I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, March 29, 2011

gambar berkeping-keping ::1001 Nights:: "GLam0r0us AraBian NigHt"



...al seribu al satu al malam...
sun.20032011.




:: perasmian ::


:: persembahan ::



:: cenderamata ::






:: maaf, kami gile camera! hahaha ::

nampaknya kan, memang tak salah su beli baju warna hijau ni. sebab.....


haa tak salah kan
btw, thanks ryn n nisah

su tak suka hijau..
but my mom n kaklong sangat2 suka hijau
so..tiba-tiba..i do love green too. heheheh

Wednesday, March 23, 2011

kisah kasut tumit tinggi..atau dengan lebih tepat, kasut tumit tajam heheh


BreezeBlackAngelSpikeHighHeels
ini.nama.dia.
lagi panjang dari nama siti suraiza shaari.ok takde kaitan.
sumber google.takkan su punya kut.heheheh
tunggu keje nanti lah nak beli pun.
kalau beli sekarang tah bila la nak pakai.
mau patah tumit tu turun naik tangga.
tapi sumpah cantik sangat lah kasut nih!

assalamualaikum
malam dinner hari tu kitorang pergi dectar dengan shima sebab bf dia bawak kereta. so dah alang-alang duduk kolej sama dan blok pun dah sama kitorang pun tumpang la sekaki dua kaki. hehehe. tapi tapi...keesokan harinya, bf si shima ni tetiba post dekat fb...

klik klik lah nak bagi mata korang tak rabun..nanti rabun karang su jugak yang dipersalahkan hahaaha
[klik untuk tumbesaran besar-besaran]


don't get it?
 .......tak faham lagi? 
hmm...jawapannya ada di sini...

jeng..jeng..jeng..


hehehe. sekian.
cukup lah untuk jadi kenangan dinner tahun akhir kami di UKM terchenta nih ^^,
hahaha


Tuesday, March 22, 2011

gambar.satu.keping : "1001 Arabian Night"


assalamualaikum

oleh sebab hari tu dah cakap pasal baju yang su beli untuk dinner,
and dah kata nak tunjuk..
maka perlu lah su tunjukkan jugak. 
dah janji mana boleh tak tepati 
[tapi hari tu su ada cakap su janji nak tunjuk ke.takde kan.takde kan haha]

takpe.takpe.
tunjuk sikit.

oh tapi tapi
...maaf lah... 
satu keping je yang ada
heheh


untuk gambar yang lebih lebih banyak lagi..
su upload later okeyh! 

coffee oh coffee!


assalamualaikum

pejam celik pejam celik [alhamdulillah masih celik lepas pejam.belum lagi pejam tak celik-celik heheh] dah setahun rupanya su tak minum coffee aka kopi aka nescafe dan yang sewaktu dengannya la. start sem lepas dah tak beli minuman berunsurkan kopi [tapi ada la jugak kadang-kadang mintak tolong izan beli yang dalam tin hahaha] 


ha nisha mesti tak percaya ni. dulu masa sebilik dengan sha kitorang selalu tukar-tukar kopi. hahaha. masing-masing selalu beli macam-macam jenis minuman yang instant tu berunsurkan kopi. dah macam-macam try sebab nak cari yang paling boleh buat kita tak tido malam. hehehe. pearl kacip fatimah la, super power la, power root la, ha pendek kata sume yang power-power je la yang su beli. hahahaha. yela masa tu kalau boleh taknak tido sebab masing-masing nak lumba study. ececece konon-konon la. dah taknak tido tengah-tengah malam nak study la nak wat pe lagi. dah lah tu, kalau su pergi rumah kakak sedara su pun, pergi bantai habehkan stok coffee mix dia. nescafe pun masa tu dah tak lut dah. ngantuk nguap-nguap jugak. katil memanggil-manggil jugak. bantal duk lambai-lambai jugak. hikhikhik. tapi nescafe memang sedap la sebenarnya. eheh


ye ye tau tau ada kafein dalam kopi. tapi bukan kopi je, teh dengan coklat pun ada kafein jugak kan. heheh. hmm tetiba pulak nak cakap pasal kopi kan. tadi masa turun fac nak buat assignment dengan ika, ada sorang kakak ni [student master from indonesia] mintak tolong kitorang jadi responden untuk research dia. so dia bagi questionnaire berkenaan dengan Starbuckssebab tu la su terperasan yang su dah lama tak minum coffee rupanya. isk..isk..isk..


apa-apa pun memang sangat tak sangka berjaya jugak stop minum coffee dan berjaya jugak tak tido sampai pukul 3-4 pagi tanpa minum coffee walau setitik pun. hahaha. bangga dengan diri sendiri nih. heheh. yelah rasanya dulu kalau dah start minum tu tak boleh nak stop la. addicted. mengikut kamus DBP, kafein tu...alkaloid [kumpulan sebatian organik yg mengandungi nitrogen, biasanya beracun dan terdapat secara semula jadi dlm tumbuh-tumbuhan serta digunakan dlm ubat-ubatan] yg terdapat, terutama­nya dlm kopi atau teh dan bertindak sbg pe­rangsang dan agen yg meningkatkan pembuangan air kencing.
sekarang dah kurang minum coffee dan memang dah lama sangat tak rasa coffee. hehehe. nasib baik jugak dah berjaya jaga malam tak minum minuman yang ada kafein. hmm bukan tak boleh minum, boleh...tapi orang kata, kurangkan... ^^,

Sunday, March 20, 2011

Bengkel Latihan Industri : Hari Kejadian [12 MAC]



 sepatutnya ada 3. tapi 1 dah bagi so tinggal 2
dan macam biasa la,..
tiap2 program mesti kena jadi usher+gadis dulang+tukang bagi adiah etc

 1st slot

 2nd slot

slot ketiga

 nampak gemuk dan pendek. haha. suka gambar ni!

 ececece semua tengah fokus tu..

 shahir.raudah.wong.

 oh ini masa praktikal.
praktikal nak makan. haha korang ada?

 err ini masa lakonan...
[teringat zaman asasi dulu-dulu siap masuk studio lagi tuh untuk berdrama]
isk malu malu

 konon-konon 1st day masuk kerja.
alih-alih dah jadi macam jamuan hari raya.
hahahaha

sekian..tamat la bengkel kami.sudah dapat 2 unit dengan jayanya.
alhamdulillah

Friday, March 18, 2011

Bengkel Latihan Industri : Hari-hari Sebelum


 meeting dengan Dr Z

 winda dengan cenderamatanya

cath.zahid.huda 
rehearsal malam 11 mac

 mereka dan banner

 yang di tengah-ainaa

geng MC, KP, TKP, usher etc.

sekian..

nanti su upload pic masa hari kejadian pulak keyh!


Penat cuba tapi tak beli. Hahaha. Ada aku kesah?



Assalamualaikum

Sabtu lepas lepas. Su dengan adik keluar mencari baju dinner. Dia temankan je la. Sebenarnya dah lama su survey. Tapi susah sangat nak jumpa yang berkenan di hati. Orang-orang yang rapat dengan su dan yang selalu keluar dengan su memang dah tau perangai minah sorang ni haha. Terutama sekali cik qida dan cik sepupu su. Sebab dorang kalau teman su shopping je memang tau dah su susah sangat nak dapat apa yang su nak. Biasanya kalau dah jumpa yang su suka tu, tak ada size la…tak sedap pakai la…itu la..ini la..haish masalah betul.

