I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, September 2, 2010

Susah senang wanita..cubalah senang2kan walaupun susah



Assalamualaikum


Entry kali ni su pinjam dari belog annadzirah sebab suka nak share kat sini..thanks dear (*_*)


Senangnya wanita nak dapat payung emas. Tak perlu celup payung hadiah dari bank-bank tempatan dengan warna emas. Cuma perlu merelakan suami berkahwin lagi satu. Ingat ya ; merelakan & redha adalah kunci kebahagiaan hidup bermadu.


Tapi ;
Susahnya wanita apabila suami dilihat tidak berlaku adil apabila dimadukan. Asyik-asyik tidur di rumah bini muda.. Eh eh. Ini sudah lebih. Dulu time nak mintak tandatangan bukan main manis mulut tu. Mintak dijauhkan....

****************************************************

Senangnya wanita jika berwajah cantik. Mudah nak dapat kerja, mudah nak dapat perhatian, mudah nak dapat kepercayaan orang. Bak kata orang, petik aje jari, sepuluh mari!.

Tapi ;
Susahnya wanita jika terlalu cantik. Mudah dikhianati, mudah disakiti, mudah disantau, mudah diapa-apakan. Pergi mana-mana kena berhati-hati. Lelaki kan pantang tengok perempuan dahi licin!.

*****************************************************

Senangnya wanita jika kahwin awal. Orang keliling takkan cakap awak tu andartu. Lagipun kahwin awal perkara baik. Mencegah dari berlakunya maksiat. Bagus-bagus.

Tapi ;
Susahnya wanita jika kahwin awal. Mesti ada jugak mulut jahat yang cakap awak tu kahwin sebab dah TERbunting. Tak pun ada yang cakap awak tu dah gelenyor sangat nak berlaki. Dah tak boleh tunggu lagi dah. Haihh~
******************************************************
Senangnya wanita nak dapat duit banyak dengan cepat. Letak aje hantaran beriban-riban. 20K ke, 30K ke. Tapi tengoklah jugak bakal laki awak tu kerja apa. Bak kata orang, ukur baju dibadan sendiri.

Tapi ;
Susahnya wanita bab letak harga hantaran ni. Letak murah sikit, orang cakap awak tu mesti 'ada apa-apa'. Letak mahal sikit, orang cakap awak tu mencekik darah & menyusahkan bakal suami. Susah kan?.
******************************************************
Senangnya wanita bila mudah beranak. Iyelah. Anak kan rezeki ALLAH. Mudah-mudahan hidup lebih bermakna & ceria dengan kehadiran anak-anak yang ramai.

Tapi ;
Susahnya wanita bila dah lama kahwin tapi tak dapat anak. Mesti orang kata yang awak tu mandul. Tak pun orang mesti kata awak ni disihir orang supaya tidak boleh mengandung. Macam-macam...
******************************************************
Senangnya wanita bila sudah berpisah dengan suami yang kaki pukul, kaki mabuk, kaki perempuan, kaki kudis. Erk. Biar hidup sendiri dari hidup bersama orang yang tak tahu menghargai awak. Wanita sekarang indie. Bukan indie = seluar skinny warna warni okay.. Tapi indipendent a.k.a boleh berdikari.

Tapi ;
Susahnya wanita memegang gelaran miss J atau dalam bahasa yang aku benci nak taip - Janda. Pergi mana-mana & nak buat apa-apa mesti orang perhatikan. Sang isteri semua dok takut awak tu mengorat laki diaorang. Padahal laki diaorang tu yang mengorat awak. Tambah-tambah lagi kalau janda berhias. Ish.
***************************************************
Senangnya wanita yang ada kerjaya & pendidikan tinggi. Orang tak boleh nak pijak kepala awak. Terutama kaum lelaki yang suka pandang rendah dengan kebolehan kaum perempuan. Kebanyakan perempuan sekarang sudah boleh berdiri lebih tinggi dari lelaki.

Tapi ;
Susahnya wanita jika terlalu bekerjaya & berpendidikan tinggi. Kaum lelaki nak dekat pun takut-takut apatah lagi nak pinang awak. Kalau ada pun, awak kena berhati-hati. Takut kaum lelaki hanya nak mengambil kesempatan di atas kelebihan awak. Bahaya-bahaya.
***********************************************
Senangnya wanita nak masuk syurga. Hanya perlu jaga 4 perkara - jaga faraj, taat pada suami, solat, puasa. Kalau menjaga dengan baik keempat-empat perkara tu, insyaALLAH masuk syurga.

Tapi ;
Susahnya wanita nak memenuhi keempat-empat syarat masuk syurga. Taat pada suamilah yang paling susah. Ingat senang ke nak jadi isteri yang hanya jawab YA bagi setiap apa yang suami katakan?. Sedih-sedih.


5 comments:

- koroe - said...

gadis yg baik hanya untuk lelaki yg baik..

dan..

vice versa..

AnAk iBu said...

aah. susahnya. ohh senangnya.. aiyooo! tapi bersyukur jadi wanita! banyak kelebihan dia! jangan bersedih wahai wanita! eceh.

Benrauf 2.0 said...

susahnya manusia kalau asyik nak memikirkan kata-kata orang dalam setiap perbuatan. hidup kerana Allah. noktah.

HAZ_SHAMEER said...

Hidup ini kalau kita bersyukur dan mengingati Allah swt.InsyaAllah tuhan akan sentiasa mencukupkan keperluan kita...

Kalau bak orang mengata kita atau pun ada anti kat kita..ermm memang sukar untuk dikawal..kerana sedangkan Rasulullah SAW sebaik-baik manusia pun dikeji dan dicerca.

Cuma kita jgn jadikan kejian dan cacian sebagai penanda aras kehidupan kita.Ambil sebagai sempadan bukan sebagai panduan.

Kita hanya berusaha terbaik untuk hidup ini.Yang lainnya, biar Allah swt sahaja menentukan hidup kita.

God knows the best!

Belleza~ said...

terima kasih utk setiap comment yg ditinggalkan~

(*^_^*)