I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, September 7, 2010

kejadian-kejadian sebelum raya...


Assalamualaikum

Salam 28 Ramadan dan Salam Aidilfitri buat semua pembaca belog. Wah dah 28hari kita puasa, tak terasa dah hampir sebulan pun. Lagi 2hari insyaAllah berhari raya lah kita kan. Esok 29 Ramadan, bermakna dah 22tahun umur su kalau ikut kalendar Islam [tahun Hijrah cepat setahun]

Ya Allah cepat betul la masa berlalu sekarang ni. Mungkin sebab tahun ni bulan puasa pun masih sebok berkuliah dan ber-assignment serta ber-exam agaknya.  Memang lah puasa tahun lepas pun masih ada kuliah jugak. Tapi tahun ni lebih sebok agaknya sebab dah tahun akhir. Rasa macam banyak sangat pulak kerjanya.

Semalam kelas Prof Azizan pun kelas terakhir sebelum raya. Sepatutnya kelas Dr Kuik hari esok pun ada lagi tapi disebabkan majoriti pelajar tahun akhir program hubungan antarabangsa sepertinya tidak akan hadir, maka Dr Kuik pun terpaksa meng-cancel-kan kelas pada hari rabu. Lecture untuk hari rabu tu nanti penting so dia taknak lah kalau ramai yang tak dapat datang and tak faham pulak nanti. Dan presentation untuk tajuk lecture tu jugak lah yang su dengan ika kena present naik cuti raya ni. Macam mana lah tak blur kan masa nak buat assignment ni. Even lecturer pun dah kata tajuk tu penting. Siapa lah kitorang ni nak menjawab soalan yang memang susah tu. Memang assignment tu dah jadi ‘assignment raya’ pun.

Balik kelas Prof Azizan semalam singgah mid kejap. Memang tak puas hati kalau tren untuk wanita @ ladies coach tu yang dah terang-terang disediakan untuk wanita tapi lelaki-lelaki yang tak sedar diri masih lagi tak tahu malu nak masuk jugak. Walaupun dah dihalau oleh pihak yang berkenaan boleh nyorok2 lagi dalam tren tu semata-mata taknak keluar. Dah la tu, boleh pulak duduk dengan senang hati tanpa rasa bersalah sedangkan kat depan mata ada ibu yang tengah dukung baby. Ya Allah kalian memang betul lah tak sedar diri dan tak tahu malu!

Ha ni cerita best...tak boleh nak emo lebih-lebih bulan puasa ni kan..
Semalam su terjumpa kawan su. Kawan masa sama-sama belajar kat asasi dulu. Kalau nak cakap dah ter-lost-contact dengan dia ni pun boleh la sebab dah lama tak contact dia. Tak tahu macam mana nak contact since dia pun tak ada facebook. Nombor pun dah tukar. Terserempak masa su nak keluar dari surau kat jusco and dia pulak baru nak masuk. Ya Allah seronok bukan main. Nampak sangat excited tu kut sampai Jiey pun gelak tengok perangai hamba Allah yang sorang ni kan. Hahaha excited terlebih kalau jumpa orang yang memang kita betul-betul nak jumpa. Sempat borak-borak kejap dan ambik nombor telefon dia sebab su pun kejar masa nak balik takut tak sempat bukak puasa kat rumah. Tapi serius, seronok sangat jumpa Jiey semalam. Kawan-kawan asasi yang lain memang dah jumpa, dah contact, tapi dia sorang pulak yang hilang. Haha. Tiba-tiba jumpa. Best ok!

Alhamdulillah..
semalam jugak..
dah dapat duit bisnes..heheh..tq kd n kd2
rezeki nak raya ni kan =)

owh hari tu, masa balik ambik kaklong balik kerja kat stesen putra lrt ampang park, ternampak lah satu accident yang betul-betul berlaku depan mata. ada orang melintas, then tiba-tiba satu motor sampai. apalagi terlanggar lah orang tu. ya Allah mengalir jugak airmata cik su ni kan ternampak orang tu terduduk tengah jalan. and motor tu pun sampai terlanggar penghadang jalan tu. terkejut dibuatnya, berhenti sekejap jantung ni, menggigil sampai ke rumah. errr bukan apa...lemah semangat.......tak pernah nampak yang betul2 jadi depan mata..huhu 

hmm..kenapa la sejak-2-menjak ni asyik dapat call dari nombor-nombor yang tak dikenali......boleh tak sms details dulu baru call..haa dah macam nak mintak detail customer je gayanya..heehe. ye lah daripada buat kita tertanya-tanya kan. sebab su memang takkan jawab fon selagi kamu tak hantar mesej bagitau kamu siapa dan su perlu jawab panggilan tu. kalau tak, call la banyak-banyak-banyak kali pun......................................... takkan terjawab la jawabnya..hahaha

ok..nak siap-siap ni..nak pergi beli barang dapur.nak masak untuk raya.hehe.jumpa nanti!

p/s-sumpah awak comel dari hari ke hari.saya betul2 dah jatuh hati.ekekeke

"Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin"


3 comments:

ainaaamira. said...

jiey.....najibah ?
hehehe.

Belleza~ said...

yep2
najibah!
haha

diriku said...

slm aidilfitri =]