I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, September 28, 2010

tak nak emo2 dah.so entry ni memang tak emo hehe


assalamualaikum

semenjak-2-menjak ni su asyik post entry nak emo je kan. hahaha. tak best. tak best. sekarang tak nak emo2 dah. biar lah orang nak kata apa. "jangan peduli orang kata" ini penting. sebab kalau selalu nak peduli orang, entah apa kita dapat agaknya. sakit hati dan tensi mungkin. kalau su, asyik nak meraung je kejenya. ahahhaa. tak boleh. tak boleh. nanti cepat tua tak awet muda kan. hahaha mana kau belajar ni su oi...hee

tak..maksud su...kena peduli jugak la sikit tapi tengok pada tempatnya. dan kadang2 jugak bergantung kepada orangnya. kalau orang tu pun ala2 berpura2 sekaligus berlagak sahaja, baiklah tak payah peduli. cakap dekat kita, tapi dia...entah la...kadang2 kita punya rasa...bagaimanakah dia. baik hatikah atau pura2kah. 

ok stop!!!
tak boleh nak emo2 kan. so su kena bercakap secara waras. apa yang su tulis selama ni dalam blog adalah  untuk perkongsian bersama. mungkin lah su jugak tak sepertimana apa yang su tulis tu. dan sememangnya apa yang su POST kat blog ni bukan tulisan su sendiri. semua tu untuk su forward kan dan berkongsi dengan semua yang datang singgah blog ni dan baca. mana lah tau ada perkataan ke ayat ke yang terkesan di hati para pembaca blog ni. so sahamnya su dapat sama. sekali lagi su tekankan, su pun mungkin tak seperti apa yang su POST-kan dekat blog ni. kalau perkara tu su sendiri yang cakap, hasil karya su, daripada penulisan yang datang sendiri dari su bukan kata-kata orang lain, memang itu lah su. terpulang mahu kata su hipokrit atau apa. 

yang penting su tahu siapa diri su, apa yang su buat. su ada kawan-kawan, keluarga yang tak pernah lokek nak bagi kata semangat. ini pun dah lebih daripada cukup. sebab su ni pun kadang2 macam lalang, bak kata roommate. apa orang kata su ikut. apa orang tu kata su ikut jugak. walaupun dekat hati, bukan tu yang su nak sebenarnya. sebab tu ramai orang cakap dekat su, belajar untuk tidak peduli. kadang2 kita perlu untuk tak peduli apa orang kata. setakat dah baca blog su, yang mana su pun tak pernah ceritakan semua pasal hidup sendiri, su tak rasa perlu ada orang luar yang berlagak seakan-akan dia dah kenal su lama. 

tak pernah terfikir langsung, kalau tulis blog akan menimbulkan masalah sampai macam ni. hebat jugak kan penangan blog su ni. hahahaha. blog korang ada? perasan. perasan. heheh. memang lah mana yang baik su ambik. mana yang buruk, elok su abaikan je. daripada su sakit kepala fikir kan. tapi ada jugak rasa nak bawak hal ni and rujuk pada yang pakar. sebab...hm...sebab...di sebalik apa yang berlaku, su rasa dia ni macam dah tersilap jugak. sebab ada perkara yang tak sepatutnya dia cakap, tapi dia cakap jugak perkara tu. yang mungkin boleh buat dia nampak macam seorang yg _-_-_-_ di mata su. 

sampai di sini dulu
walaupun memang sangat banyak lagi perkara yang nak diluahkan tapi tak terluah. uish dasyat tul ayat kau skang ni suraiza. ehehehe. tu la lama tak membebel kan sekali kuar entry,...ha.....boleh jadi juling jugak dibuatnya hihi

ok..nanti su sambung..
skrg tengah nak fokus utk presentation esok nih...
wish me luck!


6 comments:

aku_tiewa said...

teruskan b'blogging yea cik sue..
gud luck... =)

diriku said...

he2..bagus lh klu cam2..all d best ye su=]

mier@ameera99 said...

hurm,slm singgah smbil drop kmen sini...

blog yg menarik....truskan blogging ek =D

arboqskii said...

yeah...good luck../

HAZ_SHAMEER said...

kalau x baca blog cik sue...bagaikan xlengkap hidup ini ehehehehee...gurau je

Belleza~ said...

tiewa : thanks sayang!

diriku : thanks jugak =)

mier@ameera99 : wow menarik ke?heee THANK YOU =)

arboqskii : thanks jugak =)

haz_shameer : hehehehe