I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, May 26, 2011

Dapat call from…..hmm


Assalamualaikum

Dah sebulan rupanya su praktikal. Langsung tak terasa macam sebulan yang bersamaan dengan empat minggu tu. Sekejapnya masa berlalu. Betul ke satu hari dua-puluh-empat jam sekarang? Ke dah makin berkurang cuma kita je yang tak pernah nak perasan? 

Minggu depan dah nak kena pindah division. Masuk dekat bahagian dasar pulak. Kakak kat sini cakap nanti dekat sana boring, tak buat apa. Tapi tu la. Boring boring pun sekejap je dah habis sebulan. Tak sedar pun.

Tiba-tiba tadi dapat call dari Majalah UKM. Kalau tak salah, majalah redaksi ke apa dia sebut tadi. Hari tu memang ada nombor tu call tapi tak sempat berjawab. Tengok tengok aje dah missed call. Takde pulak terasa nak call semula. Alih-alih dia call balik hari ni. Tak ingat la su pernah cakap ke tak pasal interview tu kat blog ni. Tapi masa 1st sem hari tu [1st sem final year] ada lah sorang kawan blogger yang jugak student ukm cakap nak interview su pasal blogshop @ bisnes online di kalangan student untuk majalah ukm tu la. Dan caller tadi tu cakap nak buat 4 Jun ni kat Putrajaya sekali dengan 4 blogger lain.

Tapi su belum confirmkan sebab biasa kalau weekend ni ada je la kerja sosial dalam kurungan aktiviti sosial yang nak kena buat. HAHAHA. Sejak dah mula praktikal ni la terfikir nak buat benda benda luar alam bagai. Kalau tak weekend tu sama je macam hari-hari lain. Sekarang ni dah berbeza ok. ‘I LOVE WEEKEND’ je memanjang. HAHAHAH.

Nak kena confirmkan dalam minggu ni jugak laa…On ke Off?

Cop! Maknanya kalau kena interview dek majalah ukm tu kira luar alam jugak ke? haha

Saya suka la orang friendly friendly dengan saya sebab saya ni penyenyap. Lebih kurang macam pepijat tu jugak la. HAHAHAHAH

Macam biasa, tak best lah takde gambar kan.
Saja letak gambar ni sebab nostalgia ya kawan-kawan. 
Unik pun unik. Ecece
Ni gambar masa su first year kat UKM. Gambar kelas.
Su duduk paling depan, tiga dari kiri.

p/s - nanti su update story pasal interview tu [kalau jadi] okeyh! hari ni su dengan ika puasa. terkejut kakak2 ofis. dah la diorang siap bawak nasi lemak ajak makan sekali pagi ni. huish nasib baik puasa kan…hehehe. dapat jugak merasa berpuasa dan berbuka puasa dengan cik ika kita ni. yela sebelum ni kolej lain lain. sorang hujung sebelah timur, sorang lagi hujung sebelah barat. mana nak dapat sambut puasa sama-sama hahaha 

Tuesday, May 24, 2011

Kami adik-beradik lain mommy lain daddy


Assalamualaikum

Tahu tak hari tu masa bos datang jumpa su dengan ika, tiba-tiba dia tanya “Korang berdua ni adik-beradik ke?” Kitorang pun menggeleng-gelengkan kepala. Lepas tu dia senyum. Hahahaa. Motif?

Satu hari yang lain pulak su dengan ika pergi café kolej untuk dinner. Masa tengah order tu kan, tiba-tiba [tiba-tiba lagi HAHAHA] abang café tu tanya, “Kalian ni bersaudara?” Errr……su pun cakap tak. Ika pun cakap bukan. Lepas tu dia kata lagi, “muka mirip sekali.” Hahaha.

Dulu masa dalam lecture, Dr Azizan pun selalu perli perli kitorang. Sebab apa? Sebab kitorang senyap, lepas tu selalu duduk tempat yang sama dalam lecture class tu, and biasanya mesti duduk sebelah sebelah. Kalau nak tukar tempat duduk tu, pergi duduk sebelah orang lain ke, memang jarang la. Dia mesti cakap, “Korang tak pernah tukar tempat duduk ke?” HAHAHA lagi. Tu belum masuk lecturer yang suka hati je tukar nama kitorang. SITI suraiza jadi NUR suraiza. Yang NUR zulaika boleh jadi SITI zulaika. Elok sangat lah tu. Bunyi pelik je. HI.HI.HI.

