I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, October 27, 2010

exam vs rtm vs rumah

assalamualaikum

alhamdulillah. dah selamat paper-paper semalam dikerjakan. hahaha. mau tercampak je pen masa jawab exam tu. mana nak kejar masa lagi, mana nak berfikir lagi, mana nak susun point lagi...last-last tulisan jadi tak comel [takde kaitan]

tepat pukul 10 malam tadi.. memang rasa merdeka yang betul-betul punya merdeka [walaupun ada exam lagi 12hb] tapi memang dah rasa bebas. ya bebas. ada siapa-siapa tahu erti kebebasan? haha. takde kaitan lagi

semangat nak topup tidur. nak tidur sepuas-puasnya. maklum la beberapa hari yang lepas waktu tidur ikut suka hati+ikut suka masa+ikut suka mata nak pejam je. tension sebab time ngantuk je tak boleh tidur sebab punyalah banyak nak kena study sebab satu hari ada dua paper major [orang lain ada 3paper 1 hari tak kecoh pun] itu orang lain. bukan suraiza shaari ya sayang ha.ha.ha.

yang peliknya, malam tadi bukannya tidur lena tapi tak boleh tidur langsung. pukul 3 pagi bangun. pukul 3.30 pagi bangun. pukul 4.30 pagi bangun. pukul 6.20 pagi bangun [ha yang ni memang patut bangun pun] ingat su sorang je tak boleh tidur, sekali ada jugak coursemate yang tak boleh tidur jugak

err..abaikan ayat die.mmg macam tu heheh

masalah tak boleh tidur lepas exam nak sebut apa ek? hahah

malam ni kami satu kelas [student hubungan antarabangsa] telah di-invite oleh rtm untuk ke program live jam 10malam di rtm1. kalau tak silap nama program tu "dialog". heheh. kalau tak silap lagi, isu malam ni hubungan Malaysia-US. oleh itu sila tonton kaca televisyen anda sebab muka kitorang takkan masuk pun. ha. ha. ha.

okeyh. su nak balik umah ni. take care!

2 comments:

ainaaamira. said...

haha. org mlm td tdo pukul 5. T_T
memang x boleh tidur. huhu.

Fatin Faseeha Azmi said...

su, good luck exam :)