I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, October 31, 2010

.amanat. -dari seorang rakan blogger



assalamualaikum


entah macam mana boleh terbukak pulak kotak mesej dekat mukabuku sampai terjumpa pesanan dia ni berbulan-bulan yang lalu.. okeyh..sekarang dah tak pernah contact pun.. 


hye sue..
kite memng tak pernah bertegur sape kat dunia nyata
tak pernah berjumpa
tak pernah pon dengar bunyi gelak ko mcmner...
tp aku rase aku kenal n rapat sgt ngan ko
so hubungan mcmni mungkin lagi best kot...
hahahaha
n ni kali pertama aku wish birthday kat ko..
n harap lelepas ni aku akan tetap ucap selamat hari lahir kat ko..hahahaha
dah 21 kan...so sekarang semua keputusan tetang hidup ko, ko yg tentukan sendiri....jgn la pilih jln salah k...
org tua perlu diutamakan walaupon ko dah berhak 100% pada ape keputusan yg ko nak buat tentang hidup ko...
k semoga panjang umur.
berbahagia.
happy.
sihat.
n bleh tulis bnyak2 lagi dlm blog....

k.



-amanat hari lahir [err boleh la jugak kalau nak kata macam ni]. ada orang bagi masa hari lahir su yang ke-21 [tahun ni, 5 Mei 2010]. rasanya ni ucapan hari lahir yang pertama dan terakhir dari dia. macam su cakap tadi, dah tak contact lagi dah. "harap lelepas ni aku akan tetap ucap selamat hari lahir kat ko[memang susah nak berpegang pada apa yang kita dah cakap.selalunya lupa.orang yang mendengar akan lebih ingat.su tak kata orang.diri sendiri pun selalu]



Saturday, October 30, 2010

International Relations Students, UKM


. : : SEBELUM : : .

tengok ika semangat kut pandang camera heheheh
kita pandang jam aje ;p

. : : SEMASA : : .








. : : SELEPAS : : .

Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd. Jarjis
the Malaysian ambassador to the United States


suka gambar ni sebab cik shud ada sekali :)
oh dan jugak sebab Dato' Sri kelihatannya sangat gembira bergambar bersama kami 
heheh

1 MALAYSIA

bersama pengacara DIALOG - Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat, Shuhaimi Mohamed

1 Malaysia.. 
[sebab cath pakai baju indian so kira 1 Malaysia jugak la hehe]

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
271010
.2200.Wed.
RTM1 @ Angkasapuri

Thursday, October 28, 2010

DIALOG @RTM1


assalamualaikum

hmm ingat cerita pasal RTM? pasal rancangan "DIALOG-Hubungan Malaysia-US"??

ok lah..baru je kejap tadi bersiaran langsung di tv1. 

seronok ok. 
saya tak pernah masuk tv. dah banyak kali try tapi tak penahnya muat. ha. ha. ha.

biar gambar yang cakap banyak eheh
1 gambar je pun 
yang banyak3 akan di-upload kemudian okies :)


yang kelihatan hanya kening shin chan heheh



Wednesday, October 27, 2010

exam vs rtm vs rumah

assalamualaikum

alhamdulillah. dah selamat paper-paper semalam dikerjakan. hahaha. mau tercampak je pen masa jawab exam tu. mana nak kejar masa lagi, mana nak berfikir lagi, mana nak susun point lagi...last-last tulisan jadi tak comel [takde kaitan]

tepat pukul 10 malam tadi.. memang rasa merdeka yang betul-betul punya merdeka [walaupun ada exam lagi 12hb] tapi memang dah rasa bebas. ya bebas. ada siapa-siapa tahu erti kebebasan? haha. takde kaitan lagi

semangat nak topup tidur. nak tidur sepuas-puasnya. maklum la beberapa hari yang lepas waktu tidur ikut suka hati+ikut suka masa+ikut suka mata nak pejam je. tension sebab time ngantuk je tak boleh tidur sebab punyalah banyak nak kena study sebab satu hari ada dua paper major [orang lain ada 3paper 1 hari tak kecoh pun] itu orang lain. bukan suraiza shaari ya sayang ha.ha.ha.

yang peliknya, malam tadi bukannya tidur lena tapi tak boleh tidur langsung. pukul 3 pagi bangun. pukul 3.30 pagi bangun. pukul 4.30 pagi bangun. pukul 6.20 pagi bangun [ha yang ni memang patut bangun pun] ingat su sorang je tak boleh tidur, sekali ada jugak coursemate yang tak boleh tidur jugak

err..abaikan ayat die.mmg macam tu heheh

masalah tak boleh tidur lepas exam nak sebut apa ek? hahah

malam ni kami satu kelas [student hubungan antarabangsa] telah di-invite oleh rtm untuk ke program live jam 10malam di rtm1. kalau tak silap nama program tu "dialog". heheh. kalau tak silap lagi, isu malam ni hubungan Malaysia-US. oleh itu sila tonton kaca televisyen anda sebab muka kitorang takkan masuk pun. ha. ha. ha.

okeyh. su nak balik umah ni. take care!

