I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, February 16, 2011

Kursus pra-perkahwinan part two


[berdasarkan gambar, ya saya mencari yang berkaca mata. ececece]

Assalamualaikum

Kursus hari kedua terlambat masuk dewan. Terlepas bas. Tapi takde la lambat sangat. Cuma ceramah dah mula sikit. Yang tak sangka tu datang lambat pun dapat duduk depan. Betul-betul tengah-tengah dewan. Nampak macam semangat je nak attend kursus kawen kan heheh.

Kursus hari pertama buat kita rasa macam nak kawen [excited la jugak kekeke]. Tapi kursus hari kedua dah rasa macam takut la pulak nak kawen. Mula-mula start kursus je hari kedua tu dah mula cerita pasal cerai, pasal talak dan yang sewaktu dengannya. Macam-macam kes ustazah tu cerita. Ika pun cakap “tiba-tiba takut pulak nak kawen”. Memang su pun rasa benda yang sama. Bayangkan hal kecik-kecik yang kita tak sangka tu pun boleh buat orang bergaduh dan bercerai-berai. Ya Allah mintak jauhkanlah benda-benda macam tu jadi.

Kursus hari kedua ada 5 slot sebab hari sabtu ada 3 slot je. So hari ahad tu memang habis lambat sikit lah. Slot yang terakhir tu pun menambahkan rasa taknak kawen hahaha. Siapa yang dah pergi kursus tau la kenapa. Tengok gambar-gambar dan video-video yang berkaitan…….ish seram sejuk dingin dibuatnya ekekeke.


Dan sebab kursus tu dibuat 12 dan 13 haribulan, semua pun tahu kan esoknya tu hari apa.....14 februari kan. So semua penceramah ada sebut pasal sambutan hari valentine tu haram. Boleh pesongkan akidah. Siap ajak pergi buat operasi lagi tu. Hehehe


Kalau nak celebrate apa-apa, better buat research dulu. So kita tahu tindakan kita tu betul ke tidak.

Sebenarnya su pergi kursus ni takde siapa-siapa pun dalam family yang tau kecuali mak. Orang lain tau pun sebab status dekat facebook su. Dan su tak tau lah pulak kalau su pergi kursus tu boleh buat semua orang terkejut dan ingat su memang dah nak kawen. Hikhikhik.

Takkan la pergi kursus je sebab nak kahwin kut. Memang betul ramai yang pergi dengan bakal suami. Tapi su pergi awal-awal sebab su rasa sekarang ni la masa yang sesuai. Su tak ada calon lagi [masih belum tahu siapa dan di mana dia berada] tapi su boleh pergi dengan kawan-kawan kalau su pergi masa tengah belajar ni. Tak semestinya nak kena pergi dengan inche’ bakal suami. Ye tak?  

Lagi pun bila su cakap dekat mak ada kursus kawen kat ukm, mak yang suggest suruh pergi jugak. Sedangkan su ingat mak akan cakap, “tak payah pergi lagilah, kak ngah bukan nak kawen lagi kan.” hehehe tapi tak sangka pulak mak cakap, “ha eloklah tu. baik pergi sekarang. belajar awal-awal. sijil dah ada nanti senang.” [err nak kena belajar apa. senang apa nanti. hehehe ni persoalan sebelum pergi kursus la]

Su tido kat kolej zaba, tumpang bilik nisah last weekend. Sebab kalau su duduk ibu zain macam susah nak pergi sorang-sorang. So kalau duduk zaba boleh pergi dengan ika and nisah. Senang sikit. Dan bila dah balik tu boleh la discuss balik apa yang kitorang dah dengar masa ceramah tadi. Jadi tak ada la masuk telinga kanan keluar telinga kiri kan.

Sebenarnya banyak sangat benda yang su tau bila dah pergi kursus ni. Sebelum ni banyak jugak perkara yang su tak tau rupanya. Jadi siapa-siapa yang belum pergi, boleh lah pergi ya! (*^_^*) Macam macam ada! Heheheh. Lagi-lagi masa ceramah tu pasang lagu pengantin, siap penceramah ucap selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke akhir hayat, uish dah rasa diraikan macam pengantin tau. Seronok! Hahahaa




p/s-inche’ bakal suami, saya sudah attend kursus. awak sudah?

[masih lagi yang berkaca mata hehehe]

.:: Salam Maulidur Rasul ::.


2 comments:

HonEyBuNNy said...

he2.....wah2..dah pergi kurusus tawin yer...ehem3..

Belleza~ said...

hehehe..
alhamdulillah..dah pergi dah.
tunggu sijil je..hehe