Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, December 30, 2010

Tips Pemakaian Kanta Lekap


Assalamualaikum

Tiba-tiba hari ni su rasa nak cakap pasal contact lens atau dalam bahasa melayu orang kata kanta lekap. Tiba-tiba ke..hehehe. Tak..sebenarnya,sejak beberapa hari ni su ada masalah mata sikit lepas pakai lens. Tiga tahun jugak la dah pakai lens tapi belum pernah jadi macam ni. Dah macam-macam kaler pernah try pun tak pernah ada masalah lagi. Tak tahu lah masalah lens atau make-up yang termasuk dalam mata. Hahahah. Tapi memang kali ni agak teruk jugak sampai mak dah paksa-paksa suruh pergi klinik jumpa doctor. Tapi sebab su ni memang degil tahap batu lah orang kata...tak pergi jugak. Dah la su memang tak penah nak suka jumpa doctor doctor ni. Apatah lagi nak pergi ke klinik dan hospital. Lagi lah kan....... Alamak kantoi suda. Hee

Sekarang su dah dapatkan tip-tip macam mana nak guna lens dengan elok-elok dan baik-baik. Kepada pemakai lens dan juga yang baru bercita-cita nak pakai lens mahupun yang mata masih sihat pun boleh baca [Alhamdulillah siapa yang sampai sekarang masih lagi tak pakai cermin mata.su teringin sangat nak mata macam dulu-dulu.tak perlu pakai kacamata dan tak perlu guna lens.su pakai spec sejak form4.kira dah 6 tahun jugak la bergantung harap dengan spec]

Oh ya, berbalik kepada tip-tip pemakaian kanta lekap... Antaranya,

1 TIDAK ALAH
Pastikan anda tidak alah menggunakan kanta lekap. Jika anda sudah membeli sepasang kanta lekap dan berlaku sebarang masalah seperti mata merah, gatal, berair, dll, segera tanggalkan. Bersihkan kanta lengkap dengan cairan pembersih. Perhatikan permukaannya adakah terdapat kotoran yang melekat pada kanta lekap. Sekiranya kanta lekap dalam keadaan baik, ada kemungkinan mata anda yang mengalami alergi. Oleh itu, baik jangan pakai ya.

2 JAGA KEBERSIHAN
Sebelum memakai atau menanggalkan kata lekap, cuci tangan dengan sabun yang tidak mengandungi pelembap kerana minyak dapat mengotori kanta lekap dan susah dihilangkan. Keringkan tangan dengan cara mengangin-anginkan kerana penggunaan tisu atau lap untuk mengeringkan tangan akan membuat partikel-partikel kain dan kertas akan tertinggal di tangan dan boleh merosakkan permukaan kanta lekap.

3 PILIHAN KANTA LEKAP
Pilih kanta lekap berdasarkan tempoh pemakaiannya. Sama ada menggunakan jenis yang  pakai buang atau yang boleh dipakai dalam tempoh yang lama. Semakin singkat pemakaiannya semakin baik kerana lens yang sudah lama diguna akan semakin kurang keselesaannya. Selain itu, jangan lupa untuk menggantikan kanta lekap. Catat dengan baik waktunya terutama jika anda memakai dalam tempoh yang lama. Jika terasa tidak selesa digunakan sebelum waktu tarikh luputnya, segera ganti dengan yang baru.

4 JANGAN BELI SEMBARANGAN
Jangan beli lens sembarangan walaupun harga yang ditawarkan murah. Kanta lekap berwarna yang murah harganya terkadang tidak sesuai dipakai kerana bahagian berwarnanya boleh menimbulkan kegatalan atau iritasi pada pemakai. Lebih baik berkorban wang untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. Begitu juga dengan cecair pembersihnya.

5 CUBA PELBAGAI WARNA
Bereksperimenlah dengan pelbagai jenis warna kanta lekap. Dari warna coklat, ungu, sehinggalah warna biru atau hijau. Jika anda seorang yang berani, pilih warna-warna yang terang. Tapi su rasa adalah lebih baik dapatkan nasihat dari pakar warna yang sesuai dan boleh highlight warna mata asli korang. Su suka grey. Hehehe. Tapi sebab i orang melayu, hitam lagi cantik la u ekekeke

[Tip oleh Zaiton Abdul Manaf, Mingguan Wanita, 2009.]


Kesimpulannya, su rasa su alergi dengan lens yang su pakai sekarang ni la. Sebab dulu su guna brand lain sekarang dah tukar yang lain. Yang sekarang ni mungkin tak sesuai dengan mata su dan sebab tu lah mendatangkan masalah kut. Agaknya la.. Tapi su lagi suka pakai spec. Masalahnya nanti,tudung jadi segi segi pulak kan. Dah la muka su chubby chubby je. Lagi lah nampak segi seginya. Hehehehe


9 comments:

zEri sAfEerA said...

sy pon pernah gak jadi mcm ni. tp kejap j.

btw, time kasih 4 d tips :)

Belleza~ said...

sama-sama (^^,)

AcanCapik said...

gunalah Bausch & Lomb... huhu, promote lak.

Belleza~ said...

hehe sila sila

~eZmALiZa~ said...

ezma takot nak pakai contact lens taw.. :P

tp tips terbaek la sue.. :D

Anonymous said...

kalau tempoh lens tu 3 months, mcm mane nak kira ye? start dari first kita pakai? mcm mana kalau kita jarang pakai?

Cik MiEzA said...

thks yea ats info yg berikan bergune sgt2...=)

Belleza~ said...

ezma: thanks dear!

anonymous: yep,start dari tempoh kite pakai. kalau pandai jaga and jarang pakai, tahan lama ckit kut. tapi kalau dh macam ad infection kat mata,baik jangan pakai ok? :)

mieza: sama2..

C LeSuNg PiPiT said...

dah 3 tahun pakai lens colourless/transparent..baru2 ni try yg color..pkai 2 jam ja mata tru merah2 n brair..waktu solat, time bersujud rasa mcm nak tkeluar bijik mata..sakit