I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, February 10, 2011

Redah Banjir


Assalamualaikum

Masa nak balik rumah dari ukm, su tak sangka pulak hujan turun selebat-lebatnya..sebab pagi tu panas terik bukan main lagi. Tunggu dekat bustop depan ptsl tu pun kena tempias jugak. Bas pulak tak sampai-sampai. Masa tu dah la memang nak kejar waktu. Nak ikut kaklong pergi plaza pantai. Kaklong dah berkali-kali call sebab kredit su habis lah pulak. Tak dapat nak reply sms dia. Mula-mula dia suruh turun kat ofis dia je, kat bangsar. Tapi sebab dah lambat, tayar belakang bas pun su tak nampak-nampak apatah lagi tayar depan kan..su ingat nak turun terus kat kerinchi je.

Tapi tahu apa yang jadi? Su tak pergi jugak akhirnya. Mula-mula frust lah jugak. Sebab su memang semangat kali ni bukan nak ikut je semata-mata. Tak sangka pulak sebab hujan lebat tadi, dah macam banjir dekat stesen ktm tu. Dari tempat su turun bas nak melintas jalan ke stesen ktm, air bukan main deras lagi. Pendek kata memang macam banjir la. Nak dekat setengah jam su tunggu nak melintas sebab tiap kali ada kenderaan lalu je, air tu mengalir dekat kita. Mengalir secara laju-laju ya bukan secara sopan dan santun. Yang paling teruk, ada sorang budak perempuan ni [student ukm jugak su rasa] selipar dia dihanyutkan air. Elok-elok je air bawak depan-depan su je selipar dia tu tapi memang su tak sempat nak ambik la sebab dah la su tengah pegang payung dengan peluk barang lagi dengan air yang deras tu, sekelip mata je selipar dia masuk longkang. Last last dia berkaki ayam sahaja lari ke ktm.

Yang su pulak, terpaksa jugak meredah air sampai basah jeans hingga ke paras lutut. Gila betul. Naik tren buat macam tak de apa-apa berlaku [padahal nampak je orang jeling-jeling] Apatah lagi bila sampai bandar tasik selatan matahari menyilau-nyilau [hahaha kau sorang je yang baru redah banjir kat situ suraiza]

Sebab dah basah habis tu la tak dapat nak terus ke plaza pantai. Balik rumah lepas mandi tidur terus penat redah banjir punya pasal. Heheh

ini bukan su.su tak pakai skirt macam ni la.kekeke
[sumber : google]

070211-happy birthday abah! we love u!


0 comments: