I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, March 22, 2011

coffee oh coffee!


assalamualaikum

pejam celik pejam celik [alhamdulillah masih celik lepas pejam.belum lagi pejam tak celik-celik heheh] dah setahun rupanya su tak minum coffee aka kopi aka nescafe dan yang sewaktu dengannya la. start sem lepas dah tak beli minuman berunsurkan kopi [tapi ada la jugak kadang-kadang mintak tolong izan beli yang dalam tin hahaha] 


ha nisha mesti tak percaya ni. dulu masa sebilik dengan sha kitorang selalu tukar-tukar kopi. hahaha. masing-masing selalu beli macam-macam jenis minuman yang instant tu berunsurkan kopi. dah macam-macam try sebab nak cari yang paling boleh buat kita tak tido malam. hehehe. pearl kacip fatimah la, super power la, power root la, ha pendek kata sume yang power-power je la yang su beli. hahahaha. yela masa tu kalau boleh taknak tido sebab masing-masing nak lumba study. ececece konon-konon la. dah taknak tido tengah-tengah malam nak study la nak wat pe lagi. dah lah tu, kalau su pergi rumah kakak sedara su pun, pergi bantai habehkan stok coffee mix dia. nescafe pun masa tu dah tak lut dah. ngantuk nguap-nguap jugak. katil memanggil-manggil jugak. bantal duk lambai-lambai jugak. hikhikhik. tapi nescafe memang sedap la sebenarnya. eheh


ye ye tau tau ada kafein dalam kopi. tapi bukan kopi je, teh dengan coklat pun ada kafein jugak kan. heheh. hmm tetiba pulak nak cakap pasal kopi kan. tadi masa turun fac nak buat assignment dengan ika, ada sorang kakak ni [student master from indonesia] mintak tolong kitorang jadi responden untuk research dia. so dia bagi questionnaire berkenaan dengan Starbuckssebab tu la su terperasan yang su dah lama tak minum coffee rupanya. isk..isk..isk..


apa-apa pun memang sangat tak sangka berjaya jugak stop minum coffee dan berjaya jugak tak tido sampai pukul 3-4 pagi tanpa minum coffee walau setitik pun. hahaha. bangga dengan diri sendiri nih. heheh. yelah rasanya dulu kalau dah start minum tu tak boleh nak stop la. addicted. mengikut kamus DBP, kafein tu...alkaloid [kumpulan sebatian organik yg mengandungi nitrogen, biasanya beracun dan terdapat secara semula jadi dlm tumbuh-tumbuhan serta digunakan dlm ubat-ubatan] yg terdapat, terutama­nya dlm kopi atau teh dan bertindak sbg pe­rangsang dan agen yg meningkatkan pembuangan air kencing.
sekarang dah kurang minum coffee dan memang dah lama sangat tak rasa coffee. hehehe. nasib baik jugak dah berjaya jaga malam tak minum minuman yang ada kafein. hmm bukan tak boleh minum, boleh...tapi orang kata, kurangkan... ^^,

0 comments: