I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Sunday, February 6, 2011

entry yang ditujukan khas untuk sahabat lama


"assalamualaikum

sebenarnya benda yang dah jadi dulu tu bukan lah masalah lagi bagi su. mungkin entry yang su post masa awal-awal wujudnya blog ni dulu, benda tu kelihatan seperti masalah. nampak macam su berdepan dengan masalah yang amat berat. mungkin. tapi pada ketika itu. dan seingat su, tak ada lah sangat su katakan tentang 'masalah' itu dalam entry entry su dulu. boleh dikatakan jarang sekali su nak sebut 'masalah' tu dalam blog ni. kebanyakan entry yang su postkan lebih kepada life su, masa su belajar kat ukm ni, life dengan family, kawan-kawan, kucing-kucing, dan artikel-artikel yang menarik su rasa untuk dikongsikan. tak ada lah sangat tentang 'masalah' itu memandangkan su pun sebok dengan hidup yang dah berjaya su 'barukan'. 

mungkin ada jugak sedikit cerita atau luahan perasaan. biasa lah kadang-kadang ingatan tentang itu muncul tanpa dapat dikawal. tapi perkara itu sama sekali tidak menjadi 'masalah' lagi buat su. kadang-kadang su rasa suka untuk cakap tentang hal itu sebab ada yang akan tinggalkan comment memberi pendapat masing-masing. dan ini yang su mahu. 

realitinya, su benar-benar sudah mendapat kembali hidup su yang dahulu. tiada niat langsung untuk membuat rasa bersalah itu wujud dan sama sekali tidak pernah menuding jari menyalahkan sesiapa.  

seperti yang kamu tahu, emel yang dikirimkan memang membuatkan su terkejut. sangat terkejut. sedangkan saat emel itu su terima, sudah tiada langsung fikiran dan ingatan tentang kamu. seperti yang telah su katakan, langsung tiada.  

apa pun, terima kasih untuk penjelasan. 
walaupun semua tu su rasa dah tak perlu.

.....tiada lagi apa-apa yang perlu dirumitkan."
semoga berjaya. =)


0 comments: