I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Friday, April 29, 2011

Penghargaan untuk semua.Saya sudah selesai menjadi pelajar tahun akhir Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa UKM



Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Tesis sudah jilid. 
Dah selamat dihantar ke office pusat pagi tadi. 
Alhamdulillah. 

Proses yang banyak mengeluarkan air mata. 
Proses yang sangat-sangat menuntut kesabaran. 
Proses yang selalu merunsingkan fikiran.

Ya Allah..terima kasih untuk setiap perkara yang dipermudahkan..
Mak..terima kasih untuk setiap kata semangat
Abah..terima kasih untuk setiap ringgit dan rasa selamat
Kaklong dan Ira..terima kasih untuk jadi kakak dan adik yang tak pernah penat

My supervisor..Prof Madya Dr Zarina, terima kasih untuk setiap kelapangan masa, bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan didikan

Pensyarah..Dr Kuik yang bertanya khabar tesis

Rakan-rakan se-program-strategi-dan-hubungan-antarabangsa..terima kasih untuk setiap perkongsian

Roommate..miza..terima kasih untuk gaya ukm

Ika..terima kasih untuk suggest journals and articles pasal Iran nuclear program

Nisah..terima kasih bagi pinjam buku-buku-buku pasal U.S.

Azizah..yang sama-sama mengalirkan air mata..terima kasih untuk tumpangan dan teh ais

Kawan azizah..terima kasih menjadi driver, juga untuk nasi ayam dan muffin

Raudhah..terima kasih berkongsi kedai jilid

Ainaa amira..terima kasih juga men-suggest kedai jilid

Anis ezzah..yang pernah bertanya kabar tesis dan juga untuk ini..

Farok..thanks untuk ‘good luck’ dalam ym

Shahir..thanks sebab men-suggest supaya meng-attach tesis terus ke e-mail sendiri.supaya tak menangis di kemudian hari kalau lappy dan pendrive mendapat penyakit virus [e-mail tempat simpanan paling selamat]

My business partners,kak de dan kak demak..terima kasih untuk setiap ruang

Aunty kedai jilid..thank you so much for editing my thesis [mengikut gaya ukm yang sangat men-stress-kan jiwa raga]

Dan untuk semua…yang terlibat…sama ada secara langsung mahupun tidak…maaf jika tiada nama anda di sini..berbanyak-banyak terima kasih (^^,) hanya Allah yang boleh membalas

abaikan mata panda hahaha





29/4 - angkut barang bawak balik rumah [ampang]
30/4 - balik pahang dengan kak long n her bf 
[jumpa wan dgn atok + pergi kenduri kawen, mak n abah pergi uitm johor ambik ira beserta barang2nya]
1/5 - angkut barang ke ktho
2/5 - pergi tengok tempat LI
3/5 - start LI
5/5 - insyaAllah genap 22 tahun usia penulis blog ini (^^,)



Thursday, April 28, 2011

selepas habis exam terakhir sebagai pelajar degree di ukm


assalamualaikum

wah memang bulan ni bulan yang paling sikit entry. sibuk sangat lah katakan. eceh

tapi dalam kesibukan yang maha hebat tu, sempat lagi pergi PWTC. tujuan hanya satu. HLOVATE! hahaha. novel baru Hlovate dah keluar. yes! yes! yes!

1st day pesta buku hari tu lagi dah tercanguk kat pwtc tu. semata-mata nak dapatkan novel baru dia. tapi bacanya belum lagi. sebuk sangat. 

oh sekarang tesis sudah berjaya disiapkan dengan jayanya. cuma...masih belum jilid.

esok insyaAllah baru nak menjilidkan apa yang patut. banyak sangat halangannya..

semoga Allah permudahkan.. amin..




yang paling-paling-paling best, dapat bookmark beserta Hlovate punya tulisan tangan. gasak lah kalau bukan dia tulis pun sebab memang yakin dia yang tulis. hahahah. seronok sangat sampai sepanjang hari senyum macam orang gila.
err...i heart hlovate ( ^^, )


Monday, April 18, 2011

dua sudah.


assalamualaikum

alhamdulillah. dua sudah. tinggal lagi satu paper. tadi jawab exam bukan main semangat lagi tahu. sebab buat pertama kalinya pergi exam kat ukm ni satu family anta sampai ke dewan exam. hehehe. sepanjang tiga tahun belajar, ni la pertama kali. biasa pergi sorang-sorang naik bas ke jalan kaki ke. dah nak habis belajar ni la baru nak dapat semangat jawab exam berkobar-kobar. pelis la hahaha. lagi satu, paper tadi tak payah jawab essay. buat pertama kali paper law tak payah karang essay u'√≥ls heheheh

ha masalah rumah dan masalah transport untuk praktikal nanti dah setel. yahoOoo!!! tinggal tesis aje la nak kena fokus after paper khamis ni. 

okeyh.

c u later everybody

p/s-menyelitkan gambar dinner. ckit ckit je pun ^^,



 pinjam beg orang semata-mata nak pose.hee

55 tu nombor bertuah.hahaha.tak pernah2 kena time cabutan bertuah.tetiba time no 55 ni dapat pulak.hahaha.yes yes makin jatuh hati dengan nombor 5! 

Saturday, April 16, 2011

terasa jiwa terseksa


assalamualaikum

oh macam ni la rasanya jadi student tahun akhir ya. dengan examnya, tesisnya, parktikalnya, rumah sewanya...adoi...ingatkan senang nak cari rumah...pening dengan macam-macam. tak boleh nak fokus study langsung.. oh ya, dan saya baru tahu macam mana susahnya nak cari rumah sewa untuk dua bulan. ya dua bulan bersamaan dengan lapan minggu sahaja ya. kepada semua pihak yang menolong secara langsung mahupun tidak langsung, mekaseh banyak banyak banyak. saya masih belum jumpa yang berkenan di hati dan di kalbu serta di poket dan di dompet. hahaha. praktikal tak dapat gaji so nak kena cari tempat yang hanya guna wang seminima yang mungkin. ada ke? heheheheh. dan dah dapat duduk kolej, tapi masalah transport lah pulak. hm...

eh eh malam ni ada dinner laaa.............oh tesis! oh exam! kita jumpa after dinner ya. ekekeke


    

Monday, April 11, 2011

satu sudah.

alhamdulillah.
satu sudah. tinggal lagi dua. dan tesis. masih sama.

nak baca buku dekat atas pokok tu. nak duduk situ. betul-betul pokok tu


Saturday, April 9, 2011

stress. banyak sangat undangan hahaha


assalamualaikum

wah wah wah kau orang ingat stress apa? hahaha. daripada minggu-minggu lepas sampai la ke minggu-minggu ini pun masih ada yang menghantar undangan majlis perkahwinan diorang. oh stress memang stress. sampai miza boleh cakap, "su sabar su" hahaha apakah maknanya tu. su stress la. sebab satu pun su tak dapat nak pergi. haish. ada yang dekat pahang and ada yang dekat ampang. masalahnya, masa majlis diorang tu nanti su takde dekat pahang mahupun ampang sebab masa tu su praktikal. dan su tak buat praktikal dekat ampang atau pahang ya. hehehe. sebab tu la stress. bukannya sebab tengok orang lain nak kahwen jadi stress. gile. tak penah dibuat orang. hahaha. err melainkan kalau kau jeles la orang tu dah kahwen dulu sebelum kau...hikhikhik

cantik sangat-sangat-sangat ni

p/s-stress dengan tesis tak siap2 di saat final exam makin dekat. 


Tuesday, April 5, 2011

Entry of April

Assalamualaikum

Bulan ni memang su tak dapat nak rajin-rajin update belog laju-laju kerana......
1- tesis saya masih terkontang-kanting. kena submit 22 April
2- final exam start minggu depan 11 April
3- esok ada hari kerjaya dan ada interview dan kena jaga orang interview. apakah?
4- ada dinner lagi 2 minggu...pusat punya dinner pulak...tiba-tiba rasa macam tak jadi nak pergi [confirm ika ngamuk]
5- latihan industri bermula seminggu selepas paper terakhir

su sangat nervous untuk semua benda. sangat takut kalau apa yang diimpi tak dapat. sangat risau kalau benda tak jadi macam yang dibayangkan. sangat perlukan semangat. sangat perlukan bahu.

yaAllah..i miss home..i need my mom..my abah..my kaklong..my adik..my bantal 'wangi'....and all my cats as well...

yang entah di mana. i miss u. yes. i do.