Hari tu, dah berpasang-pasang [atau pun boleh kata berhelai-helai mungkin. tatau la lama dah tak bukak buku penjodoh bilangan] dan berbagai-bagai warna dress, jubah, kaftan, abaya dan yang sewaktu dengannya dah su cuba. Gila betul. Seronok-seronok je try tapi tak beli. Hahahaha. Bukan senang nak buat macam ni. Orang tertentu je berjaya buat. Heheh

Susah la. Ada yang su try, besar tapi size S. Tengok patung tu pakai bukan main cantik lagi. Size L pulak tu. Takkan la su yang kurus sangat [taknak terima hakikat ni.sedangkan akak tu dah kata su memang kurus sangat sangat.sedih betul la.huwaaa]

Finally, lepas banyak kali try and bersusah payah akak tu tolong su nak sarungkan baju-baju tu semua [merujuk kepada pakaian-pakaian yang disebut di atas] akhirnya dapat jugak yang su nak. Sebenarnya su nak pink. Tapi bila dah pakai, nampak macam sangat garang dan sangat over lah pulak. Heheheh. Sebab warna dia bukan hot pink tapi shocking pink. Akak tu pun kata macam tak berapa ok dengan su. So tak jadi yang tu.

Yang su ambik ni memang sangat simple. Warna dia pun jarang orang pakai. Tapi akak tu cakap warna dia sangat-sangat sesuai dengan su. Tak tahu la betul ke tak. Tapi mak pun cakap cantik. Ok bukan mak je, ira, kak long, kak de pun cakap cantik jugak.. Cuma abah je tengok dengan pandangan pelik. eKekeke. Sampai sekarang su tak tau kenapa ahahhaahaha

Tapi tapi tapi…buat masa sekarang tak boleh la nak tunjuk lagi.

Nanti lepas dinner baru su upload gambar ya. Heheheh. Jumpa nanti!

gambar hiasan semata-mata.
tak best ah belog kalau takde post gambar sekali 
hahaha

Saturday, March 12, 2011

tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata

assalamualaikum

malam ni
macam-macam perasaan
gembira..sedih..terharu..tak sangka..
mengejut..terkejut..dan dikejut..

mengapa?
nanti su ceritakan kemudian

alhamdulillah...
yang paling seronok,
akhirnya kami jumpa.
setelah tiga tahun.

dan yang paling paling seronok,
su baru terfikir macam mana agaknya nak jumpa dia dalam masa terdekat ni..dan sungguh lah su tak sangka..akhirnya kami jumpa dua hari selepas su berhubung dengan dia.yaAllah hanya Tuhan je yang tahu betapa su bersyukur sangat dengan kejutan yang tak disangka ni.sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang mungkin tak lagi dapat ditanggung.walaupun sedikit.hanya mampu meminjamkan telinga.semoga kamu tabah.semoga kamu kuat.Allah itu Maha Adil

"tak ada jodoh lah tu nak jumpa" ternyata silap 
sebab akhirnya 11 Mac kita berjodoh jugak (^^,)

kuatkan hati mcr.kita sayang awak sangat2.


Thursday, March 10, 2011

"Aku rasa Sg Nil dan Mesir itu jodoh"


assalamualaikum

su kongsikan penulisan dari seorang sahabat,. ..rya hana diary.. .kami harap sangat tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu seseorang yang sangat kami sayang..semoga kamu tabah dan kuat


"Kenangan lalu menganggu mindaku.gmbr,video dan segala rakaman dia membuatkan aku tiba-tiba sedih dan pilu.bukan niat untuk membuka kembali kisah silam yg telah terukir.cuma diri ini susah untuk melenyapkan segala apa yg bermain diminda.


Satu per satu segalanya kembali segar dalam ingatanku.Kenangan pertemuan bersama dia 4 tahun lalu sungguh membuatkan diri ini terusik.kalaulah dia tidak hadir entah apa agaknya terjadi pada diriku.dialah antara pembakar semgt,peneman aku berkongsi suka,penenang aku tika duka,penolong aku ketika susah..dan dia juga antara insan yg paling memahami diri ini sepanjang kehidupanku.


