I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, February 25, 2011

Dinner Fakulti 2011 ~fantasi d' fssk


assalamualaikum

hallluuuu everybody! 

rabu lepas su and the geng pergi dinner fac. sebenarnya kitorang baru tau hari isnin so tak sempat nak cari baju ikut tema ke apa. belasah je la pakai apa yang ada. memang lari tersasar jauh sungguh dengan tema lah kan kalau dah main belasah belasah ni. hahah

tak kesah yang penting...kita enjoy!!!









takde nak berfantasi pun..ber'kurung' je semua..sopan dan ayu.cecece

next month dinner kolej pulak. temanya arabian night. alaa mana nak cari baju nih?


Monday, February 21, 2011

this path may be difficult, but the final destination is certain


untuk semua sahabat yang tersayang ^^,





rindu. . . 


Busy.



Assalamualaikum

Sibuk.

Minggu lepas.
Minggu ni.
Minggu depan.
Dan minggu-minggu akan datang…

Dah nampak kesibukan yang bakal melanda dan sedang melanda
Sibuk dengan tesis dan assignment
Sibuk dengan masalahmasalah
Sibuk menguruskan diri yang sakitsakit

Jadi, tak sempat nak update cerita-cerita
Nanti bila dah kurang sibuk kita update cerita ya
Assalamualaikum 


Wednesday, February 16, 2011

Kursus pra-perkahwinan part two


[berdasarkan gambar, ya saya mencari yang berkaca mata. ececece]

Assalamualaikum

Kursus hari kedua terlambat masuk dewan. Terlepas bas. Tapi takde la lambat sangat. Cuma ceramah dah mula sikit. Yang tak sangka tu datang lambat pun dapat duduk depan. Betul-betul tengah-tengah dewan. Nampak macam semangat je nak attend kursus kawen kan heheh.

Kursus hari pertama buat kita rasa macam nak kawen [excited la jugak kekeke]. Tapi kursus hari kedua dah rasa macam takut la pulak nak kawen. Mula-mula start kursus je hari kedua tu dah mula cerita pasal cerai, pasal talak dan yang sewaktu dengannya. Macam-macam kes ustazah tu cerita. Ika pun cakap “tiba-tiba takut pulak nak kawen”. Memang su pun rasa benda yang sama. Bayangkan hal kecik-kecik yang kita tak sangka tu pun boleh buat orang bergaduh dan bercerai-berai. Ya Allah mintak jauhkanlah benda-benda macam tu jadi.

Kursus hari kedua ada 5 slot sebab hari sabtu ada 3 slot je. So hari ahad tu memang habis lambat sikit lah. Slot yang terakhir tu pun menambahkan rasa taknak kawen hahaha. Siapa yang dah pergi kursus tau la kenapa. Tengok gambar-gambar dan video-video yang berkaitan…….ish seram sejuk dingin dibuatnya ekekeke.


Dan sebab kursus tu dibuat 12 dan 13 haribulan, semua pun tahu kan esoknya tu hari apa.....14 februari kan. So semua penceramah ada sebut pasal sambutan hari valentine tu haram. Boleh pesongkan akidah. Siap ajak pergi buat operasi lagi tu. Hehehe


Kalau nak celebrate apa-apa, better buat research dulu. So kita tahu tindakan kita tu betul ke tidak.

Sebenarnya su pergi kursus ni takde siapa-siapa pun dalam family yang tau kecuali mak. Orang lain tau pun sebab status dekat facebook su. Dan su tak tau lah pulak kalau su pergi kursus tu boleh buat semua orang terkejut dan ingat su memang dah nak kawen. Hikhikhik.

Takkan la pergi kursus je sebab nak kahwin kut. Memang betul ramai yang pergi dengan bakal suami. Tapi su pergi awal-awal sebab su rasa sekarang ni la masa yang sesuai. Su tak ada calon lagi [masih belum tahu siapa dan di mana dia berada] tapi su boleh pergi dengan kawan-kawan kalau su pergi masa tengah belajar ni. Tak semestinya nak kena pergi dengan inche’ bakal suami. Ye tak?  

