I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, October 21, 2010

tak sangka Viotti & Kauppi masuk dalam entry ni hehe


assalamualaikum

oh memang la minggu depan dah mula final exam. ya ada dua paper subjek major dalam satu hari [ini ulangan] siapa-siapa dah tahu abaikan je ayat ulangan tadi. he.he. tapi tak bermakna kalau masuk musim exam sahaja tidak boleh buat benda lain termasuklah menulis belog. tak pernah jumpa dalam mana-mana artikel Amitav Acharya atau Hedley Bull mahupun Viotti Kauppi yang mengatakan bahawa, apabila exam sahaja semua manusia yang bergelar pelajar perlu stop menulis belog dan pergi bertapa di Gua Tempurung sambil mengulangkaji pelajaran. kan? kan? takde pun kan?

[musim exam mungkin tuan belog sedikit masuk air jadi ayat sedikit tunggang-langgang maafkan tuan belog ya rakan-rakan pembaca belog sekalian] 

malam tadi mendapat panggilan istimewa. wah dah lama tak menerima panggilan istimewa sejak patah hati u all. ouchh! patah hati ke patah kaki. ekeke. tak. tak. bukan. dua-dua pun bukan. panggilan dari kampung yang membawa perkhabaran gembira. terasa ringan sikit kepala dan seperti terangkat semua beban assignment dan exam seketika. berita gembira yang buat hati jadi tenang. alhamdulillah, wan dah sihat..dah boleh berjalan..dah boleh masak semula..dan yang paling best, wan dah boleh cakap macam biasa. sebelum ni ada masalah pertuturan sikit lepas dia keluar hospital. 
.seronok.sungguh.
*smile*smile*smile*

petang tadi call mak. nak bagi tahu pasal pertukaran jadual exam dan berita gembira. emak pun gembira sangat sambil cakap, "mak baru je dapat mimpi wan dah sihat macam dulu". itu dia kimia antara seorang nenek-emak-dan-anak perempuannya. ececeh. oh pasal exam pulak, memang mak risau sangat bila anak dia ni nak kena pergi jawab exam di waktu matahari dah melabuhkan tirainya. wow. ayat novel siapa ni, su pinjam jap! he.heh. 

exam di malam hari. tak suka! tak suka! [tiba2 jadi gedik sebab malam2 ada exam]

*tak suka pakcik bas zon u sebab kerek gile [bukan kerek yang roda orang guna nak bawak naik turun barang tu]
tapi kalau rasa belum jadi pakcik lagi, bukan awak lah tu yang dibebelkan ni. mmg takkan penah suka naik bas.

*tak suka tukar2 jadual exam last minute. tolonglah faham. bukan dulu penah jadi student jugak ke??

*tak suka perasaan jadi kacau-bilau-tak-tentu-arah-ingat-kat-kau. boleh tak kau pergi jauh-jauh sejauh yang kau boleh??
pergi.pergi.pergi.pergi.pergi dari sisiku [amboi..sedap suara..ekeke]

tapi.
suka sangat bila abah tanya,
"angah nak balik ke abah amik?"
jawapan yang diberi tak penah tak.
hahaha.
serius suka gile!!!

sebenarnya kan dah lama nak tulis dalam belog. tapi tak pernahnya nak ingat. nak cakap terima kasih kat ika, shud, timah, ainaa dan lain-lain mana yang berkenaan ya. hari tu masa kaki su sakit+bengkak+tak boleh nak berpijak+jalan secara tak stabil+rasa nak menangis sebab taktau punca...dorang dah tolong su. ika terpaksa jalan lambat sebab biasanya dia jalan cepat hehe dan kadang2 terpaksa pegang dia. ainaa offer nak tolong ambikkan hadiah@cenderamata kat pusat masa seminar hari tu sebab kalau su dah duduk,nak berjalan balik tu punyalah payah. sakit tak payah cerita. timah and shud tolong hantar su balik ibu zain dengan kereta. siap nak carikan tukang urut lagi tu. heheh. thanks. sayang korang!

0 comments: