I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, December 23, 2010

sem baru yang macam tak mula je lagi



Assalamualaikum


Isnin hari tu konon konon semangat lah sangat nak pergi kelas kan.sekali tak ada kelas laaa...dah penat turun tangga batu caves naik pulak tangga bertingkat-tingkat,tengok-tengok hp: “class cancel”.oh dugaan apakah ini.hahaha.tak mengapa.boleh exercise bagi tinggal tulang lagi.lepas ni jalan melayang-layang.hehehe.tanak.tanak.nak jalan dengan gagah berani pulak lepas ni [abaikan.cik su memang suka merepek].tak.sebenarnya dah tak nak merungut lagi.tapi sebagai manusia biasa mulut ni memang pandai nak merungut je.ni dah berjangkit ke jari so terus pindah ke blog.hmm ni je la masa nak merungut sorang-sorang pasal penat turun naik tangga jalan kaki kena hujan basah-basah sebab tinggal sem ni je dah nak merungut pasal benda ni pun.sem akhir dah ni.risau memang lah risau.tesis tu.kan best kalau takyah buat tesis.cakap dah macam budak sekolah rendah je.kan best kalau takde homework.tengok.dari dulu sampai sekarang...merunguttttt je tahu.baca betul betul,merungut ya bukan senggugut.ahahaha takde kaitan.mananya nak ngadap tesis kalau keje duk asik nak ngadap belog.yang ni memang tak dapat dinafikan.blog kan kesayangan!harus lah kan..hee


Sebenarnya hari tu datang daftar and bawak barang sikit lepas tu balik rumah semula.kira balik hari isnin sebab konon konon bersemangat waja nak pergi kelas.tapi kelas cancel.ok sudah lah cakap pasal kelas yang tak jadi tu ek.nak bagitahu la perjalanan pulang ke rumah macam mana.memang la macam biasa,balik sendiri naik bas turun bas naik tren keluar tren tukar tren semua tu la kan.


Cuma yang su tak puas hati tu kenapa ada jugak laki-laki nak masuk dalam ladies coach komuter yang memang dah sah-sah untuk wanita sahaja.kan dah terang-terang tulis kat situ siap penuh dengan warna-warna pink yang comel dan sweet lagi.apa yang su perasan [sebab selalu jugak naik tren kan sejakduamenjak ni] laki-laki yang biasa masuk dalam ladies coach ni bukan warganegara Malaysia.dalam perkataan yang mudah,warga asing.boleh la kalau nak kata dorang ni mungkin tak faham bahasa melayu atau pun bahasa inggeris.agaknya la.sebab biasa kalau ada lelaki yang masuk dalam tren wanita ni,su tengok semua orang akan pandang semacam je dekat dia.ye lah,dah la masuk gerabak yang memang dikhaskan untuk wanita,boleh pulak duduk and tidur walaupun depan dia ada perempuan tengah dukung baby.haih rasa nak bukak silat pun ada.geram je tengok.nasib baik la ada jugak orang lain yang baik hati nak bagi perempuan tu duduk.yang si lelaki ni tadi,boleh pandang je.bukan tidur.pura-pura tidur.memang lah tak tahu malu.sebijik macam dalam iklan kat tv tu.sampai kat stesen serdang,ada dua orang lelaki warga asing yang nak masuk ladies coach jugak.tapi nasib baik la ada sorang budak perempuan [nampak macam student] yang ada kat depan pintu tu halang lelaki-lelaki ni tadi masuk.dia cakap coach ni hanya untuk wanita.dan dorang pun tak jadi masuk.cepat-cepat lari pergi gerabak depan.haa bagus kan macam tu.rasanya dorang ni tak tahu dan tak perasan kut.bila tren datang,tak fikir apa dah.nak cepat-cepat masuk je.agaknya laa..