Lagi pun bila su cakap dekat mak ada kursus kawen kat ukm, mak yang suggest suruh pergi jugak. Sedangkan su ingat mak akan cakap, “tak payah pergi lagilah, kak ngah bukan nak kawen lagi kan.” hehehe tapi tak sangka pulak mak cakap, “ha eloklah tu. baik pergi sekarang. belajar awal-awal. sijil dah ada nanti senang.” [err nak kena belajar apa. senang apa nanti. hehehe ni persoalan sebelum pergi kursus la]

Su tido kat kolej zaba, tumpang bilik nisah last weekend. Sebab kalau su duduk ibu zain macam susah nak pergi sorang-sorang. So kalau duduk zaba boleh pergi dengan ika and nisah. Senang sikit. Dan bila dah balik tu boleh la discuss balik apa yang kitorang dah dengar masa ceramah tadi. Jadi tak ada la masuk telinga kanan keluar telinga kiri kan.

Sebenarnya banyak sangat benda yang su tau bila dah pergi kursus ni. Sebelum ni banyak jugak perkara yang su tak tau rupanya. Jadi siapa-siapa yang belum pergi, boleh lah pergi ya! (*^_^*) Macam macam ada! Heheheh. Lagi-lagi masa ceramah tu pasang lagu pengantin, siap penceramah ucap selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke akhir hayat, uish dah rasa diraikan macam pengantin tau. Seronok! Hahahaa




p/s-inche’ bakal suami, saya sudah attend kursus. awak sudah?

[masih lagi yang berkaca mata hehehe]

.:: Salam Maulidur Rasul ::.


Sunday, February 13, 2011

kursus pra-perkahwinan part one


assalamualaikum

hari tu su dah kata kan su ada program hari ni [12hb] dengan esok [13hb]. jadi programnya adalah seperti berikut..jeng..jeng..jeng..[dah takde jeng3 lagi dah.tajuk kat atas tu terang-terang dah bagitau kat orang program apa hee]

-klik gambar so tak payah tambah power spec-

sambungannya..

hahaha macam-macam reaksi.....yang tak boleh blah cath boleh tanya macam tu. ada ke pegi kursus belajar macam mana nak mengandung. hehehehe. sabar je la. 

sebenarnya su memang tak berapa sihat, dari semalam lagi hidung dah sokseksoksek. bukan sebab pegi kursus tu jadi demam ya. lepas tu balik petang tadi hujan bukan main lebat. tu yang sampai bilik nisah je kepala dah rasa berat. telan panadol terus tido tak sedar diri sampai maghrib nisah kejut bangun solat.

tiba-tiba macam tak sangka...su dah ambik kursus pra-perkahwinan laa..macam tak caya! hahaha

dewan kursus [DAM]

perempuan yang ramai. laki-laki nyorok kat atas

buku kat atas ni kitorang dapat free tau..tak rugi la pergi sekarang, bayar murah siap dapat free buku lagi tu

memang kebanyakan universiti pun ada anjurkan kursus ni. so masa tengah belajar ni la peluangnya. yang penting murah. ilmu pun dapat. best pun best. ececece

untuk hari pertama je dah gelak guling guling sampai nangis nangis sakit-sakit perut dibuatnya. ustaz-ustaz yang bagi ceramah tu punya lawak jenaka boleh buat orang penat...penat gelak. heheh. 

tapi hari kedua tak tau lagi macam mana. 

yang penting, dah tahu prosedurnya. ekekeke. 

tak. tak. yang penting dah boleh dapat sijil. lepas ni boleh terus buat hiv test je. hahaaha cakap macam dah ada tarikh nikah je suraiza ni

sebenarnya su nak cerita pasal perkara yang berlaku beberapa hari sebelum su decide nak pergi kursus ni. tapi nanti la..tunggu part two pulak ya

baru lepas telan ubat selesema. tido dulu. nite!

Thursday, February 10, 2011

Redah Banjir


Assalamualaikum

Masa nak balik rumah dari ukm, su tak sangka pulak hujan turun selebat-lebatnya..sebab pagi tu panas terik bukan main lagi. Tunggu dekat bustop depan ptsl tu pun kena tempias jugak. Bas pulak tak sampai-sampai. Masa tu dah la memang nak kejar waktu. Nak ikut kaklong pergi plaza pantai. Kaklong dah berkali-kali call sebab kredit su habis lah pulak. Tak dapat nak reply sms dia. Mula-mula dia suruh turun kat ofis dia je, kat bangsar. Tapi sebab dah lambat, tayar belakang bas pun su tak nampak-nampak apatah lagi tayar depan kan..su ingat nak turun terus kat kerinchi je.

Tapi tahu apa yang jadi? Su tak pergi jugak akhirnya. Mula-mula frust lah jugak. Sebab su memang semangat kali ni bukan nak ikut je semata-mata. Tak sangka pulak sebab hujan lebat tadi, dah macam banjir dekat stesen ktm tu. Dari tempat su turun bas nak melintas jalan ke stesen ktm, air bukan main deras lagi. Pendek kata memang macam banjir la. Nak dekat setengah jam su tunggu nak melintas sebab tiap kali ada kenderaan lalu je, air tu mengalir dekat kita. Mengalir secara laju-laju ya bukan secara sopan dan santun. Yang paling teruk, ada sorang budak perempuan ni [student ukm jugak su rasa] selipar dia dihanyutkan air. Elok-elok je air bawak depan-depan su je selipar dia tu tapi memang su tak sempat nak ambik la sebab dah la su tengah pegang payung dengan peluk barang lagi dengan air yang deras tu, sekelip mata je selipar dia masuk longkang. Last last dia berkaki ayam sahaja lari ke ktm.

Yang su pulak, terpaksa jugak meredah air sampai basah jeans hingga ke paras lutut. Gila betul. Naik tren buat macam tak de apa-apa berlaku [padahal nampak je orang jeling-jeling] Apatah lagi bila sampai bandar tasik selatan matahari menyilau-nyilau [hahaha kau sorang je yang baru redah banjir kat situ suraiza]

Sebab dah basah habis tu la tak dapat nak terus ke plaza pantai. Balik rumah lepas mandi tidur terus penat redah banjir punya pasal. Heheh

ini bukan su.su tak pakai skirt macam ni la.kekeke
[sumber : google]

070211-happy birthday abah! we love u!


Sunday, February 6, 2011

Cuti pun serupa tak cuti je


Assalamualaikum

Cuti seminggu ditambah dengan 3 hari lagi sebab isnin tak ada kelas. Wah wah memang heaven la bagi sesetengah orang kan. Tapi bukan su. Heheh. Serius. Sekarang su tak suka cuti sebab banyak kerja yang nak dibuat and su perlu balik ukm untuk buat kerja-kerja tu semua. Kalau duduk dekat rumah alamatnya satu apa pun tak jadi. Hari tu pun buat kerja dekat rumah satu malam tak tidur. Tak boleh nak ngadap buku-buku dari perpustakaan tun sri lanang sambil ngadap lappy kalau siang-siang hari. Bayangkan macam-macam cerita kat tv tu dari pagi sampai malam. Marathon. Cerita semua sambung-sambung. Kalau dah tengok hari ni nanti esok nak kena tengok lagi. Kan? Dan berterusan la selagi su ada kat rumah. Hehehe

Walaupun cuti tu ditambahkan lagi 3 hari, tapi su balik ukm jugak isnin selasa rabu. Kalau tidak, tak siapla kerja-kerja tu nanti. Ingatkan nak focus buat semua masa cuti ni, tapi ada masalah-masalah tertentu, so tak dapat nak concentrate. Sempat buat tesis sampai tak tidur tidur tapi tak siap-siap jugak lagi. 18hb ni nak kena hantar bab 1 sekali dengan bab 2. Masalahnya bab 1 baru separuh jalan je. Huwaaa bila nak ada masa untuk diri sendiri pulak ni…


Hari tu pergi restock barang. Ha yang ni memang su tak kesah nak buat sebab benda ni su buat dengan kerelaan hati sendiri, bukan paksaan ke apa. Su yang minat nak buat bisnes. Jadi semua yang berkenaan dengan benda ni, mesti kena bagi commitment walau sebok macam mana pun. Kadang-kadang diri sendiri pun jadi mangsa. Sabar je la…

Cuti mid sem ni memang sebok betul. Sebok dengan macam-macam. Tesis, assignment, bisnes, teman kaklong, jumpa orang tu jumpa orang ni, pergi sana pergi sini…huish pendek kata kalau nak ngadap lappy buat kerja tu sempat tak sempat je la. Tu yang sampai tak tidur-tidur dibuatnya. Tapi sebab dah biasa so tak de la masalah sangat.

