I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, September 14, 2010

*entry pertama lepas raya*


assalamualaikum

selamat hari raya semua. raya lagi kan? hm memang lah kalau ikutkan hati ni nak beraya sakan lagi tapi bila mengenangkan assignment dengan thesis proposal yang langsung takde perubahan since start cuti hari tu, terus je mood raya tu hilang. huwaa sedih betOl. orang lain sebok lagi nak pergi beraya sana sini yang kita pulak duk mengadap buku tebal bape inci tah ni. nak buat macam mana. dah adat jadik student. selagi belum abeh study kena ngadap assignment aje la. 

tapi kan, raya tahun ni memang best sangat. hahaha. tengok! dalam risau risau fikir assignment pun still boleh raya sakan jugak cik su ni. 'raya sakan' tu memang dah plan untuk hari raya pertama dan kedua je. so lepas je 1st day n 2nd day raya tu dah tak boleh nak sakan sakan lagi dah. hehehe. 

dan macam biasa lah every year pun nak kena balik kampung. kalau tak balik mau meraung sume raya kat ampang ni. hahaa. kampung su belah mak kat felda padang piol, jerantut. tiap-tiap tahun pun mesti balik sana sebab atok dengan wan ada kat kampung. lagi pulak, su dulu duduk dengan dorang, sekolah kat sana sampai form1. jadi ramai lah kawan-kawan kat sana. 

so kalau balik raya je, mesti ramai kawan-kawan yang datang rumah atok. macam tahun ni pun, raya pertama and raya kedua memang ramai kawan datang. tu yang raya jadi best sebab kawan2 yang su dah tak ingat and tak kenal pun ada. heheh. sorry la korang memang betul2 tak ingat. lupa dah dulu kecik2 lain. dah besar sume pun dah lain. dah kerja, dah habes belajar, dah bawak kereta sendiri pun. mesti lah muka pun dah berubah kan. 

raya pertama lepas kawan2 datang rumah, ikut pulak dorang pergi beraya. macam tahun-tahun sebelum ni tunggu orang datang rumah je, tapi tahun ni kita pulak dapat beraya rumah orang. seronok bukan main. "Dapat jugak kan aku beraya rumah kau farok hahaha tak plan pun, sampai jugak. thanks jugak datang beraya rumah aku.

yang lagi best...ingatkan tak dapat duit raya dah. hahaaha. rupa-rupanya lagi banyak..ehehehe. dulu kecik-kecik kumpul duit raya dari raya pertama sampai la raya ketiga baru nak cukup seratus. tu pun payah. tapi sekarang...raya pertama dah boleh dapat ratus-ratus hakhakhak seronok.seronok.seronok. (*^_^*) *smile*smile*smile*  Ye laa..tahun ni memang kena kumpul duit raya banyak-banyak sebab tahun depan rasanya dah kena bagi duit raya pulak kut. hahaha. takde kut-kut-nya. memang kena bagi. tahun depan insyaAllah time raya tu nanti dah habes belajar and dah kerja kut. hihihi.   

ok
sambung lagi nanti kalau tak bz siapkan kerja-kerja skola yang tertangguh ni..
assalamualaikum

..1st day raya..


18 comments:

Hana Faza-same person said...

selamat hari raya sue :)

aryadevi said...

Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh ^_^...
yang penting tetap semangat cik Suraiza...kerja...kerja...belajar..kerja..

Kuasai minda said...

Seronoknye Su dok beraya lagi...
Orang lain dah start kerja/study semula huhuhu...
Apapun semoga terus berbahagia di hari yang mulia ini...

diriku said...

waa..byknya duit raya..

SyerAgh said...

buat entry lepas buat kerja sekolah plak ya.. :0

Kuman Chaos said...

ooo anak Felda juga la ek...
asigment tu masa masuk kelas nnt baru buat.. baru thrill :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari saya

HAZ_SHAMEER said...

suke ek dengan gambar dengan kipas ajaib..hehehe..selamat hari raya!Minta maaf cik sue kalau selalu bagi comment yang merapu-rapu

Liquid said...

hee biase la tu asgmetn taim2 raye ni... lect suh beraye ngan asgment la tuh ehehehe.

Slamat hari raye =)

-jalan2 lalalala~

Belleza~ said...

kak hana: selamat hari raya kakak =)

Belleza~ said...

aryadevi: ha'ah betul tu..stju..hehe

Belleza~ said...

kuasai minda: terima kasih..sama2. smoga berbahagia juge

Belleza~ said...

diriku : hehe banyak ke

Belleza~ said...

SyerAgh: ok! hehe

Belleza~ said...

Kuman Chaos : haha mne boleh mcm tu

Belleza~ said...

haz_shameer: hahaha mne pnh bg comment merapu.tu gmbr kipas scra kebetulan je tu..hehe xprsn pulak lbey kurg sme dgn gmbr header.slmt hari raya.maaf zhr btn.

Belleza~ said...

Liquid : aha tu la lect tu x brya tu sbb bg kite kje suh buat. Slmt hari raya jugak!

aku_tiewa said...

Selamat Hari Raya sue,
nk duit raya.... hehe

Belleza~ said...

selamat hari raya tiewa
duit raya? nnt2 tggu su keje kita bg sama2 duit raya ye..hehehe