I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, March 18, 2011

Penat cuba tapi tak beli. Hahaha. Ada aku kesah?



Assalamualaikum

Sabtu lepas lepas. Su dengan adik keluar mencari baju dinner. Dia temankan je la. Sebenarnya dah lama su survey. Tapi susah sangat nak jumpa yang berkenan di hati. Orang-orang yang rapat dengan su dan yang selalu keluar dengan su memang dah tau perangai minah sorang ni haha. Terutama sekali cik qida dan cik sepupu su. Sebab dorang kalau teman su shopping je memang tau dah su susah sangat nak dapat apa yang su nak. Biasanya kalau dah jumpa yang su suka tu, tak ada size la…tak sedap pakai la…itu la..ini la..haish masalah betul.

Hari tu, dah berpasang-pasang [atau pun boleh kata berhelai-helai mungkin. tatau la lama dah tak bukak buku penjodoh bilangan] dan berbagai-bagai warna dress, jubah, kaftan, abaya dan yang sewaktu dengannya dah su cuba. Gila betul. Seronok-seronok je try tapi tak beli. Hahahaha. Bukan senang nak buat macam ni. Orang tertentu je berjaya buat. Heheh

Susah la. Ada yang su try, besar tapi size S. Tengok patung tu pakai bukan main cantik lagi. Size L pulak tu. Takkan la su yang kurus sangat [taknak terima hakikat ni.sedangkan akak tu dah kata su memang kurus sangat sangat.sedih betul la.huwaaa]

Finally, lepas banyak kali try and bersusah payah akak tu tolong su nak sarungkan baju-baju tu semua [merujuk kepada pakaian-pakaian yang disebut di atas] akhirnya dapat jugak yang su nak. Sebenarnya su nak pink. Tapi bila dah pakai, nampak macam sangat garang dan sangat over lah pulak. Heheheh. Sebab warna dia bukan hot pink tapi shocking pink. Akak tu pun kata macam tak berapa ok dengan su. So tak jadi yang tu.

Yang su ambik ni memang sangat simple. Warna dia pun jarang orang pakai. Tapi akak tu cakap warna dia sangat-sangat sesuai dengan su. Tak tahu la betul ke tak. Tapi mak pun cakap cantik. Ok bukan mak je, ira, kak long, kak de pun cakap cantik jugak.. Cuma abah je tengok dengan pandangan pelik. eKekeke. Sampai sekarang su tak tau kenapa ahahhaahaha

Tapi tapi tapi…buat masa sekarang tak boleh la nak tunjuk lagi.

Nanti lepas dinner baru su upload gambar ya. Heheheh. Jumpa nanti!

gambar hiasan semata-mata.
tak best ah belog kalau takde post gambar sekali 
hahaha

0 comments: