I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, January 19, 2011

Yes! Dah dapat!


Assalamualaikum

Tue-180111


Pagi tadi dapat call yang ditunggu-tunggu. Tak sangka sebab baru je semalam cakap pasal tu dengan ika. Tengah risau lagi sebab orang lain semua dah dapat. Bukan satu, tapi dua-tiga tempat dorang dapat. Yang kitorang ni jangankan dua atau tiga, satu pun tak dapat-dapat lagi. Dorang banyak cari sendiri so macam-macam tempat lah boleh dapat kan.

Senang cerita, pagi tadi dapat call dari office pusat. Wah wah wah. Dah dapat tempat untuk praktikal @ LI. Yang lagi best, kak liza kata tempat tu ambik dua orang sekali. Hehehe. Macam tahu-tahu je su dengan ika tak dapat dipisahkan. Cewah.  Haha. Kak liza tanya nak ke tidak. Oh kalau dah dapat berdua mahunya tidak. Mestilah mahu. Hee.. Then dia suruh su bagitau ika and ambik surat dekat office kalau setuju.


Company apa, kementerian ke, dan dekat mana tu su tak boleh bagitau lagi. Biar rahsia dulu ehehe. Tapi yang pasti su dengan ika nanti memang kena cari rumah. Ha maknanya tak dekat la dengan rumah su tempat internship tu. But still tak keluar negeri mahupun negara ya. Hahahhaha

p/s-rasanya ika pun macam happy je ^^,



4 comments:

ainaaamira. said...

Wah wah wah. tahniah sue and ika ! :D

Belleza~ said...

hehehe thanks ainaa

wahida said...

wah, dpt praktikal sama2...keje bagus2 tau!!

Belleza~ said...

kak wahida

thanks akak!