I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, December 1, 2010

entry disember~


Assalamualaikum

Entry pertama December.  Cepatnya dah masuk bulan terakhir tahun 2010 ni. Maknanya ada kurang lebih dua minggu je lagi nak tido-makan-tido-makan-tido secara suka hati dan tak ikut waktu macam sekarang.

Oh macam risaulah pulak nak masuk semester akhir. Macam mana agaknya nanti lepas tu. Nak kena pergi kerja pulak kut. Tak ada kut kut lagi dah sebab memang nak kena pergi keluar bekerja macam orang besar-besar. Hahaha. Bajet macam kau orang kecik kecik lagi ya suraiza. [ Mestila selagi berat tak bertambah dari angka 40 kira kecik lagi laa boleh...kehkeh ]

Hujung minggu yang pertama untuk bulan ni - 5hb - konvo kak long. Sudah dua kali kak long ber-konvo. Adik dia ni belum grad jugak lagi. Ayat berbaur cemburu tak buta di situ. Hahaha. Belum masanya. InsyaAllah tak lama je lagi.

Dan hujung minggu kedua December - 12hb - majlis perkahwinan Erin.
Masa dalam kereta. Nak pergi Johor..
Mak tanya, “Angah nak pergi dengan siapa nanti?
Dengan laju menjawab, “Dengan kawan kut”.
Mak tanya lagi, “Kawan lelaki?
Anak mak jawab dua kali ganda dari kelajuan tadi,
Tak. Tak. Dengan kawan perempuan perempuan.
Hahaha. Jawab dengan laju laju sebab dah tahu. Memanglah mak tak bagi keluar sama laki-laki walaupun yang bergelar kawan. Tak apa memang tak kesah langsung sebab memang tak minat pun nak keluar sama laki-laki. Hehehe. Betul la. Serius ni. Saja nak letak hehehe sebab itu trend. Ha ha ha. Teringat pulak masa zaman belasan tahun time lepas lepas spm dulu pun memang tak boleh walaupun mak dah kenal kawan su ni dari sekolah rendah lagi. Dan tahun lepas jugak, nasib baik lah pertemuan tu tak jadi. Memang tak pernahnya menjadi. Tapi yang itu mak tak menghalang pulak. Ha sebabnya su kurang pasti.

Tiba-tiba macam teringat sangat dekat dia yang sudah lama sangat tak mendengar kabar berita. Mimpi hari tu macam jadi betul betul sebab bangun bangun aje masih terbayang bayang lagi drama telenovela dalam mimpi. Hahaha. Sudah namanya mimpi. Jadi tok sah nak percaya sangat la.

Oh baru je kejap tadi ternampak dekat muka depan akhbar metro - "Gadis 21 tahun sanggup lari ke India". Gadis ni ada blog ya. Sebab dia ada cakap dalam blog dia yang dia macam nak pergi jauh je. So siapa-siapa ada link dia boleh bagi su ok. Su nak pegi baca blog dia. 

Lagi satu, kawan kawan blogger yang datang comment and tinggal tapak kasut tapak kaki dan tapak sulaiman dekat shoutmix box, sorry su tak dapat nak berjalan jalan ke blog korang lagi sebab internet sangat slow jadi su tak dapat nak masuk langsung ke blog anda sekalian. Bayangkan dekat box tu pun asyik nak kena reload je apatah lagi nak dapatkan link anda anda semua. Memang tak boleh. Nanti ok! Janji! :)


4 comments:

soffea said...

dah december kan :)

anyway, best of luck utk semester depan :)

HonEyBuNNy said...

xsabar nak masuk 2011....;-)

Misz Nuriz said...

janji taw..
hehe

TeRaTaK Hati said...

mcm kenal je siapa lelaki itu.,,haha