I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, December 20, 2010

December to Remember


assalamualaikum

ya memang dah lama sangat su tak update blog.tak pernah tak update lama macam ni.eceh.ye lah biasanya hilang sehari dua aje.paling lama pun tiga hari.takpun empat hari.tak ada la sampai berhari-hari kan.ok dah la cakap pasal hari-hari.tak dapat nak meng-update sebab dah kehilangan sumber internet.tapi macam seronok pulak tak mengadap lappy dua-puluh-empat-jam-tujuh-hari-seminggu [bukan dua-puluh-empat sebenarnya,kau gila,ini anggaran semata heheh]. Bila berhari-hari menyenyapkan (baca menyepikan) diri, sekali online amik kau beratus-ratus email, berpuluh-puluh notification, messages, request, bla..bla..sampai naik juling mata dibuatnya.ye la bukan satu blog,dengan blogshop lagi.belum masuk facebook sendiri dengan fanpage bisnes.nak kena reply order sekali dengan comment customer.tapi best jugak.tahun depan boleh tukar spec baru kut.hahahha

ha cerita pasal hari konvo kak long hari tu,tak ada apa pun.memang lah macam-macam jadi tapi rasanya tak sesuai pulak nak cerita kat sini.nanti ada orang salah faham.lain yang dimaksudkan,lain pulak yang dia faham.jadi,jangan.yang gembira-gembira je boleh cerita.semua orang tahu kan dulu su asasi kat uitm shah alam.siapa tak tahu,ha tu su dah bagitahu dah.hehe.memang banyak sangat-sangat kenangan masa belajar kat sana.ish nak cerita satu-satu pun nanti karang jadi hikayat seribusatumalam pulak.

dulu su dengan kawan-kawan memang rapat sangat.rapat gile lah orang kata.sampai nak pergi kelas pun kalau sorang lambat biar sama-sama lambat.bayangkan kitorang yang seramai lebih kurang sepuluh orang tu sanggup je bersama-sama lambat walaupun masa tu memang dah tahu pintu kena kunci.tapi lambat-lambat pun dapat masuk jugak.heheh.makan sama-sama.buat assignment sampai tak tidur pun sama-sama.hish tak tau nak cakap lah punya banyak sama-sama tu.masalah besar yang sangat-sangat-sangat besar pun dorang kongsi dengan su.sampai pensyarah,kaunselor pun terlibat sama.uish bukan calang-calang masalah ni.sebab kalau ikutkan su pun rasa tertekan yang amat sangat menyimpan masalah dia ni.ye la tak pernah kut berhadapan dengan perkara macam ni.sekali dia cerita dekat su.masa tu bilik su depan bilik dia je.mungkin sebab tu kut dia cerita dekat su.kenangan memang banyak.pahit manis tawar sedap tak sedap semua ada.dulu,‘dia’ pun asasi kat sana jugak.jadi.....tu laa,banyak sangat benda jadi waktu tu.kira masa kat uitm la su kenal orang,kenal hidup,kenal macam-macam ragam manusia.ish banyak la.

dan sebab tu la su suka sangat pergi sana.memang kenangan tu menari-nari je depan mata.cewah.ayat tak boleh blah ni.hahahaha.serius rasa macam baru je lagi belajar kat sana.padahal dah tiga tahun dah pun.memang rindu sangat la zaman jadi budak asasi.panggil pensyarah pun cikgu.bukan su ok.orang lain.hakhakhak.

berbalik kepada hari kak long konvo [hahaha punya la banyak flash back kenangan lama] entah kenapa ramai pulak yang bertanya itu ini.yang pelik,kenapa su dan bukan adik su atau orang-orang lain yang ramai-ramai pada hari kejadian tu yang diajukan soalan.mula-mula masa tengah duduk-duduk bawah tangga,ada sorang makcik ni tanya macam mana nak ke sebelah depan sana tanpa perlu lalu dekat orang yang tengah ramai nak masuk dewan tu.su jawab la dengan elok-elok dan baik-baik penuh sopan-santun.hahaha.ok.setel.lepas tu dalam tandas pulak,ada sorang makcik lagi [ye la dah kata hari konvokesyen mesti la ramai parents mak abah ibu ayah mama papa yang datang kan] bertanya, dalam surau ada tempat nak ambil wuduk tak.su keluar,ada lagi makcik lain pulak tanya surau dekat belah mana.lepas tu,su dengan adik [masa ni mak dengan abah dah masuk dewan] nak pergi makan.masa on the way ke cafe tu sambil-sambil jalan singgah-singgah la amik gambar bawah pokok,depan menara,etc.tiba-tiba tengah posing-posing ala-ala supermodel [ok tipu hahahhaha] ada pulak sorang pakcik bertanya, “dik,jalan ni boleh pergi cafe tak?”.

lepas tu lagi,masa tengah tunggu depan dewan sambil peluk bunga dan cik katak untuk kak long,[saja kitorang bagi katak sebab kak long geli dengan katak hahaha mana nak dapat adik-adik macam kami nih oi] ada sorang makcik em macam muda sikit panggil kakak la kan.hehe....bertanya, “dik,mana nak beli bunga macam ni?tapi nak yang kecik je taknak yang besar macam ni”.uish apa lagi su pun semangat la menunjukkan jalan yang cepat dan pantas bagaimana cara nak mendapatkan bunga yang macam su pegang tu tapi kecik sikit kat dia.heheh.ye la dah petang sangat orang makin ramai karang pengsan pulak dia lalu tengah-tengah lautan manusia tu.