Thursday, October 21, 2010

tak sangka Viotti & Kauppi masuk dalam entry ni hehe


assalamualaikum

oh memang la minggu depan dah mula final exam. ya ada dua paper subjek major dalam satu hari [ini ulangan] siapa-siapa dah tahu abaikan je ayat ulangan tadi. he.he. tapi tak bermakna kalau masuk musim exam sahaja tidak boleh buat benda lain termasuklah menulis belog. tak pernah jumpa dalam mana-mana artikel Amitav Acharya atau Hedley Bull mahupun Viotti Kauppi yang mengatakan bahawa, apabila exam sahaja semua manusia yang bergelar pelajar perlu stop menulis belog dan pergi bertapa di Gua Tempurung sambil mengulangkaji pelajaran. kan? kan? takde pun kan?

[musim exam mungkin tuan belog sedikit masuk air jadi ayat sedikit tunggang-langgang maafkan tuan belog ya rakan-rakan pembaca belog sekalian] 

malam tadi mendapat panggilan istimewa. wah dah lama tak menerima panggilan istimewa sejak patah hati u all. ouchh! patah hati ke patah kaki. ekeke. tak. tak. bukan. dua-dua pun bukan. panggilan dari kampung yang membawa perkhabaran gembira. terasa ringan sikit kepala dan seperti terangkat semua beban assignment dan exam seketika. berita gembira yang buat hati jadi tenang. alhamdulillah, wan dah sihat..dah boleh berjalan..dah boleh masak semula..dan yang paling best, wan dah boleh cakap macam biasa. sebelum ni ada masalah pertuturan sikit lepas dia keluar hospital. 
.seronok.sungguh.
*smile*smile*smile*

petang tadi call mak. nak bagi tahu pasal pertukaran jadual exam dan berita gembira. emak pun gembira sangat sambil cakap, "mak baru je dapat mimpi wan dah sihat macam dulu". itu dia kimia antara seorang nenek-emak-dan-anak perempuannya. ececeh. oh pasal exam pulak, memang mak risau sangat bila anak dia ni nak kena pergi jawab exam di waktu matahari dah melabuhkan tirainya. wow. ayat novel siapa ni, su pinjam jap! he.heh. 

exam di malam hari. tak suka! tak suka! [tiba2 jadi gedik sebab malam2 ada exam]

*tak suka pakcik bas zon u sebab kerek gile [bukan kerek yang roda orang guna nak bawak naik turun barang tu]
tapi kalau rasa belum jadi pakcik lagi, bukan awak lah tu yang dibebelkan ni. mmg takkan penah suka naik bas.

*tak suka tukar2 jadual exam last minute. tolonglah faham. bukan dulu penah jadi student jugak ke??

*tak suka perasaan jadi kacau-bilau-tak-tentu-arah-ingat-kat-kau. boleh tak kau pergi jauh-jauh sejauh yang kau boleh??
pergi.pergi.pergi.pergi.pergi dari sisiku [amboi..sedap suara..ekeke]

tapi.
suka sangat bila abah tanya,
"angah nak balik ke abah amik?"
jawapan yang diberi tak penah tak.
hahaha.
serius suka gile!!!

sebenarnya kan dah lama nak tulis dalam belog. tapi tak pernahnya nak ingat. nak cakap terima kasih kat ika, shud, timah, ainaa dan lain-lain mana yang berkenaan ya. hari tu masa kaki su sakit+bengkak+tak boleh nak berpijak+jalan secara tak stabil+rasa nak menangis sebab taktau punca...dorang dah tolong su. ika terpaksa jalan lambat sebab biasanya dia jalan cepat hehe dan kadang2 terpaksa pegang dia. ainaa offer nak tolong ambikkan hadiah@cenderamata kat pusat masa seminar hari tu sebab kalau su dah duduk,nak berjalan balik tu punyalah payah. sakit tak payah cerita. timah and shud tolong hantar su balik ibu zain dengan kereta. siap nak carikan tukang urut lagi tu. heheh. thanks. sayang korang!