Oh ya tak ya, nanti weekend ni su ada program. 12 dan 13 haribulan. Nak kata program macam bukan. Biasa orang kata kursus la [apa cakap pusing pusing ni suraiza oi] Hahaha nak cakap macam segan pulak. Nanti la bila dah pergi, dah dapat bukti, and dah tau kebaikan ‘program’ tu su update lah ye. Heee.. [mak su yang suggest suruh pergi jugak ni] 


entry yang ditujukan khas untuk sahabat lama


"assalamualaikum

sebenarnya benda yang dah jadi dulu tu bukan lah masalah lagi bagi su. mungkin entry yang su post masa awal-awal wujudnya blog ni dulu, benda tu kelihatan seperti masalah. nampak macam su berdepan dengan masalah yang amat berat. mungkin. tapi pada ketika itu. dan seingat su, tak ada lah sangat su katakan tentang 'masalah' itu dalam entry entry su dulu. boleh dikatakan jarang sekali su nak sebut 'masalah' tu dalam blog ni. kebanyakan entry yang su postkan lebih kepada life su, masa su belajar kat ukm ni, life dengan family, kawan-kawan, kucing-kucing, dan artikel-artikel yang menarik su rasa untuk dikongsikan. tak ada lah sangat tentang 'masalah' itu memandangkan su pun sebok dengan hidup yang dah berjaya su 'barukan'. 

mungkin ada jugak sedikit cerita atau luahan perasaan. biasa lah kadang-kadang ingatan tentang itu muncul tanpa dapat dikawal. tapi perkara itu sama sekali tidak menjadi 'masalah' lagi buat su. kadang-kadang su rasa suka untuk cakap tentang hal itu sebab ada yang akan tinggalkan comment memberi pendapat masing-masing. dan ini yang su mahu. 

realitinya, su benar-benar sudah mendapat kembali hidup su yang dahulu. tiada niat langsung untuk membuat rasa bersalah itu wujud dan sama sekali tidak pernah menuding jari menyalahkan sesiapa.  

seperti yang kamu tahu, emel yang dikirimkan memang membuatkan su terkejut. sangat terkejut. sedangkan saat emel itu su terima, sudah tiada langsung fikiran dan ingatan tentang kamu. seperti yang telah su katakan, langsung tiada.  

apa pun, terima kasih untuk penjelasan. 
walaupun semua tu su rasa dah tak perlu.

.....tiada lagi apa-apa yang perlu dirumitkan."
semoga berjaya. =)


Khabar dari sana..



Assalamualaikum

Semua pun dah maklum pasal rusuhan yang jadi kat Egypt sekarang ni kan. Su pun ada kawan yang belajar kat sana. Jadi risau tu satu kemestian. Macam mana agaknya diorang kat sana. Sampai kawan su yang dekat sini pun duk tanya su keadaan kawan kitorang yang dekat sana, sebab dia try contact tak berbalas. Lagi lah bertambah risaunya. Hari tu solat maghrib dekat masjid pun dah mula buat solat hajat untuk rakyat Malaysia yang ada kat sana. Jadi, su pun contact my dear sweet fren ni untuk tau perkembangan dia. Ok ke tidak. Selamat ke tak. Sihat ke tidak. Elok-elok pulak malam tu dia tengah online. Apa lagi, su pun ketuk ketuk la kotak ym dia yang tak berpintu tu. Nak call jauh. Tapi kalau tak dapat contact secara online pun memang dah berniat nak call jugak tanya khabar.hee..

sue_ayza: assalamualaikum. nis kat mane tu
sue_ayza: dh balik msia? pe kabar nis

rya_89sophylleahana: wslm sueeeeeeeeeeee. Alhamdulillah. nis ok
rya_89sophylleahana: belum lagi. Insyaallah lusa. tgh tunggu kapal dtg :)
rya_89sophylleahana: *kpl terbg

sue_ayza: yeke? So nis kt sne lg? Ok tak kat sne ni?

rya_89sophylleahana: skrg ni mereka evacuate kwsn yg bahaya dulu

sue_ayza: oh

rya_89sophylleahana: a`aa still sini lagi. nasib baik juga kwsn nis xteruk.. xade pape kat rumah nis. sbbnya rumah nis jauh dr kawasan rusuhan

sue_ayza: su tgok berita ternampak2 je nis kat tv. Hehe

rya_89sophylleahana: haaaaaaaaaah? Hahahahahahaha. adeke su ni. nis ni duk berkurung dlm rumah saja. xboleh keluar kerana darurat. mcm mne boleh macuk berita tuh
rya_89sophylleahana: hihihihi. sue sat nor nis nk solat isyak jap eaa

sue_ayza: hahaha. ok nis. su ade story ni. su tggu nis

rya_89sophylleahana: yeahh okie dokie

Beberapa minit lepas tu..
rya_89sophylleahana: hallu hallu sue. Hihihi. da ciap da solat ;)
rya_89sophylleahana: sue nk gosssiippss apa neh. wah wah wah
…dan bermula la gossip antara kami. gossip yang sihat ye bukan gossip tak sihat. biasa la cerita-cerita orang perempuan hehehe. mana boleh share kat sini. bahaya lagi dangerous hahaha

Lagi sekali su tanya anis..
sue_ayza: nis nnt balik cni lusa ya?

rya_89sophylleahana: xpelah sue..psl all things yg kita discuss tu. su just try tenangkan hati dulu ya..think deeply b4 doing any action. dont worry!
rya_89sophylleahana: insyaallah..lusa kalu ada rezki will going to jeddah dulu. kumpul everybody kat sane. mybe stay there about 1 month maximumly.kalau egypt is getting better mybe balik semula ke Egypt but nis rasa mcm nk take flight from jeddah balik Malaysia. insyaAllah tgk keadaan dulu..
rya_89sophylleahana: thank you su 4 a great discussion tonight! insyaAllah, Allah itu sentiasa ada jaga kita lindungi kita. dont be sad ok su syg
[sebab tu su suka sangat kongsi everything dengan nis. ini sebabnya. kamu sangat arif dalam hal pujuk-memujuk hati ni heheh]

sue_ayza: insyaAllah terima kasih ye nis. take care ok

rya_89sophylleahana: insyaAllah..same2 sue..okie dokie..su pun same.take care too..it getting late now..kasihan sue xdpt tidur lagi ek.dah pukul 3 pagi yep.ok...btw,,nis mintak diri dulu ya..goodnight!

Kesimpulannya, kawan su ni dia baik-baik sahaja dekat sana. Hm adik angkat su pun ada study dekat sana jugak. Yang su tahu hasil mentelaah dinding mukabuku dia hahaha [nak tanya sendiri tak sempat + takut dia tak dapat reply] su tau dia ok and tengah tunggu nak balik Malaysia. Macam girang je tu nak balik. Hahaha kak su tahu kamu excited sesangat nak balik kan kan kan heheh. Semoga selamat sampai ye sayang! [oh ya kak su tak dapat nak masuk blog kamu katanya blog kamu tu dah tak wujud di alam maya. aik kenapakah?]


Thursday, February 3, 2011

luka lama lebih manis rasanya kalau 'duka lama' jadi pengganti sebab luka dah tak ada yang ada cuma duka



assalamualaikum


kecewa memang kecewa.
ssedih datang tiba-tiba.
sungguh tak pernah minta,
untuk terima hakikat dunia, masih perlukan masa..


"dan bahasa mudahnya. jika kalian telah kami tinggalkan. jangan datang lagi. jangan lagi kami dicari."






"sekarang dah betul-betul rasa..mungkin memoirs of suraiza ni tak sepatutnya ada"