I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, December 30, 2010

Masak & Makan : Spaghetti yang ala-ala Su punya style hehehe


Assalamualaikum

Sebab su ada kelas hari khamis dengan jumaat je, hari isnin selalu cancel..jadi memang boleh lah kalau nak kata su tak duduk kolej tapi duduk rumah je buat masa sekarang ni. Bila fikir-fikir balik, kalau tahu la awal-awal tak payah duduk kolej pun takpe sem ni. Tapi sebab dah duduk, yuran kolej pun dah settle takkan sesuka hati pulak nak mintak balik heheh

Hmm sebab sekarang ni selalu duduk rumah, jadi dah rasa macam tengah bercuti lagi la. Sambung balik cuti sebulan hari tu boleh?

Dah kalau duduk dekat rumah tu kan, nak buat apa lagi kalau bukan...
M.A.K.A.N.
Makan je la kerjanya selain tengok CSI, greys anatomy, nigina, alisa [mak suka tengok ni kena join sekali karang tukar channel kena bebel la heheh], putera katak, hari tu 1000 kali cinta ni dah tiramisu pulak, lepas tu awan dania, hani [yang ganti cerita asmara tu], pulau nami, asmaradana, dan macam macam lagi la cerita kat tv tu.
Ha kalau nak makan, sudah semestinya la kena masak kan. Takkan nak suruh bibik tolong masak. Entah sejak bila pulak la rumah ni ada bibik. Ekekeke

Nak tahu semalam su masak apa. Kalau su, mesti la yang senang dan mudah lagi simple dan cepat. Ye la kalau dah lapar mesti la nak yang cepat je. Sedap ke tak sedap belakang kira la sebab kalau dah lapar, tak sedap pun jadi sedap. Hahhaha. Tapi kalau su yang masak gerenti sedap punya. Eceh.

Oh maaf semua. Masuk bakul angkat sendiri ni sebab tak ada orang nak tolong angkat bakul untuk su. Heheheh

Jeng .. Jeng .. Jeng..

Taraaaa..................




Nampak macam sedap? Haih bukan nampak je, memang sedap betul ni. Hahaha. Spaghetti la paling senang nak masak. Campak-campak je la apa yang patut kan. Yang paling tak sangka, oshin dengan cici pun makan spaghetti jugak laaa [melampau betul dah kucing2 kat rumah ni] Adeh. Sabar..sabar..

Oh ya tak ya jugak, siapa nak resepi spaghetti yang ala-ala su punya style ni buleh pm su ya. Kekeke. Gurau..gurau.. Cakap mengalahkan chef. Hahahahha


5 comments:

Yuni Aisyah said...

cam sedap je spageti yg su buat...nak resepi bleh x.???hehe

Rara Farah said...

tgk spagetti mmg sedap..tp 1st time mkn xhabes sbb...kuah dye masam...hahaha

Belleza~ said...

yuni :

oh no problem. sng je ni. pejam mata petik jari pun boleh buat. hehehehe.

mula2 macam biasa rebus spaghetti tu dlm 20 minit.letak butter ckit tkut melekat nnt.

utk sos spaghetti pulak,su guna sos spaghetti yg instant tu je [Campbell prego].yg biasa tau bukan yg cendawan [tapi kalau suka yg cendawan pun boleh jugak].

mula2 tumis bawang besar dgn bawang putih sekali dgn oregano.bila dah naik bau,masuk pulak daging cincang dgn carrot [potong dadu]. bila daging dh masak baru masukkan sos spaghetti dgn cendawan butang [su guna yg dlm tin].kalau nak pedas boleh letak sos cili atau cili kisar ckit. jgn lupa garam secukup rasa.nak sedap lagi,boleh tumis guna minyak zaitun and tabur keju ckit ya.

siap..! selamat mencuba!

(^^,)

Belleza~ said...

rara farah :

hahaha
farah,kalau tak masam bukan spaghetti namanya tu.tapi,banyak spaghetti boleh cuba.kalau yang ni,mmg masam.tapi tak lah masam sangat kut.heheh

HAZ_SHAMEER said...

masam mungkin byk guna tomato puree kot...hehehehe....ermmm suka makaroni