4 tahun berlalu penuh dgn kisahnya tersendiri.kegembiraan bertemu tapi perjalannya begitu sukar.goyah dengan pelbagai ujian dan cabaran.kekangan terlalu byk menghalang.Betapa sukarnya melalui segala masalah yg bergolak di jiwa.Mencuba bertahan menjalani kehidupan seperti biasa.Perjalanan yg begitu sukar kdg2 mendatangkan rasa sesal.sedih memilih jalan ini. Abis rosak jiwaku,abis rosak cintaku pada Ilahi..


Berkali-kali dan mungkin mungkin juga berjuta kali aku ingin untuk menghentikan segala segalanya.Mahu ditinggalkan dan di tinggalkan.Ingin aku menjadi seperti yg lain,mudah sahaja menolak cinta.Ingin aku buat tidak peduli .namun dadaku sesak memikirkannya.bg aku bukan mudah untuk menyintai seseorang .dan bukan mudah untuk melepaskan begitu sahaja rasa sayang pada seseorg lain.bg aku cinta itu terlalu istimewa.tidak akan ada dua atau tiga…


Aku ingin mencintai seseorg itu dgn tulus hatiku.Aku mahu cintaku mengalir bersama keredhaan dan keberkatan Ilahi.Kerana aku ingin merasai rasa cinta yg lebih indah iaitu cinta Ilahi.Aku ingin hidup keranaNya.melaksanakn segalanya dgn tenang.


dan aku pasti semua insan pastinya menginginkan seperti aku.kerana itu lah fitrah manusia.menginginginkan yg terbaik dlm hidupnya.


Setiap insan pasti akan diuji ttg cinta.namun yg berbeza mungkin pada jalan ceritanya.ada yg duji dgn pahit,ada yg sukar dan ada yg getir.namun persoalannya adakah dgn ujian cinta itu membuatkan kita ini lebih dekat pada Tuhan Yang Maha Esa ataukah kita menjadi lebih jauh dariNya? adakah mencintai cinta dunia itu lebih indah dari mengenali cinta yg lebih hakiki..adakah dgn ujian cinta yg dialami itu membuatkan kita berfikir serta menilai betapa berharganya erti sebuah cinta menurut Islam?oleh itu,tepuklah dada,tanyalah pada diri sendiri.. . 


"Aku rasa sg Nil dan Mesir itu jodoh"


Teringat bait kata ini yang aku baca di blog sahabatku. Bertemu kembali ketika menonton filem ayat ayat cinta bersama adik bongsu tersyg. Ya,bg aku juga memang sg. Nil dn Mesir itu jodoh.Mesir itu sgt indah bersama sg. yg terpanjang di dunia itu.tanpa sg. Nil malam dan siang di Mesir itu bagaikan tidak hidup.kedinginan Mesir masih lagi setia ditemani sg.Nil hingga kini.Tidak pernah ia meninggalkannya.dan tidak pernah ianya kering.sg Nil itu penyejuk hati mesir..Mesir itu sgt memerlukan sg Nil dlm kehidupannya dan begitu juga sebaliknya dan kerana itulah juga aku rasa mengapa sg Nil dan Mesir itu bertemu..


Ah!tiba-tiba aku rindu pada mesir.hembusan angin yg begitu halus di waktu petang,sambil termenung sayu melihat arus sg.Nil bisa membuatkan jiwa aku tenang dari gusar.sunnguh rindu melihat wajah sg.Nil yg sentiasa mengingatkan aku pada kisah Nabi musa yg dihanyutkan oleh ibunya,khuatir anaknya itu dibunuh oleh Firaun laknatullah...


“aku rasa sg. Nil itu juga byk mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran ”


Duhai anis,kuatkanlah!Bahagia itu pasti tiba.


“Ya Allah jika jodohku jauh,dekatkanlah..”


“Jika jodohku sukar permudahkankanlah..”


“Kurniakan aku ya Allah,suami yg solleh,anak2 yg soleh dn solehah,keluarga yg soleh,agar aku dapat mengenal rasa cinta kepadaMu”


“ya Allah kurniakanlah kami syurga Firdaus dan masukkanlah kami kedlm golongan org2 yg Engkau kasihi..”


Aminn.."


Anisezzahzahidi,
23 Feb 2011
3.38pm
Pahang,Mlaysia.


apa yang berlaku biarlah jadi rahsia kami..tak dapat su nak kongsikan sekali.



i keep thinking of you. i know it's hard..but please be stronger than ever. 
we love u!

Wednesday, March 9, 2011

dari kak su dah jadi auntie su pulak! hahaha

assalamualaikum

wah wah wah
punya la lama tunggu nak dapat status auntie ni
hahaha

su baru dapat tau tadi ex-roommate su, nisha..dah selamat melahirkan seorang baby yang sangat comel sangat geram sungguh su tengok nak pergi kiss kiss je baby tu rasanya..

boleh klik link kat bawah 

baby girl ye kawan-kawan..
siapa nak tengok angkat dua-dua belah tangan korang. kalau rasa tak cukup boleh mintak tolong dua-dua kaki sekali hahaha

ini la dia
jeng..jeng..jeng


comel sangat ni
auntie su shaayanggg baby sangat [belum ada nama, panggil baby je dulu heheh] 

wah.wah.wah.
kawan kawan dah ada baby ni.
ish seronok betul.
hahaha.

p/s-congrats sha! su tumpang gembira ^^, tak lama lagi erin pulak  


kak su tak ingat pun...heheheh

Assalamualaikum

Su agak terkejut jugak bila cik nanay post something dekat dinding muka buku su. Ye la lama betul dah tak dengar cerita cik adik sorang ni. Bila pergi belog dia je su tak dapat masuk. Katanya belog tu dah tak wujud. Jadi su pun macam pelik dan konfius la. Sebab su kenal dia pun melalui belog. Mustahil la dia nak men-delete blog dia tu kan. Takkan la. Memang kebanyakan kawan-kawan yang su still contact pun kenal dalam blog. Sebab su pun macam sebok je sejak dua menjak ni, tak sempat lah nak singgah-singgah conteng dinding muka buku dia. Nak sms pun tak teringat walaupun su tau dia dah balik Malaysia sebab kecoh-kecoh isu dekat Mesir hari tu kan. Jadi su tak sangka lah beliau yang akhirnya datang conteng dinding muka buku su dulu. Heheh

boleh klik untuk tumbesaran besar-besaran


Ha baru la su tau kenapa su tak dapat baca belog nanay. Rupanya memang dia dah stop tulis belog. Tapi su rasa dia stop sekejap je ni, untuk sementara waktu je. Mana boleh nanay tak ada belog [kak su kenal kamu dalam belog.mana lah mungkin kamu tak ber-belog.tak seronok lah dunia blogging kak su macam ni.haha]

Dan lagi yang su tak sangka tu, dia boleh ingat lagi janji dia. Sedangkan su memang tak ingat langsung pun dia pernah berjanji dengan su. Hmm… Bagus kan. [bila sebut bagus mesti teringat Bagus coursemate su dari Indonesia tu heheh. selalu ym ym tanya pasal tesis la, assignment la. bila dekat kelas tak cakap pulak. hahaha. musykil betul su]

Maksud su bagus la sebab bukan senang nak jumpa orang yang betul-betul ingat dan pegang pada janji. Sungguh la su hargai sangat orang yang betul-betul ingat janji dia even su sendiri pun tak ingat dia ada janji dengan su [memang la kak su ada bagi kamu something.tapi bukan la sebab nak balasan apa-apa dari kamu.tak pernah terlintas pun.buat segan kak su je la awak ni.heee]

Last but not least, kak su loves you nanay. Jaga ibu baik-baik ^^,