagungkan. kalian kenangan yang tak terpadamkan. yang pastinya, kalian mungkin bukan yang tuhan takdirkan. jadi berhentilah kalian di sana. di tempat terakhir kami letakkan. berhenti di sana dan jangan mengekori. berhenti di sana dan jangan datang lagi. jika ada manis disimpan, jika ada pahit ditelan, semoga kalian tabah menghadam. kerana kami juga bukan yang paling cekal. bimbang jiwa rapuh diusik silam.

kurang faham?
bahasa mudahnya. jika kalian telah kami tinggalkan. jangan datang lagi. jangan lagi kami dicari.
bukan bosan atau benci. tetapi perempuan yang berbuat keputusan tak akan sekali memandang ke belakang. kalian tahu kan?


buat kalian yang ajnabi.

kalian itu kami jumpa sehari-hari. kalian teman sekuliah,sepejabat, rakan sekolah, lelaki asing, kawan baik abang kami, lelaki di kedai mamak, jejaka di kedai buku, si muka bersih di tangga masjid, lelaki kacak di LRT, penulis blog yang seharian membaca tulisan kami,atau teman kepada kawan baik kami. kalian, lelaki ajnabi. si asing yang tak kami kenal dan tak perlu kami kenal lagi. bantulah kami. bantu kami mencari redha Ilahi. bantu kami menjaga mahkota kami. bantu kami merasa selamat walau berjalan sendiri. bantu kami merasa bagai perempuan suci. kalian yang punya mata memandang, punya hati merasa, kami mohon jangan dilanjutkan cerita. simpankan segala detap jantung dan rasa jatuh suka, buat saat yang lebih bermakna. dan saatnya kalian benar-benar mahu berjalan bersama ke syurga. pilihlah jalan yang dipandang mulia, pilihlah jalan terhormat agar kami punya rasa bangga. agar ibu ayah kami merasa sejuk di dada. menerima kalian sebagai keluarga. bila benar-benar sudah tiba itu saatnya.

kurang faham?
bahasa mudahnya, jangan kami dipandang, ditegur, diberi harapan, diajak berkenalan, diajak menikah, diajak berpacaran sehingga kalian bersedia, menjadi imam di dunia hingga ke syurga.


buat kamu yang aku tunggu.

tolong biarkan aku terusan begitu. tolong jangan dilukakan hatiku. tolong jangan buat aku cemburu. tolong beritahu jika kamu pun menunggu. tolong berikan padaku harapan palsu. agar mereka yang datang dapat kutolak dengan alasan. agar mereka yang mengganggu tak dapat menggoyahkan hatiku. tolong jangan buat aku keliru. tolong jangan senyum padaku. tolong ikut rentak gilaku. tolong. tolong aku mencapai syurga itu, sebelum tiba waktunya untukmu. tolong aku mengenal sebenar Cinta sebelum bersama kamu. tolong aku bantu kamu bersedia menjadikan aku ketua bidadari syurga. tolong buat aku tersenyum, saat mengingat manisnya bidadari di sana menebar hamparan buat kita berdua. tolong jangan jatuh hati padaku. saat cintaku masih belum untukmu.

kurang faham?
bahasa mudahnya, aku sendiri tidak pasti apa yang aku mahu. jadinya, tolong bersabar denganku.


duhai tuan-tuan yang kami muliakan, si lelaki kuriaan Tuhan

kalian redahlah seluas lautan. kalian naiklah setiap penerbangan yang menyeberang benua utara selatan. kalian datanglah kerumah dengan seribu kuntum mawar merah. kalian merayulah hingga berair mata darah. takkan ada kisah yang tertulis tanpa ditakdirkanNya sebelum kita mengatur langkah.

jadi kita berserah.

jadi kalian biarkanlah kami menjadi perawan. yang bisa saja pernah disunting atau tercemarkan dek sang kumbang. atau tak pernah terlihat walau sinci keindahannya. kalian benarkan kami menjadi perawan, yang tidak lagi dijajah hatinya dengan cinta sayang tak bermakna dari kalian yang sia sia. kalaian bantulah kami menjadi perawan yang elok budi, jernih hati, cintanya suci.

kalian benarkan kami menjadi perawan berseri. yang hanya diusik takdir dari Ilahi. yang cuma diikat dengan sehalal ikatan dengan sang ajnabi.

tolong. benarkan kami menjadi perawan di hati. di sini hingga tiba waktunya nanti. bila kalian kami benarkan, menghirup sedikit cinta yang dianugerahkan Tuhan.



setelah Dia memenuhi setiap ruang, dalam hati seorang perawan.





yang ini untuk awak..............
"bahasa mudahnya. jika kalian telah kami tinggalkan. jangan datang lagi. jangan lagi kami dicari. bukan bosan atau benci. tetapi perempuan yang berbuat keputusan tak akan sekali memandang ke belakang"






~satu juta terima kasih buat penulis blog ini (*^_^*)


saya juga manusia biasa.tak boleh lari dari masalah yang satu itu.


assalamualaikum

sebab kerja skola yang sangat susah dan complicated serta merupakan soalan tahap master student je layak buat hehehe [bak kata Dr Kuik tadi] dah berjaya disiapkan...apa lagi, su datang la conteng blog pulak.. =) 

thanks ika. sanggup tido kat ibu zain semata-mata nak siapkan assignment tu sama-sama. padahal baru je balik cuti. tak tido bilik sendiri kat zaba lagi dah datang tido kat ibu zain. ingat zaba dengan ibu zain ni dekat ke. jauh la......

sebenarnya banyak nak cakap..tapi tak tahu macam mana nak cakap. entah sejak bila pulak jadi macam ni. dulu kalau setakat nak membebel dekat belog ni bukan setakat cakap banyak tapi dah merapu macam-macam pun ada. hahaha. merapu-merapu pun ada jugak orang rindu nak baca. kan? kan korang? ngaku cepat.. hahaha. statement yang sangat gedik mungkin eheh

2,3 hari yang sangat memenatkan. fizikal, mental, jiwa raga semua tengah huru-hara. dengan tak boleh nak tido sebab fikir macam-macam yang tak sepatutnya fikir, sebab buat assignment yang dah banyak kali buat tapi tak siap-siap jugak [dah siap dah masa ayat ini ditulis hee], sebab risau fikirkan perkara yang belum pasti. bila jadi macam ni, mula lah buat benda tak reti nak fikir, tahu ikut suka hati dia je...

...dan mula rasa nak nangis...

bila ada yang kata..
"kak ngah.....bhy tau.u might get hurt again, sooner or later. huhu" 
"anyway, kak ngah kne cuba tau..jgn amek tau psl die...at least try *-*-* or bende2 yg boleh distract kak ngah dr ingt die... br la kak ngah ok kot.. huhuhu..
u go girl! ^^
[pernah, sedang, dan akan cuba lagi dan lagi..]

"remember, u deserve a better guy, the one that appreciate u for whoever u r.... jgn give up ok!"
[hati berbunga-bunga.seakan mahu terbang ke Jepun sekarang juga.eh tak,ketika itu.mahu terbang ke Jepun memberi pelukan penuh kasih sayang ketika membaca kata2 di atas hahaha]

dan dalam masa yang sama...seorang sahabat yang disayangi telah menghantar sesuatu ke kotak inbox muka buku su..[kamu macam tahu-tahu je kan]
"kuatkan semangat yunk"
"ya Allah, wanita yg membaca ini adalah wanita yg cantik, kuat, sabar dan sy amat menyayanginya..kau tingkatkan lah kehidupannya dgn rezeki yg berkat, kau rahmatilah dia setiap langkahnya dalam mencari rezeki pada suatu saat yg telah kau tentukan nanti. kau bersihkan hatinya..kau kuatknlah imannya..kau pelihara lah dia dari ftnah..Amin..."
[sungguh su terharu]

dan...


jeng.jeng.jeng.
tengok su dapat apa
roommate su bagi ni
masa balik lepas raya hari tu dia dah letak atas meja
buat sendiri ok..........
hehehe..thanks izan roommate su =)


bukan pencil box tau. tapi keychain yang ada nama su tu
suka sangat3+++

(*^_^*)

Tuesday, September 14, 2010

*entry pertama lepas raya*


assalamualaikum

selamat hari raya semua. raya lagi kan? hm memang lah kalau ikutkan hati ni nak beraya sakan lagi tapi bila mengenangkan assignment dengan thesis proposal yang langsung takde perubahan since start cuti hari tu, terus je mood raya tu hilang. huwaa sedih betOl. orang lain sebok lagi nak pergi beraya sana sini yang kita pulak duk mengadap buku tebal bape inci tah ni. nak buat macam mana. dah adat jadik student. selagi belum abeh study kena ngadap assignment aje la. 

tapi kan, raya tahun ni memang best sangat. hahaha. tengok! dalam risau risau fikir assignment pun still boleh raya sakan jugak cik su ni. 'raya sakan' tu memang dah plan untuk hari raya pertama dan kedua je. so lepas je 1st day n 2nd day raya tu dah tak boleh nak sakan sakan lagi dah. hehehe. 

dan macam biasa lah every year pun nak kena balik kampung. kalau tak balik mau meraung sume raya kat ampang ni. hahaa. kampung su belah mak kat felda padang piol, jerantut. tiap-tiap tahun pun mesti balik sana sebab atok dengan wan ada kat kampung. lagi pulak, su dulu duduk dengan dorang, sekolah kat sana sampai form1. jadi ramai lah kawan-kawan kat sana. 

so kalau balik raya je, mesti ramai kawan-kawan yang datang rumah atok. macam tahun ni pun, raya pertama and raya kedua memang ramai kawan datang. tu yang raya jadi best sebab kawan2 yang su dah tak ingat and tak kenal pun ada. heheh. sorry la korang memang betul2 tak ingat. lupa dah dulu kecik2 lain. dah besar sume pun dah lain. dah kerja, dah habes belajar, dah bawak kereta sendiri pun. mesti lah muka pun dah berubah kan. 

raya pertama lepas kawan2 datang rumah, ikut pulak dorang pergi beraya. macam tahun-tahun sebelum ni tunggu orang datang rumah je, tapi tahun ni kita pulak dapat beraya rumah orang. seronok bukan main. "Dapat jugak kan aku beraya rumah kau farok hahaha tak plan pun, sampai jugak. thanks jugak datang beraya rumah aku.

yang lagi best...ingatkan tak dapat duit raya dah. hahaaha. rupa-rupanya lagi banyak..ehehehe. dulu kecik-kecik kumpul duit raya dari raya pertama sampai la raya ketiga baru nak cukup seratus. tu pun payah. tapi sekarang...raya pertama dah boleh dapat ratus-ratus hakhakhak seronok.seronok.seronok. (*^_^*) *smile*smile*smile*  Ye laa..tahun ni memang kena kumpul duit raya banyak-banyak sebab tahun depan rasanya dah kena bagi duit raya pulak kut. hahaha. takde kut-kut-nya. memang kena bagi. tahun depan insyaAllah time raya tu nanti dah habes belajar and dah kerja kut. hihihi.   

ok
sambung lagi nanti kalau tak bz siapkan kerja-kerja skola yang tertangguh ni..
assalamualaikum

..1st day raya..


Tuesday, September 7, 2010

kejadian-kejadian sebelum raya...


Assalamualaikum

Salam 28 Ramadan dan Salam Aidilfitri buat semua pembaca belog. Wah dah 28hari kita puasa, tak terasa dah hampir sebulan pun. Lagi 2hari insyaAllah berhari raya lah kita kan. Esok 29 Ramadan, bermakna dah 22tahun umur su kalau ikut kalendar Islam [tahun Hijrah cepat setahun]

Ya Allah cepat betul la masa berlalu sekarang ni. Mungkin sebab tahun ni bulan puasa pun masih sebok berkuliah dan ber-assignment serta ber-exam agaknya.  Memang lah puasa tahun lepas pun masih ada kuliah jugak. Tapi tahun ni lebih sebok agaknya sebab dah tahun akhir. Rasa macam banyak sangat pulak kerjanya.

Semalam kelas Prof Azizan pun kelas terakhir sebelum raya. Sepatutnya kelas Dr Kuik hari esok pun ada lagi tapi disebabkan majoriti pelajar tahun akhir program hubungan antarabangsa sepertinya tidak akan hadir, maka Dr Kuik pun terpaksa meng-cancel-kan kelas pada hari rabu. Lecture untuk hari rabu tu nanti penting so dia taknak lah kalau ramai yang tak dapat datang and tak faham pulak nanti. Dan presentation untuk tajuk lecture tu jugak lah yang su dengan ika kena present naik cuti raya ni. Macam mana lah tak blur kan masa nak buat assignment ni. Even lecturer pun dah kata tajuk tu penting. Siapa lah kitorang ni nak menjawab soalan yang memang susah tu. Memang assignment tu dah jadi ‘assignment raya’ pun.

Balik kelas Prof Azizan semalam singgah mid kejap. Memang tak puas hati kalau tren untuk wanita @ ladies coach tu yang dah terang-terang disediakan untuk wanita tapi lelaki-lelaki yang tak sedar diri masih lagi tak tahu malu nak masuk jugak. Walaupun dah dihalau oleh pihak yang berkenaan boleh nyorok2 lagi dalam tren tu semata-mata taknak keluar. Dah la tu, boleh pulak duduk dengan senang hati tanpa rasa bersalah sedangkan kat depan mata ada ibu yang tengah dukung baby. Ya Allah kalian memang betul lah tak sedar diri dan tak tahu malu!

Ha ni cerita best...tak boleh nak emo lebih-lebih bulan puasa ni kan..
Semalam su terjumpa kawan su. Kawan masa sama-sama belajar kat asasi dulu. Kalau nak cakap dah ter-lost-contact dengan dia ni pun boleh la sebab dah lama tak contact dia. Tak tahu macam mana nak contact since dia pun tak ada facebook. Nombor pun dah tukar. Terserempak masa su nak keluar dari surau kat jusco and dia pulak baru nak masuk. Ya Allah seronok bukan main. Nampak sangat excited tu kut sampai Jiey pun gelak tengok perangai hamba Allah yang sorang ni kan. Hahaha excited terlebih kalau jumpa orang yang memang kita betul-betul nak jumpa. Sempat borak-borak kejap dan ambik nombor telefon dia sebab su pun kejar masa nak balik takut tak sempat bukak puasa kat rumah. Tapi serius, seronok sangat jumpa Jiey semalam. Kawan-kawan asasi yang lain memang dah jumpa, dah contact, tapi dia sorang pulak yang hilang. Haha. Tiba-tiba jumpa. Best ok!

Alhamdulillah..
semalam jugak..
dah dapat duit bisnes..heheh..tq kd n kd2
rezeki nak raya ni kan =)

owh hari tu, masa balik ambik kaklong balik kerja kat stesen putra lrt ampang park, ternampak lah satu accident yang betul-betul berlaku depan mata. ada orang melintas, then tiba-tiba satu motor sampai. apalagi terlanggar lah orang tu. ya Allah mengalir jugak airmata cik su ni kan ternampak orang tu terduduk tengah jalan. and motor tu pun sampai terlanggar penghadang jalan tu. terkejut dibuatnya, berhenti sekejap jantung ni, menggigil sampai ke rumah. errr bukan apa...lemah semangat.......tak pernah nampak yang betul2 jadi depan mata..huhu 

hmm..kenapa la sejak-2-menjak ni asyik dapat call dari nombor-nombor yang tak dikenali......boleh tak sms details dulu baru call..haa dah macam nak mintak detail customer je gayanya..heehe. ye lah daripada buat kita tertanya-tanya kan. sebab su memang takkan jawab fon selagi kamu tak hantar mesej bagitau kamu siapa dan su perlu jawab panggilan tu. kalau tak, call la banyak-banyak-banyak kali pun......................................... takkan terjawab la jawabnya..hahaha

ok..nak siap-siap ni..nak pergi beli barang dapur.nak masak untuk raya.hehe.jumpa nanti!

p/s-sumpah awak comel dari hari ke hari.saya betul2 dah jatuh hati.ekekeke

"Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin"


Friday, September 3, 2010

Kad Raya Untuk Semua.Amik Jangan Tak Amik~

Salam 

Rasanya tak terlalu awal kan kalau nak ucap
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan taulan, 
sahabat handai,
dan semua yang mengenali su
Maaf banyak-banyak ya

Sudi-sudi lah ambik kad raya su ni
Boleh buat kecoh tunjuk korang pun dapat kad raya kan
..heheheh




Selamat Hari Raya semua!
(*^_^*)

p/s-balik kampung elok-elok

positifkan diri sebelum di-positif-kan


Assalamualaikum

sudah jumaat..ada lebih kurang seminggu lagi nak raya ni. hari ni su balik. tapi isnin masih ada kuliah. kelas spanish hari selasa dan kuliah kuasa2 besar asia pasifik hari rabu dah cancel. tak rasa seronok pun. susah sangat nak rasa seronok kau ni pun [kata kat diri sendiri] 

nanti balik bercuti raya pun nak kena buat assigment raya [macam kata izuera]. naik cuti je nanti dah kena present. dan kalau lah subjek lain memang tak kesah langsung. tapi subjek yang satu ni, haih menggigil jugak lutut  dibuatnya. lecturer yang sorang ni seboleh-bolehnya dia nak kita fikir se-kritikal yang boleh. kalau boleh keluar kotak lagi bagus. jangan masuk2 kotak dah. dan memang kena discuss tajuk yang sangat-sangat-susah. dah berminggu buat research [gaya nak buat thesis pun ada] tapi still agak blur jugak nak buat assignment ni. yaAllah..sampai tak bersemangat pun nak raya..haila........

tak apa..
kena POSITIF suraiza..POSITIF! POSITIF! 

Thursday, September 2, 2010

Susah senang wanita..cubalah senang2kan walaupun susah



Assalamualaikum


Entry kali ni su pinjam dari belog annadzirah sebab suka nak share kat sini..thanks dear (*_*)


Senangnya wanita nak dapat payung emas. Tak perlu celup payung hadiah dari bank-bank tempatan dengan warna emas. Cuma perlu merelakan suami berkahwin lagi satu. Ingat ya ; merelakan & redha adalah kunci kebahagiaan hidup bermadu.


Tapi ;
Susahnya wanita apabila suami dilihat tidak berlaku adil apabila dimadukan. Asyik-asyik tidur di rumah bini muda.. Eh eh. Ini sudah lebih. Dulu time nak mintak tandatangan bukan main manis mulut tu. Mintak dijauhkan....

****************************************************

Senangnya wanita jika berwajah cantik. Mudah nak dapat kerja, mudah nak dapat perhatian, mudah nak dapat kepercayaan orang. Bak kata orang, petik aje jari, sepuluh mari!.

Tapi ;
Susahnya wanita jika terlalu cantik. Mudah dikhianati, mudah disakiti, mudah disantau, mudah diapa-apakan. Pergi mana-mana kena berhati-hati. Lelaki kan pantang tengok perempuan dahi licin!.

*****************************************************

Senangnya wanita jika kahwin awal. Orang keliling takkan cakap awak tu andartu. Lagipun kahwin awal perkara baik. Mencegah dari berlakunya maksiat. Bagus-bagus.

Tapi ;
Susahnya wanita jika kahwin awal. Mesti ada jugak mulut jahat yang cakap awak tu kahwin sebab dah TERbunting. Tak pun ada yang cakap awak tu dah gelenyor sangat nak berlaki. Dah tak boleh tunggu lagi dah. Haihh~
******************************************************
Senangnya wanita nak dapat duit banyak dengan cepat. Letak aje hantaran beriban-riban. 20K ke, 30K ke. Tapi tengoklah jugak bakal laki awak tu kerja apa. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri.

Tapi ;
Susahnya wanita bab letak harga hantaran ni. Letak murah sikit, orang cakap awak tu mesti 'ada apa-apa'. Letak mahal sikit, orang cakap awak tu mencekik darah & menyusahkan bakal suami. Susah kan?.
******************************************************
Senangnya wanita bila mudah beranak. Iyelah. Anak kan rezeki ALLAH. Mudah-mudahan hidup lebih bermakna & ceria dengan kehadiran anak-anak yang ramai.

Tapi ;
Susahnya wanita bila dah lama kahwin tapi tak dapat anak. Mesti orang kata yang awak tu mandul. Tak pun orang mesti kata awak ni disihir orang supaya tidak boleh mengandung. Macam-macam...
******************************************************
Senangnya wanita bila sudah berpisah dengan suami yang kaki pukul, kaki mabuk, kaki perempuan, kaki kudis. Erk. Biar hidup sendiri dari hidup bersama orang yang tak tahu menghargai awak. Wanita sekarang indie. Bukan indie = seluar skinny warna warni okay.. Tapi indipendent a.k.a boleh berdikari.

Tapi ;
Susahnya wanita memegang gelaran miss J atau dalam bahasa yang aku benci nak taip - Janda. Pergi mana-mana & nak buat apa-apa mesti orang perhatikan. Sang isteri semua dok takut awak tu mengorat laki diaorang. Padahal laki diaorang tu yang mengorat awak. Tambah-tambah lagi kalau janda berhias. Ish.
***************************************************
Senangnya wanita yang ada kerjaya & pendidikan tinggi. Orang tak boleh nak pijak kepala awak. Terutama kaum lelaki yang suka pandang rendah dengan kebolehan kaum perempuan. Kebanyakan perempuan sekarang sudah boleh berdiri lebih tinggi dari lelaki.

Tapi ;
Susahnya wanita jika terlalu bekerjaya & berpendidikan tinggi. Kaum lelaki nak dekat pun takut-takut apatah lagi nak pinang awak. Kalau ada pun, awak kena berhati-hati. Takut kaum lelaki hanya nak mengambil kesempatan di atas kelebihan awak. Bahaya-bahaya.
***********************************************
Senangnya wanita nak masuk syurga. Hanya perlu jaga 4 perkara - jaga faraj, taat pada suami, solat, puasa. Kalau menjaga dengan baik keempat-empat perkara tu, insyaALLAH masuk syurga.

Tapi ;
Susahnya wanita nak memenuhi keempat-empat syarat masuk syurga. Taat pada suamilah yang paling susah. Ingat senang ke nak jadi isteri yang hanya jawab YA bagi setiap apa yang suami katakan?. Sedih-sedih.