I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, February 6, 2011

Cuti pun serupa tak cuti je


Assalamualaikum

Cuti seminggu ditambah dengan 3 hari lagi sebab isnin tak ada kelas. Wah wah memang heaven la bagi sesetengah orang kan. Tapi bukan su. Heheh. Serius. Sekarang su tak suka cuti sebab banyak kerja yang nak dibuat and su perlu balik ukm untuk buat kerja-kerja tu semua. Kalau duduk dekat rumah alamatnya satu apa pun tak jadi. Hari tu pun buat kerja dekat rumah satu malam tak tidur. Tak boleh nak ngadap buku-buku dari perpustakaan tun sri lanang sambil ngadap lappy kalau siang-siang hari. Bayangkan macam-macam cerita kat tv tu dari pagi sampai malam. Marathon. Cerita semua sambung-sambung. Kalau dah tengok hari ni nanti esok nak kena tengok lagi. Kan? Dan berterusan la selagi su ada kat rumah. Hehehe

Walaupun cuti tu ditambahkan lagi 3 hari, tapi su balik ukm jugak isnin selasa rabu. Kalau tidak, tak siapla kerja-kerja tu nanti. Ingatkan nak focus buat semua masa cuti ni, tapi ada masalah-masalah tertentu, so tak dapat nak concentrate. Sempat buat tesis sampai tak tidur tidur tapi tak siap-siap jugak lagi. 18hb ni nak kena hantar bab 1 sekali dengan bab 2. Masalahnya bab 1 baru separuh jalan je. Huwaaa bila nak ada masa untuk diri sendiri pulak ni…


Hari tu pergi restock barang. Ha yang ni memang su tak kesah nak buat sebab benda ni su buat dengan kerelaan hati sendiri, bukan paksaan ke apa. Su yang minat nak buat bisnes. Jadi semua yang berkenaan dengan benda ni, mesti kena bagi commitment walau sebok macam mana pun. Kadang-kadang diri sendiri pun jadi mangsa. Sabar je la…

Cuti mid sem ni memang sebok betul. Sebok dengan macam-macam. Tesis, assignment, bisnes, teman kaklong, jumpa orang tu jumpa orang ni, pergi sana pergi sini…huish pendek kata kalau nak ngadap lappy buat kerja tu sempat tak sempat je la. Tu yang sampai tak tidur-tidur dibuatnya. Tapi sebab dah biasa so tak de la masalah sangat.

Oh ya tak ya, nanti weekend ni su ada program. 12 dan 13 haribulan. Nak kata program macam bukan. Biasa orang kata kursus la [apa cakap pusing pusing ni suraiza oi] Hahaha nak cakap macam segan pulak. Nanti la bila dah pergi, dah dapat bukti, and dah tau kebaikan ‘program’ tu su update lah ye. Heee.. [mak su yang suggest suruh pergi jugak ni] 


4 comments:

+qAsiH naDiRa+ said...

mcm tau je pe program nye 2~hahaha!g ngan sape 2~~~

Belleza~ said...

heheheh tau ker? alamak awal2 lagi dah kantoi nih kehkeh. pegi dgn coursemates

nor izzati zakaria said...

Cun gambar atas ni. Nak grab bleh? hehehee... Sue, blaja rajin2 dah final year kan?? =DDD

Belleza~ said...

boleh2.silakan..hee.yep dh final year.tgh blja rajin2 la ni [kononnya] hahaha