I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, November 26, 2010

Gojes Updated!!

Blogshop updated everybody!!! (^^,)

Jom lah terjah ramai-ramai. Mana tahu kut kut ada yang berkenan di hati dan di mata. eceh. hahaha











jOm cuci mata! hehehe


Friday, November 19, 2010

semua orang tengah cakap pasal kawen..err saya pun??


salam
ok su bukan saja-saja nak cakap
tapi sebab dah kena tag oleh cik wanie,
jadi su nak cakap jugak pasal ni
nampak kan perkataan kena tag haha


credit to victorianseasons.com


1.)HOW OLD ARE U?
21 [ 2010 ]


2)ARE U SINGLE?
masih single


3)AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
lambat.rasanya lambat.sebab memang lambat lagi pun.hee


4)DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW?
belum ada siapa-siapa dengan saya sekarang.jadi,belum tahu.


5)IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
dia.


6)WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?
bridemaids : borang masih kosong [boleh jadi my bestie,sister,or cousin kut]
bestman : my abah insyaAllah


7)DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?
tradisional.nak pakai songket.sungguh.hehehe


8) WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?
satu dunia.
saya serius.
hahahah


9)HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?
semua yang mengenali tolonglah datang majlis su nanti.5 haribulan 5 tau.tahun belum tahu heehe


10)WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?
insyaAllah.kenapa tidak?


11)HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT?
banyak.nak yang tinggi tinggi.lagi tinggi lagi bagus.ahahaaha


12)WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
nikah?
i choose evening..


13)NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?
err nak kena name-kan jugak ke..
takyah la.banyak sangat ni.
kalau boleh mak dengan ayah pengantin kena nyanyi hari tu nanti haha
[nasib baik mak abah selalu karoke sama-sama]


14)DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?
fine dining.guna cara melayu.dah kata traditional.haha apa la


15) CHAMPAGNE OR RED WINE?
err??dua-dua ni batang hidung pun jangan tunjuk time majlis su nanti kalau taknak tengok pengantin ngamOk 


16)HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
gila kau right after the wedding??!!!
mau kena usik sakan dek sedara-mara-sedara-mara-sedara-mara yang ramai ramai ramai tuh nanti hahahaha


17)MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
dua-dua pun nak.
please encik bakal suami, take note ya. ekekeke


18)HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?
saya nak 2. ok la 3. yela yela up ckit. 4 cukup haaha


19)WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
tidak.sebab itu kenangan untuk kita simpan dalam memori sendiri je.
bukan untuk tontotan ramai.  
walaupun satu dunia [insyaAllah] tempat2 menarik kita pergi, 
biar jadi ingatan kita berdua aje ye sayang? heheh


 THE WEDDING TO KNOW NEXT?
kawan-kawan blogger sekalian,
kalau anda nak buat tag ni...
silakan ya ^^,


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha~

assalamualaikum


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakan-rakan blogger semua 




lamanya su tak balik raya haji kat kampOng dengan atuk dan wan since dorang pergi haji beberapa tahun lepas.tapi akhirnya esok kami balik raya kat kampOng jugak. tak sabar nih hee 


Saturday, November 13, 2010

I live in a world of fantasy..and i'm ok with that



"I live in a world of fantasy, 

so keep your reality away from me. 

I see what I want, I want what I see..

that is all okay with me" 



abg hazriq shameer :
fantasi mungkin dtg utk seketika,
dan mungkin cuma sekali..
tak salah rasanya utk berfantasi,
walaupun tak pernah seindah mimpi :)

asalkan fantasi tu boleh buat su bahagia..
biarlahh...
(^^,)


kau yang bernama cinta . kau yang memberi rasa


.::yang terindah::.

"Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah"



Wednesday, November 10, 2010

saya excited.anda bila lagi??


assalamualaikum

oho hari ni memang best. best. best. best. sebab dah berjaya submit proposal tesis. ya ya su tahu orang lain sume dah buat tesis 2-3-4-5 bab dah agaknya, yang kita baru nak anta proposal. huwaaa nak buat macam mana, dah supervisor su sangat bz orangnya. tiap kali nak jumpa aje beliau tiada di ukm. lalu bagaimana? [oh suka ayat ni sangat hahaha] 

lagi..lagi..
tadi nampak beliau di fakulti. hihihi. ini penyebab utama mungkin yang terlebih excited sangat ni. tapi sungguh la tak sangka. ingat dah tak jumpa lagi dah. siap dapat gambar beliau full version punya tau. takyah susah-susah mintak terus dapat secara percuma dengan orangnya sekali ha ha ha ha tak tak ini saya tipu. dapat gambar pun cukup la. tak boleh lebih-lebih buat masa sekarang. masa akan datang tak tau lagi hahaha

happy jugak sebab hari ni dah dapat kumpul semua notes untuk exam jumaat ni. plan semalam. tapi semua dah berjaya siapkan hari ni. dan tadi dah memahamkan separuh daripada notes berkenaan. so sekarang tak sabar nak g jawab exam. hikhik. baru separuh dah excited nak pergi exam. sungguh la tak tahu kenapa semenjak-dua-tiga-menjak ni excited tak sudah. heheheheh. thanks shud kerana telah membelanja kertas print. hahaha. banyak pulak tu bukan 1-2-3 keping tapi berkeping-keping. thanks shud. good luck jumaat nih

lagi satu excited sebab berjaya pergi fac and balik kolej dengan berjalan kaki. bukan ikut tangga dekat fac tu tapi ikut jauh, ikut stadium. awak boleh? dan bukan sekangkang kera ya jaraknya pergi balik. oh tersebut pasal kera, seronok sebab tak jumpa kat tepi jalan mahupun tengah jalan makhluk tu tadi. jangankan kata sekor...ekor die pun su tak nampak. hahaha bagus.bagus. macam ni baru aman ukm. nak bergerak ke mana-mana pun tak rasa terancam mahupun diancam. apa-apa ancaman akan mewujudkan dilemma keselamatan. jadi tadi su bawak payung sebagai alat pertahanan dan perlindungan sebab dilemma keselamatan tetap ada walaupun tak nampak ekor makhluk tersebut haha tak paham abaikan okeyh


tengah bahagia nih..
first time nak exam boleh berbahagia he he ^^


Tuesday, November 9, 2010

duhai hati, bersabarlah..


Wahai Sahabatku Yang Kecewa
-www.iluvislam.com-


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…



Sunday, November 7, 2010

Selamat Berbahagia Hingga ke Akhirnya...


assalamualaikum

seronok.seronok.seronok. sorang lagi kawan su insyaAllah naik pelamin bulan depan. dan macam biasa, orang lain kawen kita yang terlebih excited kan. ha ha ha. ye laa bila lagi nak excited lebih-lebih cam ni. tumpang gembira orang kata eceh

...........but seriously, i'm very excited! ha ha ha

congratulation my dear erin (^_^) 
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya..amin..
pernah buat entry pasal pertunangan dia dulu > Bertunang?

mungkin terlebih excited sebab hari tu sama-sama [dalam erti kata lain] sebok-sebok tolong dia cari baju nikah. nak pakai abaya katanya. warna putih. yang kita pulak duk sebok carikan dia kaler sweet pink and purple. entah apa-apa la cik su ni. yang pink tu untuk diri sendiri mungkin. ha ha ha ha

apa-apa pun, tahniah erin!
serius kite gembira sangat nih!  



p/s- cantik kad kaler merah!


Friday, November 5, 2010

selamat bertambah umur



assalamualaikum


selamat hari lahir kawan

[tak pasti entah betul ke tidak hari ni.tapi rasanya betul kut]


maaf. tak ada amanat.
aku belum cukup ilmu nak bagi amanat kat kau.



cuma...
.semoga Allah memberikan yang terbaik dari yang terbaik.
selamat berhari lahir