I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, January 26, 2011

Ha! Pasal crush su?!! Ouch!



Salam



Tiba-tiba..


Sue!!!!!ade cite nk btau!!pasal crush sue si s*****l tuh!

Biasa la ayat sms memang comel-comel macam ni. heHee..


Sbb sue penah suke kt die la nk cte neh, . . . . .

[then bermula la cerita yang ditunggu-tunggu. Sebab sms yang pertama tu ‘cik kawan su’ yang anta sms tak bagitahu lagi pasal apa. Saja-saja nak buat suspen la tu sebab kita yang dekat sini memang suspen habes la. Hahaha. ingatkan si s*****l tu dah nak kawen ke apa. kwang.kwang.kwang. tapi tidak lah. Pasal lain rupanya but still ‘cik kawan su’ yang baik hati ni teringat dekat su bila ada je cerita pasal si s*****l tu]


. . . . .haha dahsyat sue! mr. f bagi smpai 2 number si s*****l tuh! Trus teringat kt sue!  


Su pun apa lagi…

hikhikhik seronoknya ade yg ingat kat kite bile sebut s*****l.hahaha seronok betul ni.suka ayat zatul [cik kawan su] yang last tadi.hehe

Ayat yg last tu merujuk kepada “Trus teringat kt sue!”
Mahunya tak suka. Memang suka ya amat. Heheheheh


And dia balas,

Hah serius sue!!mmg automatic!!hahaha
[maksud dia, mmg automatic ingat dekat su heheh]


Su dah lama tak nampak s*****l dekat fac sebab dia tengah praktikal sekarang. So bila dengar cerita pasal dia, cukuplah nak bagi hati riang berbunga-bunga hari ni hehehe (*^_^*)

-250111-1704-


Monday, January 24, 2011

saja-saja sebab suka-suka


assalamualaikum

minggu depan dah cuti. naik cuti maknanya dah habis bulan 1. nak cakap benda yang sama, cepatnya masa berlalu. memang berlari-lari agaknya masa ni. tak sedar. rasa macam baru je lagi rumah terbakar masa malam tahun baru hari tu. masa yang tengah duk ada ni, buat benda elok-elok bukan benda tak elok-tak elok. tapi sekarang kau buat keje elok ke tak elok suraiza. hehehe. kira elok lah ni tulis belog dari tak buat apa-apa merenung masa depan je tau hahahaha

su kat surau ni. nak solat dulu b4 balik. tapi sebab surau ni kecik so macam nak kena tunggu orang lain solat dulu. hujan pulak tu. seronoknya. rasa taknak balik [pulak dah]

hehehe. 

sebenarnya risau. sangat. pasal apa lagi kalau bukan tesis. bila nak buat tesis je duk pikir assignment lain. ok lah memang alasan. tapi rasa tak boleh nak focus dekat tesis kalau assignment lain ada. macam susah nak fokus. yaa dah bagitau tadi, tak boleh fokus. 

jadi bila tak boleh fokus, belog jadi mangsa. 

kesian belog.

tapi tak kiralah apa pun, kena bagi hati ni dekat tesis. jadi, tesis kena letak dalam hati. ruang yang kosong tu perlu dimanfaatkan. tak boleh biar kosong lama-lama. jadi, hati ini untuk tesis. ambik cepat!  




Thursday, January 20, 2011

Tak lekat UKM langsung



Salam

Minggu ni su tak tidur kolej langsung. Pegi ukm-balik rumah-pegi ukm-balik rumah. Tapi malam ni memang tidur sini la sebab esok kelas pukul 8. Pegi ukm pun bukan pegi kelas tapi pegi sebab nak jumpa supervisor sahaja di samping membuat assignment cik marina bersama ika. Dan jugak sebab nak ambik shawl yang orang order semata sebab su tinggal sume kat sini stock-stock shawl yang ada. Kesian miza tinggal sorang-sorang. Mungkin kalau kita duduk bilik bawah tanah yang depan bilik shima dan dayah kita lagi bahagia agaknya. Ha.ha.ha. Su pun still guna bilik air dekat tingkat bawah tu tau walaupun perjalanan nak ke sana agak mencabar. Boleh nampak hutan hutan bagai. Kalau sakit perut ke apa tengah-tengah malam tak tahu lah macam mana. Guna je la toilet aras dua walaupun tak best.

Pegi pagi balik pukul 6 sampai rumah pukul 7 lebih. Tak ada la jauh sangat perjalanan. Naik bas, naik komuter, dan naik star sampai chan sow lin tukar lagi. Kalau naik kereta mau pukul 9 sampai rumah. Tambang pun bukan lah mahal mana. Lagi mahal kalau makan dekat café pusan tu ha. Selalu rasa nak sound je akak kaunter tu. Mencekik darah betul. Kadang-kadang su ambik lagi sikit dari ika tapi su punya yang lagi mahal. Penah sekali plan dengan ika. Kitorang amik lauk yang sama dalam amount yang sama nak tengok dia charge berapa. Last-last kitorang tak bayar dengan dia pun sebab masa tu dia tengah sebok-sebok buat apa entah. Bayar dekat kaunter lagi satu dan memang sama je harga makanan yang kitorang beli. Tapi dengan orang lain bukan dengan akak tu. So eksperimen kitorang tak jadi la. Hehehe.

