I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Wednesday, March 9, 2011

kak su tak ingat pun...heheheh

Assalamualaikum

Su agak terkejut jugak bila cik nanay post something dekat dinding muka buku su. Ye la lama betul dah tak dengar cerita cik adik sorang ni. Bila pergi belog dia je su tak dapat masuk. Katanya belog tu dah tak wujud. Jadi su pun macam pelik dan konfius la. Sebab su kenal dia pun melalui belog. Mustahil la dia nak men-delete blog dia tu kan. Takkan la. Memang kebanyakan kawan-kawan yang su still contact pun kenal dalam blog. Sebab su pun macam sebok je sejak dua menjak ni, tak sempat lah nak singgah-singgah conteng dinding muka buku dia. Nak sms pun tak teringat walaupun su tau dia dah balik Malaysia sebab kecoh-kecoh isu dekat Mesir hari tu kan. Jadi su tak sangka lah beliau yang akhirnya datang conteng dinding muka buku su dulu. Heheh

boleh klik untuk tumbesaran besar-besaran


Ha baru la su tau kenapa su tak dapat baca belog nanay. Rupanya memang dia dah stop tulis belog. Tapi su rasa dia stop sekejap je ni, untuk sementara waktu je. Mana boleh nanay tak ada belog [kak su kenal kamu dalam belog.mana lah mungkin kamu tak ber-belog.tak seronok lah dunia blogging kak su macam ni.haha]

Dan lagi yang su tak sangka tu, dia boleh ingat lagi janji dia. Sedangkan su memang tak ingat langsung pun dia pernah berjanji dengan su. Hmm… Bagus kan. [bila sebut bagus mesti teringat Bagus coursemate su dari Indonesia tu heheh. selalu ym ym tanya pasal tesis la, assignment la. bila dekat kelas tak cakap pulak. hahaha. musykil betul su]

Maksud su bagus la sebab bukan senang nak jumpa orang yang betul-betul ingat dan pegang pada janji. Sungguh la su hargai sangat orang yang betul-betul ingat janji dia even su sendiri pun tak ingat dia ada janji dengan su [memang la kak su ada bagi kamu something.tapi bukan la sebab nak balasan apa-apa dari kamu.tak pernah terlintas pun.buat segan kak su je la awak ni.heee]

Last but not least, kak su loves you nanay. Jaga ibu baik-baik ^^,

0 comments: