I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, January 20, 2011

Tak lekat UKM langsung



Salam

Minggu ni su tak tidur kolej langsung. Pegi ukm-balik rumah-pegi ukm-balik rumah. Tapi malam ni memang tidur sini la sebab esok kelas pukul 8. Pegi ukm pun bukan pegi kelas tapi pegi sebab nak jumpa supervisor sahaja di samping membuat assignment cik marina bersama ika. Dan jugak sebab nak ambik shawl yang orang order semata sebab su tinggal sume kat sini stock-stock shawl yang ada. Kesian miza tinggal sorang-sorang. Mungkin kalau kita duduk bilik bawah tanah yang depan bilik shima dan dayah kita lagi bahagia agaknya. Ha.ha.ha. Su pun still guna bilik air dekat tingkat bawah tu tau walaupun perjalanan nak ke sana agak mencabar. Boleh nampak hutan hutan bagai. Kalau sakit perut ke apa tengah-tengah malam tak tahu lah macam mana. Guna je la toilet aras dua walaupun tak best.

Pegi pagi balik pukul 6 sampai rumah pukul 7 lebih. Tak ada la jauh sangat perjalanan. Naik bas, naik komuter, dan naik star sampai chan sow lin tukar lagi. Kalau naik kereta mau pukul 9 sampai rumah. Tambang pun bukan lah mahal mana. Lagi mahal kalau makan dekat café pusan tu ha. Selalu rasa nak sound je akak kaunter tu. Mencekik darah betul. Kadang-kadang su ambik lagi sikit dari ika tapi su punya yang lagi mahal. Penah sekali plan dengan ika. Kitorang amik lauk yang sama dalam amount yang sama nak tengok dia charge berapa. Last-last kitorang tak bayar dengan dia pun sebab masa tu dia tengah sebok-sebok buat apa entah. Bayar dekat kaunter lagi satu dan memang sama je harga makanan yang kitorang beli. Tapi dengan orang lain bukan dengan akak tu. So eksperimen kitorang tak jadi la. Hehehe.

Kesimpulannya, su lekat sikit-sikit je la kat ukm tu. Kadang-kadang su ada, tapi selalunya su takde. Sampai erin nak jumpa pun tak dapat nak jumpa-jumpa lagi. Padahal bukan duduk jauh pun, satu blok je. Heheh. 


8 comments:

+qAsiH naDiRa+ said...

oh!ukm ke~sama la kita~mesti dah tahun akhir kan~bagus2~

qɐɥɐʍ zzɐuɹǝ said...

bez nye umah dekat..sllu leyh balik..

Benrauf said...

rumah dekat watpe nak tido kolej kan.

shasha said...

Sy pon tak lekat uniMAP langsung..asal hujung minggu ja hilang..asal hilang ja hujung minggu..hehe :D

Belleza~ said...

qasih nadira

yep, dah semester akhir pun :)

Belleza~ said...

nazz

hehehhe
nasib baik dekat kan

Belleza~ said...

benrauf

tu la.
silap pulak duk kolej.
tak perasan pulak kelas dah tak banyak.hehe

Belleza~ said...

shasha

hahaha kita serupa...