I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, January 24, 2011

saja-saja sebab suka-suka


assalamualaikum

minggu depan dah cuti. naik cuti maknanya dah habis bulan 1. nak cakap benda yang sama, cepatnya masa berlalu. memang berlari-lari agaknya masa ni. tak sedar. rasa macam baru je lagi rumah terbakar masa malam tahun baru hari tu. masa yang tengah duk ada ni, buat benda elok-elok bukan benda tak elok-tak elok. tapi sekarang kau buat keje elok ke tak elok suraiza. hehehe. kira elok lah ni tulis belog dari tak buat apa-apa merenung masa depan je tau hahahaha

su kat surau ni. nak solat dulu b4 balik. tapi sebab surau ni kecik so macam nak kena tunggu orang lain solat dulu. hujan pulak tu. seronoknya. rasa taknak balik [pulak dah]

hehehe. 

sebenarnya risau. sangat. pasal apa lagi kalau bukan tesis. bila nak buat tesis je duk pikir assignment lain. ok lah memang alasan. tapi rasa tak boleh nak focus dekat tesis kalau assignment lain ada. macam susah nak fokus. yaa dah bagitau tadi, tak boleh fokus. 

jadi bila tak boleh fokus, belog jadi mangsa. 

kesian belog.

tapi tak kiralah apa pun, kena bagi hati ni dekat tesis. jadi, tesis kena letak dalam hati. ruang yang kosong tu perlu dimanfaatkan. tak boleh biar kosong lama-lama. jadi, hati ini untuk tesis. ambik cepat!  




0 comments: