I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, January 7, 2011

kek batik . terbakar . morib


assalamualaikum

wah lama jugak tak update ni. last update 1111 ni dah 7111 kira seminggu jugak lah kan. kalau dah duduk kat rumah memang takde masa sangat la nak update. ceh takde masa ke takde story. tapi memang kalau duduk rumah macam malas je nak tulis entry. kalau dekat kolej, sudah semestinya la sebab memang tak tahu dah nak buat apa lagi selain mengadap lappy. nak tengok tv pun nak kena keluar bilik. hish tu yang malas nak keluar keluar ni. hehehe

ha yang pasal rumah su terbakar hari tu, rupanya memang ada orang yang sengaja bakar rasanya. sebab masa api naik and orang tengah kecoh-kecoh dekat belakang rumah, adik su terperasan ada dua orang budak lelaki [budak tak budak la, remaja awal 20an macam tu] dalam keadaan yang mencurigakan tengah terbongkok-bongkok dekat kereta ayah su depan rumah. masa tu bomba pun belum sampai lagi rasanya [banyak sangat 'rasanya' sebab su takde kat tempat kejadian.hehe.ni menurut cerita mak su la]. dan jugak, memang kakak su perasan sebelum kejadian [sebelum api naik] memang ada budak berdua tu dekat belakang rumah. rumah su nombor dua dari tepi. so memang senang la kalau ada orang nak duduk kat belakang tu pun. dulu dulu kalau ada kitorang report polis je. tapi mungkin malam tu tak sangka lah pulak nak jadi macam tu kan. kiranya, budak tu sengaja nak timbulkan kekecohan dekat belakang so senang la dia nak buat 'kerja' dekat depan. hish betul lah dasar orang tak bertamadun. buat malu mak bapak je. nasib baik la tak jadi apa-apa. cuma ada kesan terbakar sikit je. dah la malam tahun baru pulak tu. 

oh hari tu kan su pergi berbisnes sampai ke morib. uish tak sangka betul. sampai ke pantai morib perginya. ada ke ikan ikan nak beli shawl.heee

   upss ini bukan su..ini kakak sedara su yang comel lagi single.boleh isi borang kalau berkenan.hehehe

baru ni su buat kek batik. tapi bukan kek batik yang macam su dengan family selalu buat. ni su buat guna resepi baru. ada kawan kongsi resepi kek batik dia ni. tapi su tukar tukar sikit resepi dia ikut gaya su. hahahaa. siapa tak tau buat kek batik memang la. kek paling senang seantero dunia. heheh

 kat atas tu su tabur nestum. bukan bijan ya. heheh

gambar tak clear. sorry. camera murah je.

yang best, abah pun suka sangat kek batik ni. malam malam dah nak tido pun boleh turun bawah sebab nak makan kek ni je. hahahha. 

bahagia (^^,)

1 comments:

Cik Feeyza said...

siapa pulak punya kerja nak bakar rumah orang. teruk betul la budak² tu. nasib baik korang tak de pape. lepas ni kena berhati². hope tak jadi camtu lagi dgn adenyer heroin. he he.