Bila dah sampai bandar tasik selatan,tukar star pulak.sampai chan sow lin tukar lagi.tukar-menukar tren adalah perkara biasa kalau balik guna kaki sendiri.ha dalam star,dah sampai pandan indah..tiba-tiba makcik kat sebelah kata dia salah naik tren.dia nak pergi bukit jalil.su cakap dekat dia takpe tak payah keluar lagi sebab nanti tren ni pusing balik.sampai chan sow lin tukar la tren pergi bukit jalil.tapi tak.....dia keluar jugak.su tengok pun muka dia dah pucat semacam je.sepatutnya dia kena tukar tren masa dekat chan sow lin.dan tak payah keluar pun takpe sebab nanti tren yang pergi ampang ni pun akan patah balik.


Ha semalam masa pergi Carrefour dengan dikma,boleh pulak terjumpa dengan kawan sekolah dulu.lama tu tak jumpa.lepas spm sampai la semalam baru jumpa balik.nama dia pun su tak ingat.tapi muka ingat lagi la.sebab tu la su pandang dia dua kali.hahaha.dia tegur su.dia tanya, “ni su ke?sekolah kosas kan?kelas sains kan?” haa banyak soalan jugak la dia tanya sebab takut salah orang kut.su cakap, “ha’ah suraiza la ni.ni siapa ya?” Memang su tak ingat nama dia ni.rasa macam otak dah bekerja keras nak ingat nama dia tapi tak ingat jugak.bape ekor semut dah telan agaknya nih.macam biasa la kalau dah jumpa lama pulak sembangnya.tukar-tukar nombor,tanya pasal facebook,sekarang buat apa,dah kawen ke belum...tup tup dah ada baby.wah wah jumpa-jumpa je dah kawen kawan su ni.baby pun baru dua bulan.baru lagi la.hari tu dah jumpa sorang masa kat mid valley.best la kalau jumpa orang yang kita kenal tengah-tengah jalan ke,kat shopping mall ke,kat mana-mana je la.janji kita tak plan apa-apa.nak jumpa,jumpa je terus.tak payah nak plan lama-lama sebab nanti tak jadi jugak kan.


Oh ya la,lupa nak bagitau.su dah berpindah bilik.tu la hari tu siapa suruh bising sangat, boring la bosan la duduk dalam bilik yang sama untuk 3tahun berturut-turut.ha untuk semester yang terakhir kat ukm ni,dapat pun bilik lain.bilik baru no 208 bukan no 109 lagi dah.up sikit.hehe.yang best,dapat duduk sebilik dengan miza.nasib baik cik miza.kalau junior ke sape-sape ke,kan tak best.kira tak la duduk sorang-sorang sebab izan dah praktikal.dapat rumet baru,bilik baru,suasana baru.semua baru la.dekat sikit dengan tv.hahaha.datang ukm nak tengok tv bukan nak belajar.hehehehe


Tadi semangat sangat nak pergi kelas.balik awal-awal pagi sebab nak pergi kelas pukul2 tadi lah kononnya.last last kelas entah ke mana.huwaaaa tak pasal-pasal tak pergi kelas dr azizan tadi.sebab su salah jadual.ingat kelas pukul2 sekali kelas pukul12 daaa...dah lah dapat tau pun pukul1.30.dah habis kelas pun.apa nak jadi la.dah nak habeh belajar pun tak reti nak tengok jadual lagi ke.tapi masalahnya,su tengok jadual lama.jadual baru lain.kelas pun kat tempat lain.salah sendiri lah jugak.sape suruh tak reti nak tanya ika ke shud ke ainaa ke.sape-sape la.isk..isk..isk..esok kelas pukul8 pagi.semoga esok ada kelas dan su akan menghadiri kelas tu.hahahha



3 comments:

ainaaamira. said...

Laaa. patutlah sue x datang class tgh hari td. pelik jugak tgk sue xde. huhuhu.
xpe sue. sok g klas tau. esok pukul 8. hehehee. :)

Belleza~ said...

hahaha tu la.
yep esok kul8 kena pegi.
hehe

HonEyBuNNy said...

hehhehhehe....sem baru semangat pun baru kan....ngeh3