Kesimpulannya, su lekat sikit-sikit je la kat ukm tu. Kadang-kadang su ada, tapi selalunya su takde. Sampai erin nak jumpa pun tak dapat nak jumpa-jumpa lagi. Padahal bukan duduk jauh pun, satu blok je. Heheh. 


Cik pemalu lagi comel, hot and spicy! Heheh



Assalamualaikum

Setelah berjam-jam [dari petang hingga ke malam jugak la duk menelek] akhirnya ini jugak yang dipilih, dibeli, diambik dan dibawak lari. Tapi takde la bawak lari mana pun. Bawak balik Ampang je. Hee..

Yeah berjaya jugak mendapatkan netbook yang memang dah lama sangat nak tapi tak dapat-dapat. Bukan la su tak suka laptop lama tu. Tapi sebab laptop tu besar dan sangat la berat sampai kadang-kadang su rasa tak mampu nak bawak turun naik tangga dari kolej nak ke fac. Kalau nak turun tangga tu ok lagi, tapi kalau nak naik…rasanya nak terbalik ke belakang pun ada.

Sebab usaha nak menambahkan berat tak jadi-jadi, pendek kata tak pernah menjadi…maintain je dari dulu…oleh itu adalah lebih baik su beli lappy yang kecik lagi comel serta pemalu macam sekarang ni. Hahaha. Pemalu la sebab entry lepas su tak tunjuk dia lagi. Su pinjam gambar mr. google je. Ni ha gambar original.



Wednesday, January 19, 2011

Tahun baru, lappy pun baru?



Assalamualaikum


Kenapa tiap-tiap tahun baru ada je yang nak kena di-baru-kan jugak. Tak paham betul. Eceh. Padahal memang sengaja nak yang baru baru. Hahahaha


Tahun lepas 1.1.2010 dapat handphone baru. Tahun ni agak-agak nak dapat benda apa pulak yang baru? Ha, betul betul memang tepat sangat la jawapan awak tu. Dah terang lagi bersuluh cik su letak tajuk kat atas tu kan. Kalau salah jugak, tak dapat nak tolong dah.  Heheh



 Ni gambar yang su dapat dari mr. google
Untuk gambar dari miss suraiza punya yang asli lagi original recipe,next entry okeyh!


Belum tidur, jadi bukan mimpi la.


11.42 pm – 180111


Dapat call dari shud. Esok pukul 9 sampai 12 free tak dia tanya. Su memang free sebab esok takde class and ingat nak jumpa Dr. Z kejap petang tu. Shud kata astro awani nak buat temubual ke perbincangan macam tu la pasal aktivis online. Kalau su tak silap dengar. Hehe. Memang macam nak ikut je, nak kata boleh dah tapi sebab shud kata pukul 9 am… Terus su kata tak sempat sebab su kat rumah lagi malam ni. Su tak cakap ‘tak’ ‘tak boleh’mahupun ‘tak nak’ ya. Su cakap tak sempat je. Sebab su nak tapi memang tak boleh.


Shud-depan-paling kiri

Yes! Dah dapat!


Assalamualaikum

Tue-180111


Pagi tadi dapat call yang ditunggu-tunggu. Tak sangka sebab baru je semalam cakap pasal tu dengan ika. Tengah risau lagi sebab orang lain semua dah dapat. Bukan satu, tapi dua-tiga tempat dorang dapat. Yang kitorang ni jangankan dua atau tiga, satu pun tak dapat-dapat lagi. Dorang banyak cari sendiri so macam-macam tempat lah boleh dapat kan.

Senang cerita, pagi tadi dapat call dari office pusat. Wah wah wah. Dah dapat tempat untuk praktikal @ LI. Yang lagi best, kak liza kata tempat tu ambik dua orang sekali. Hehehe. Macam tahu-tahu je su dengan ika tak dapat dipisahkan. Cewah.  Haha. Kak liza tanya nak ke tidak. Oh kalau dah dapat berdua mahunya tidak. Mestilah mahu. Hee.. Then dia suruh su bagitau ika and ambik surat dekat office kalau setuju.


Company apa, kementerian ke, dan dekat mana tu su tak boleh bagitau lagi. Biar rahsia dulu ehehe. Tapi yang pasti su dengan ika nanti memang kena cari rumah. Ha maknanya tak dekat la dengan rumah su tempat internship tu. But still tak keluar negeri mahupun negara ya. Hahahhaha

p/s-rasanya ika pun macam happy je ^^,



Monday, January 17, 2011

Siti Suraiza dan Siti Suraizah adalah dua orang yang berbeza



Assalamualaikum

Kalau tengok tajuk, mesti tau dah kan su nak cakap pasal apa. Kenapa su cakap Siti Suraiza dengan Siti Suraizah bukan orang yang sama…sebab…


Ha takkan la su nak saling menghantar mesej dengan diri su sendiri pulak kan. Hahaha. Takkan lah. Yang su tak sangka ada jugak orang yang mesej dengan su sebab nama su sama dengan nama dia. Wah seronok ok. Su pun penah jugak search ‘siti suraiza’. Tapi selalu yang su jumpa ‘suraiza’ je. Takde siti pun. Kira Siti Suraizah yang mesej su  dekat facebook tu yang pertama la su jumpa orang yang nama sama dengan su. Cuma dia ada huruf ‘h’ lah kat belakang ‘suraiza’ tu. Heheh.

Alang-alang dah cerita pasal nama, tahun lepas ada orang yang add su dekat facebook yang nama dia nak dekat-dekat dengan nama su jugak. Tapi dia lelaki. Ha mesti korang pelik kenapa nama dia macam nama su kalau dia lelaki kan. Hehehe. Nama dia Suraizi. Hee.. Betul la. Apa gelak-gelak. Hahaa. Mula-mula dulu su tanya dia tu nama betul ke nama tipu sebab su macam tak percaya ada jugak orang nama macam su. Lelaki pulak tu. Maunya tak terkejut. Sampai cousin dengan adik su kata dia kembar su yang terpisah sejak lahir sebab nama sama. Kui kui kui


Friday, January 7, 2011

kek batik . terbakar . morib


assalamualaikum

wah lama jugak tak update ni. last update 1111 ni dah 7111 kira seminggu jugak lah kan. kalau dah duduk kat rumah memang takde masa sangat la nak update. ceh takde masa ke takde story. tapi memang kalau duduk rumah macam malas je nak tulis entry. kalau dekat kolej, sudah semestinya la sebab memang tak tahu dah nak buat apa lagi selain mengadap lappy. nak tengok tv pun nak kena keluar bilik. hish tu yang malas nak keluar keluar ni. hehehe

ha yang pasal rumah su terbakar hari tu, rupanya memang ada orang yang sengaja bakar rasanya. sebab masa api naik and orang tengah kecoh-kecoh dekat belakang rumah, adik su terperasan ada dua orang budak lelaki [budak tak budak la, remaja awal 20an macam tu] dalam keadaan yang mencurigakan tengah terbongkok-bongkok dekat kereta ayah su depan rumah. masa tu bomba pun belum sampai lagi rasanya [banyak sangat 'rasanya' sebab su takde kat tempat kejadian.hehe.ni menurut cerita mak su la]. dan jugak, memang kakak su perasan sebelum kejadian [sebelum api naik] memang ada budak berdua tu dekat belakang rumah. rumah su nombor dua dari tepi. so memang senang la kalau ada orang nak duduk kat belakang tu pun. dulu dulu kalau ada kitorang report polis je. tapi mungkin malam tu tak sangka lah pulak nak jadi macam tu kan. kiranya, budak tu sengaja nak timbulkan kekecohan dekat belakang so senang la dia nak buat 'kerja' dekat depan. hish betul lah dasar orang tak bertamadun. buat malu mak bapak je. nasib baik la tak jadi apa-apa. cuma ada kesan terbakar sikit je. dah la malam tahun baru pulak tu. 

oh hari tu kan su pergi berbisnes sampai ke morib. uish tak sangka betul. sampai ke pantai morib perginya. ada ke ikan ikan nak beli shawl.heee

   upss ini bukan su..ini kakak sedara su yang comel lagi single.boleh isi borang kalau berkenan.hehehe

baru ni su buat kek batik. tapi bukan kek batik yang macam su dengan family selalu buat. ni su buat guna resepi baru. ada kawan kongsi resepi kek batik dia ni. tapi su tukar tukar sikit resepi dia ikut gaya su. hahahaa. siapa tak tau buat kek batik memang la. kek paling senang seantero dunia. heheh

 kat atas tu su tabur nestum. bukan bijan ya. heheh

gambar tak clear. sorry. camera murah je.

yang best, abah pun suka sangat kek batik ni. malam malam dah nak tido pun boleh turun bawah sebab nak makan kek ni je. hahahha. 

bahagia (^^,)

Saturday, January 1, 2011

Update Sikit.Semata-mata Nak Ada Entry 1111


Assalamualaikum

Selamat 1 Januari 2011 semua rakan-rakan blogger. Sebenarnya su nak cerita pasal kebakaran semalam tapi masih belum sempat update cerita sebenar dari family su. Nanti su cerita kemudian ya. Tadi su ke banting dan morib menguruskan bisnes. Jadi belum sempat balik rumah. Mak dengan kak long pun kata semua ok. Alhamdulillah. (^^,) Oh ya, balik-balik je tadi terus bukak buletin utama. Al-fatihah buat arwah Faizal Yusup. Mengejut je semua yang pergi...

Apa-apa pun, 
SELAMAT HARI LAHIR my dear ROOMMATE, MIZA.
May ALLAH bless :) 
Tarikh yang cantik...1/1/11. Suka!

ini dia cik miza 
[sorry miza,kita curi gambar ni hehehe]
happy 23rd birthday!