Tuesday, October 19, 2010

baju bunga-bunga.dulang.dan bookmark.


assalamualaikum

ok.keputusannya...rayuan ditolak.jadi kena menghadap jugak 2paper tu dalam satu hari.dan jugak...kena pegi ktams malam-malam buta untuk jawab exam..dan lagi...ktams dengan ibu zain bukan 2-3-4 tapak tetapi meliputi 10juta tapak..boleh nampak tak betapa jauhnya ktams tu dari ibu zain.dah nak kena keluar malam-malam pulak.dah dapat satu masalah..haih ukm..ukm..

okeyh next story.berkaitan dengan entry ni "kami kan kembar..semua nak sama." ini dia punya sambungan.hehehe.jom kita tengok siapa yang kena!!hahaha



ika orange.su purple.noktah.hee



yang pasal seminar konflik selatan thai dengan gadis dulang sume tuh,lupa la nak upload gambar.hehe.nak tengok ke..?jap..jap..






memang takde gambar dulang.siapa pulak kata nak letak gambar dulang.hahaha.ini gambar cenderamata and pamphlet and buku program sebab cenderamata and pamphlet and buku program tu su dengan ika yang buat n sediakan dengan bantuan shud dan beberapa rakan yang lain. kerja last minit sebab sebelum ni tak ada siapa2 nak ingatkan pasal benda2 ni semua.
yang terakhir,gambar dalam Bilik Senat semasa seminar.

   ini hasil kreativiti izan.su order ok.nak bagi kat ika.apa,ingat kalau rumet dapat free ke ha?hahahaha.bisnes is bisnes =) thanks izan!

Monday, October 18, 2010

mengapa harus begini?


assalamualaikum

final exam start 26hb ni. bermaksud selasa minggu depan. dan disebabkan sem ni takde study week, jadi pada hari jumaat ini, 22hb masih berkuliah dan bertutorial seperti biasa. dan su masih ada presentation pada hari tersebut serta perlu menghantar assignment. exam seterusnya pulak 8Nov dengan 12Nov. tiba-tiba, petang tadi dapat mesej..

SEMPENA CUTI TAMBAHAN HARI DEEPAVALI. Pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju cuti tambahan sempena hari Deepavali dilanjutkan seperti berikut:-Tarikh baru : 3–8 November 2010.Semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan pada 3 dan 8 Nov 2010 diminta mengambil KMJP yang baru di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 19 Oktober 2010.




PINDAAN TERPERINCI TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI AKADEMIK 2010-2011
1. Peperiksaan 8/11/2010 pagi ditukarkan ke 30/10/2010 petang
2. Peperiksaan 8/11/2010 tengahari ditukarkan ke 26/10/2010 malam
3. Peperiksaan 8/11/2010 petang ditukarkan ke 27/10/2010 malam


4. Peperiksaan 3/11/2010 (Pagi,tengahari,petang) ditukarkan ke 31/10/2010

Bermakna.....26hb nanti terpaksa lah menghadap dua paper dalam satu hari. pagi dan malam. dah elok-elok 8Nov, boleh diawalkan pulak. dah lah tu tarikh sama pulak dengan killer paper. saya betul-betul maksudkan. "killer paper". so iyelaa..mahu mengalir juga airmata mahal ni. terasa stress yang amat sangat tahu!

tapi...


sekurang-kurangnya masih ada harapan kan? betul-betul tak mahu subjek-politik-ekonomi-antarabangsa-asia-pasifik diadakan berkongsi hari dengan subjek-kuasa-kuasa-besar-asia-pasifik. sebab su memang tak ready. betul-betul tak ready. su rasa semua budak2 kelas pun mesti sama jugak. saja highlight-kan dgn line merah. so memang dah nampak majoriti pun tak setuju. kan.kan.kan. yaAllah semoga rayuan kami diterima. bukan ditolak. tolonglah...

p/s-thanks shud.sangat!

Thursday, October 14, 2010

Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap






SAB, 09 OKT 2010 18:19 | AHMAD FAHMI | EDITOR: RASAILUL ASHWAQ

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.
Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.
Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isuevergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan.
Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.
Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.
Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.
Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.
Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.
Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.
Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.
Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.
Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.
Cinta diungkap, hati gelisah.
"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.
"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.
"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.
Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.
Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.
"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.
"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi.
Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.
Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!
"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.
"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.
Penantian satu penyeksaan.
Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.
Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.
Jika YA, katakan dengan cepat.
Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.
Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.
"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.
"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.
"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.
"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.
"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.
"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.
"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"
Perasaan wanita, lelaki harus hormati.
Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.
Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal.
Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.
Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah.
Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka?  Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.
Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.
Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!
Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.
Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.
Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.
Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".
Lawan jangan layan jangan.
"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.
Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.
"Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya. Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin. Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat memberi." -Ustaz Hasrizal
Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.
Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.
Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.
Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks... -www.iluvislam.com

saya faham. bagaimana dengan awak. saya anggap awak baca dan awak pun faham jugak =)