apa guna duduk uitm setahun kalau tak tahu jalan-jalan pintas kat dalam tu.hahaha.oh ada lagi.ingatkan dah tak ada orang nak tanya.patut su pakai tag kan jadi urusetia.heheh.makcik ni tanya, “dah habis ke kat dalam tu?”.maksud dia,bila orang-orang ramai kat dalam dewan tu nak keluar.hee.tapi yang su pelik,kenapa su?ada muka student uitm lagi ke su ni?atau staff uitm?err takpun empunya uitm..hahaaahahaa

sebenarnya kan,hari ahad tu memang su happy sangat walaupun penat takyah cakap la.keluar pagi-pagi tapi kak long punya sesi petang.takut lambat sampai nanti orang dah ramai.tak nak bersesak-sesak.hm tengah malam baru sampai rumah.jauh berjalan tahu.dari shah alam ke damansara.lepas tu pergi bangsar pulak.terus ke putrajaya.ha lepas tu baru balik ampang.maunya tak penat.tapi seronok sangat.walaupun menitis jugak la dua-tiga-empat-titik air mata.hahhaa.sikit je la.gembira lagi banyak.bukan apa.tension sebab ada masalah sikit.sampai sakit-sakit kepala stress sebab tak faham keadaan + tak tahu punca kenapa jadi macam tu = situasi tu menimbulkan masalah besar dekat kitorang.tapi dah lupa pun masalah tu.tolong yang berkenaan jangan ambik hati pulak.kitorang dah tak ingat pun J

dah lama tak tulis panjang berjela macam ni.dulu masa mula-mula start tulis blog,excited bukan main.satu hari tu kalau boleh nak post entry banyak-banyak.gaya cakap macam bertahun-tahun je dah ada blog ni.hahaha.dua tahun belum sampai.baru satu tahun enam bulan belog ni wujud di alam maya.eceh.jadi bukan lah su pandai sangat pasal blog-blog ni semua.tapi sebab dah ramai kawan mintak tolong buatkan blog untuk diorang,jadi kalau sikit-sikit tu su tau la.hm baru-baru pun,[ye la orang lain dah berpuluh tahun tulis blog,su baru setahun jagung je nih] dah macam-macam jadi since blog ni wujud.macam-macam tu termasuk la salah faham sikit,gadoh-gadoh manja sesame blogger..cewah.hahaha.ada jugak yang mengata su itu ini siap nak mengatur hidup kita lagi tu.fuyooo dasat-dasat.tak sangka pulak melalui blog aje macam-macam boleh jadi kan.sampai pernah rasa nak men-delete je blog ni pun ada.tapi bila difikir-fikirkan balik,nak buat apa pulak buat macam tu.susah-payah buat tiba-tiba nak buang sebab entah siapa-siapa yang kita tak kenal dan tak tahu tujuan dia buat macam tu.yang penting,jangan mengalah.siapa cakap ni hari tu.tak ingat pulak su.hehe.betul dah tu.jangan mengalah.kalau kita rasa kita betul,buat apa nak dengar kata orang [ni bukan keras kepala nama dia tapi tetap pendirian]

ha lupa nak cerita.my cousin,ada orang nak datang merisik dia hujung bulan ni.mula-mula dengar hari tu pun terkejut jugak.ye la dulu kecik-kecik main sama-sama,kejar sana-kejar sini,lari sana-lari sini...sekali dia dah nak melangkah setapak ke depan meninggalkan kami-kami di belakang.hahaha.konon-konon nak kata tak sedar la masing-masing dah besar dah boleh kawin dah boleh jadi mak orang agaknya.hakhakhak

sebab result dah keluar,jadi boleh la berbahagia sikit.memang lah ada sikit rasa tak puas hati tu tapi tak kesah pun.biasa la mana boleh nak dapat perfect kan.ada la sikit-sikit yang kurang.janji tak teruk macam sem lepas.sem ni punya result memang menggembirakan sangat.hehehe.oh yang pasal su mintak untuk buat semakan balik result sem lepas tu,tak tau apa cerita entah.hari tu pergi tanya dia kata belum siap lagi nanti hantar surat ke rumah.tapi sampai sekarang tak ada apa pun.hish orang bayar la bukan tak bayar.takpe,takpe,sabar dulu.

selama beberapa hari tak online ni,su sebok menguruskan bisnes yang semakin bertambah maju sekarang ni.ececece cakap macam dah ada kedai dan cawangan-cawangan di seluruh negara je gayanya.hahahaha.tak.tak.belum lagi.sebok la ambik gambar shawl,packing barang,lepas tu post barang,beli stock baru lagi,nak kena ambik gambar lagi dan lagi...dulu masa mula-mula start tak ada la complicated macam skang ni.rasa macam banyak sangat sangat benda nak kena buat.maklum la bisnes makin bertambah maju.macam dah cakap je tadi ni.hehehe.alhamdulillah.kak long pun tolong bisnes sekali nih,siap promote + jual kat kawan kawan ofis dia lagi tu.yang su tau,diorang berminat sebab tengok kak long pakai shawl cantik tiap-tiap hari [mesti la cantik kalau beli kat su hahaha].jadi penjual shawl cantik pun di-promosikan di tempat kerja beliau.heheh

haaa alang-alang dah sebut pasal bisnes,nak bagitahu lah dekat sini..gojesgirlcollection ada buat clearance sale untuk stock lama tau.tapi still cantik and gorgeous dan yang paling penting MURAHHH!!!dah less 50% tau!!murah sangat sangat.contohnya shawl yang macam ni...






shawl lycra ni pun dah turun harga jugak ni...murahhhh sangat!!
 

ni pulak shawl yang paling latest.harga kami lebih murah dari harga pasaran.jom shopping!
   



ok tata semua.nak pergi kelas.tak tahu la ada ke tidak.takpe.pergi jugak =) 

bye!

2 comments:

MarelFira said...

u look cantik la belle..suka!

Cik Feeyza said...

cantik shawl biru 2. sesuai ngn kak ngah ! :)