Sekarang ni dekat ofis je mesti selalu kena tegur sebab pakai-baju-sama-warna. Bos pun penah tegur jugak tu. Pendek kata ada la staff yang tegur. Uish kitorang pun kadang-kadang tak pernah perasan pun baju kurung yang dipakai tetiap hari tu sama colour ke tak. Camane la orang lain boleh nampak. Tapi yang peliknya, takde lah kitorang plan nak pakai baju sama colour pun. Biasanya kitorang iron baju untuk seminggu terus, kalau rajin lagi iron untuk dua minggu  terus. Haaa masa nak pakai tu pulak takde lah nampak orang tu pakai baju warna apa. Main pakai je. Sekali tersama lah pulak kan. Heheheh. Kadang-kadang tu, baju tak sama colour cuma tudung je warna lebih kurang pun dikata sama jugak. Tak faham sungguh la. Haha. Siap ada komander yang kat ofis ni tak percaya. Dia kata su dengan ika plan nak pakai baju sama. Isk betul la kitorang tak penah plan pun. Sila la percaya.

Sampaikan kitorang decide nak plan awal-awal esok nak pakai baju warna apa supaya tak sama warna. Hahaha dahsyat tak dahsyat kitorang pilih baju sekarang.   


biru.kebetulan.

hijau. memang sama sebab tiap2 jumaat sekarang dah pakai hijau

sorang maroon.sorang merah.tapi still dianggap sama warna gak.isk lain laaa

ni yang biru tadi.hari yang sama ya.bukan hari lain sengaja pakai sama lagi tau.bukan.haha

with jo.comey kan.kan.
masa ni tengah tunggu driver mai amik nak p keje.hehehe

baju yang jo pakai ni su tolong iron-kan sebab rumet dia dah pesan,mintak tolong su iron.saja nak kecoh.ada aku kesah?hahahahaha

masa ni pun tengah tunggu driver jugak.hahaha
[baru praktikal dah pakai driver.keje nanti pakai apa agaknya.pilot mungkin.hihihi]


First presentation.But not as a student.


Assalamualaikum

Hari tu su ada kata nak story pasal first presentation su dengan ika kan. tapi tak cerita cerita pun lagi. hehehe sorry ya

Susah la bila dah start kerja ni, macam tak cukup masa je. Eceh. Kau ingat kau doktor, majistret, lawyer? HAHAHA.

Mula-mula just story sikit pasal tajuk yang kitorang dapat tu. Kira face to face dengan supervisor sorang tu je la. Ingat kan itu la presentasinya. Sekali kena present dalam meeting room. Tak sangka lah pulak kena buat pembentangan yang betul-betul pembentangan. Secara formal ya. Dengan bos dan staff ofis yang PTD PTD semuanya tu. Haih patut lah suruh siapkan powerpoint bagai.

Dah kata pulak masuk bahagian maritim ye tak. Kalau tak cakap pasal maritim tak sah kut. Hehe. Tapi ye la, kitorang dulu memang lah ada jugak belajar pasal maritim and UNCLOS ni semua tapi tak de la detail pun. Tahu-tahu macam tu je la. Sekali nak kena present pulak pasal isu maritim dekat depan expert expert semua. Memang ‘kena’ aje lah jawabnya. Nak buat camane. Memang tak mengkaji yang betul betul mengkaji pun. Belasah je laa

Untuk tugasan pertama ni, su buat pasal Pulau Tekong. Ika buat Selat Melaka. Memanglah banyak salah. Fakta tak tepat, tak betul…itu ini salah. HAHAHA. Kan dah kata, diorang expert ok isu-isu laut dan maritim ni. Kitorang punya study lebih focus pada conflict, war, policy, terrorist, hubungan negara, etc. Takde lah sangat masuk dalam laut. Heheheh

Lepas habis present, ada lah bos comment sikit pasal slide, pasal content, apa yang kurang, apa yang perlu. Tapi…ok la sebab diorang pun cakap ok. Siap tepuk tepuk tangan lagi. HAHAHAH.  

Tugasan yang seterusnya kena buat pasal Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan and Ligitan. Macam mana ICJ setelkan isu-isu ni. Tiba-tiba kan kena buat jugak pasal Pulau Pisang. Ala pulau yang dekat Pontian tu. Ni kalau bukan orang johor memang tak tahu agaknya. Tapi su bukan orang johor pun tau je. Hehehe. Dah kena study pasal pulau tu maunya tak tau. Kut kena present jugak karang nak kata apa ye tak. Tapi yang ni belum present lagi la. Mungkin minggu ni kut sebab dah minggu akhir kitorang kat sini. Lepas ni nak kena turun bawah pulak. Sambung lagi sebulan kat BKD. Lepas tu habes…

Nak kena cari keghoje pulak ya. Owh saya dah besar! HAHAHAHAHA

Monday, May 23, 2011

birthday oh birthday!


assalamualaikum

tahun ni punya birthday celebration sangat best dan takkan dilupakan sebab disekalikan dengan birthday mak and abah jugak. walaupun birthday abah bulan februari, tapi masa tu kitorang tak sempat celebrate sebab masa tu masing-masing sebok sesangat. so bawak ke bulan mei yang disekalikan dengan birthday su 5hb and birthday mak 8hb. oh tak lupa juga, disekali-arung-kan dengan mothers' day. heheheh

thanks kak long, 'future-abang long' and ira


[gambar ni memang sengaja di-blur-blur-kan.jangan betulkan kacamata anda.heheh.]


Ditindih a.k.a. kena tindih. Bukan tuntutan bertindih ya. Bukan!



Assalamualaikum



Entry ni rentetan daripada post su yang ni mukadimah dulu boleh kan? Punya la lama amik masa nak post entry ni sebab tak jumpa-jumpa masa yang sesuai nak tulis cerita pasal tu. Sorry ya. Ni sekarang ha baru jumpa. HEHEHE.

Hari tu cukup seminggu su pindah kolej baru and start LI. Dan untuk weekend yang pertama, su tak balik rumah sebab nak kena buat preparation untuk first presentation kitorang. Kalau balik rumah, mood untuk buat kerja-kerja ni semua memang tak pernahnya nak ada. HAHAHA.

Ok nak dijadikan cerita, hari sabtu malam ahad minggu pertama su duduk bilik baru di kolej baru tu adalah satu kejadian berlaku. Sebenarnya satu hari tu memang su dah rasa lain dan kebetulan, ika merangkap su punya teman se-bilik dan se-LI pun cakap su macam pelik je sepanjang hari tu. Malam tu, su pergi tandas lebih kurang dalam pukul 1.40 pagi. Su pergi seorang diri sahaja ya sebab memang dah terbiasa pergi tandas sorang-sorang pukul 2-3-4 pagi ni. Balik je dari toilet, su dah mula menguap [tiba-tiba je padahal sebelum tu takde la rasa nak tidur pun], rasa mengantuk yang sangat-sangat-sangat mengantuk sampai mengalir-ngalir airmata den. HAHAHA. memang dah tak boleh nak bukak mata langsung. Terus tutup lappy dengan tak cakap good night kat su punya roommate ni, laju je pergi tidur [biasanya su akan cakap su nak tidur]. Entah bila su terlelap pun su tak sedar [biasanya sebelum tidur mesti baca ayat kursi dulu tapi malam tu langsung tak baca apa-apa].

Sedar-sedar je, su tak boleh bergerak and I can see ika atas katil dia tengah mengadap lappy. Tapi su tak boleh panggil dia, suara macam tersekat dan su dapat rasa ada ‘something’ atas badan su [berat dan macam susah nak bernafas] and I can see ‘some-curly-black-hair’ at the same time. Dan su ada dengar ‘bunyi’ dekat tepi telinga. Err…..yang su ingat, su cuba sebut ALLAH tapi tak boleh dan su dapat rasa mulut su terbuka tapi suara tak keluar.. Su ingat su sebut “TOLONG” dua kali but still, ika can’t hear me. Tapi lepas tu su berjaya jerit “IKA!” For the second time I called her, baru la dia bangun dari katil dan su nampak ika datang dekat su. Bila ika dah dekat, terus su boleh gerak [my bulu roma berdiri ok sekarang ni.HAHAHA.nasib baik dekat rumah ni ha].

Lepas tu, baru su dapat sebut “ALLAH” dan su ingat su cakap dekat ika, su takut. Secara automatik, terus capai handphone dan bukak surah yasin. Lama su senyap atas katil. Su nampak ika pandang su. Sampai la ika tanya, “su, nak tidur bawah tak?” OK. Masa ni baru lah su bangun, su duduk atas katil, su nangis. Tindakan drastik lagi sekali. Sebenarnya su macam bingung dan blur blur sikit. Otak macam nak memikirkan balik apa yang jadi tadi tu. Sambil menangis atas katil tu, su cerita dekat ika. Tiba-tiba su rasa lain, terus melompat atas katil ika [jangan bayangkan su melompat teruk-teruk,bayangkan su melompat manja-manja gitu.HAHAHA]. Tindakan automatik lagi, tengah-tengah malam tu, dah pukul 2 lebih kalau su tak silap, terus call mak tapi abah yang jawab sebab mak dah tidur. Terkejut abah tengah-tengah malam anak dia call nangis-nangis macam tu. Lepas tu abah pass fon dekat mak. OK masa tu dah rasa nak balik rumah time tu jugak. Macam-macam perasaan ada. Konfius. Takut. Semua la.

Ika kata dia dengar su cakap ‘tolong’ dan su panggil nama dia, tapi dia ingat su mengigau. Sebab mula-mula dia tak dapat faham apa yang su sebut. Tapi masa dia dah datang dekat su, dia kata mata su terbuka tapi nampak mata putih je. Haa…..Takut ok. Sebab tu la su kata su boleh nampak dia. Su nak gerakkan tangan, nak lambai dia, tapi tak boleh. Suara pun tersekat-sekat. Masa tu su tau su sedar sebab su boleh berfikir dan su harap sangat ika datang kat su dan tak takut dengan su. Kira memang su sedar lah kan kalau su boleh fikir benda tu semua. Hmm…lepas tu, sampai ke pagi memang tak boleh tidur padahal dah berkongsi katil dengan ika.

Sepanjang hari esoknya, su dah rasa tak selesa duduk dalam bilik tu. Sampai dah tak berani langsung nak duduk dekat meja study pun. Tumpang meja ika. Lepas kejadian tu nak kemana-mana pun kami pergi berdua. Sebab bilik yang su duduk sekarang ni bilik coursemate su dulu, so pagi tu su call dia. Mana lah tau kalau dia tau apa-apa kan. Mula-mula shud tanya, su dengar cerita daripada siapa? Tapi bila su kata su yang kena sendiri, shud pun cakap bilik tu memang ada ‘sesuatu’. OH. OK. Bilik tu memang ada. Shud cakap dia pun selalu kena jugak dulu tapi tak seteruk macam su. Dan mungkin sebab su dengan ika ‘orang baru’ dekat situ, biasa la kan. Lagi satu shud kata mungkin su stress kut sebab masa dia kena dulu pun time sebok dengan assignment and masa minggu-minggu nak final. Su rasa memang salah satu puncanya sebab su stress lah kut. Beberapa hari sebelum tu, kalau tak silap masa birthday su…..su ada call mak dan secara tak sengaja meluahkan perasaan tertekan dengan beberapa masalah yang buat su menangis teresak-esak dalam fon tu. Sampai cik ika yang mendengar pun menangis jugak. Haih masalah sikit je menangis kan HEHEHE. Baru LI 2-3 hari je tu dah rasa stress bagai [rasanya pertama kali su menangis masa hari jadi huhuhu spoil hari jadi mood je kan.isk]

Sepanjang hari ahad tu, fon memang tak berhenti berbunyi. Kalau bukan call ada je sms yang masuk. Semua duk tanya su ok dah ke. Ada apa-apa lagi ke dalam bilik tu. Su jangan risau. Selalu baca quran, baca yasin. Mak pesan next time jangan pergi toilet sorang-sorang kalau dah tengah malam tu, tutup kepala. Baca doa. Jangan nak berani sangat. Tempat orang bukan tempat kita. Fatimah pun suruh kitorang hati-hati sebab dia pun duduk kolej ni jugak dulu. Mak, shud, jo, kak suhaili……..semua kata jangan stress stress. Haa pendek kata, banyak lah nasihat yang su dengan ika dapat after peristiwa tu. Dan sejak tu jugak, su dah tak tidur lagi dalam bilik tu. Kitorang tidur bilik raudhah dengan jo. Nak baring-baring atas katil tu pun, su ambik masa seminggu dua jugak. Bukan apa, terbayang-bayang lagi benda yang jadi tu.

Alhamdulillah. Sekarang memang dah betul betul ok tapi kalau nak kemana-mana tu masih lagi bertemankan cik nur zulaika la. HEHEHEH

p/s-sayu hati tengok berita kejadian tanah runtuh kat rumah anak yatim hulu langat tu. salam takziah. al-fatihah

Thursday, May 19, 2011

alahai...


assalamualaikum

maaf la. 
sejak bermenjak menjak ni memang jiwa penuh cinta. 
hormon kacau bilau dan kurang stabil agaknya. 
maka beginilah jadinya. 
entry juga penuh cinta.
hahaha



Monday, May 16, 2011

balik awal


assalamualaikum

sungguh la tak sangka ramai yang ambil berat rupanya. hari ni su dengan ika balik awal sebab ada masalah yang memang betul-betul masalah. dah lama tak kena masalah macam ni. dah la supervisor dengan bos tak ada. jadi terpaksa jumpa seorang kakak staff untuk balik awal. siap tanya kitorang lagi macam mana kitorang nak balik, ada kereta ke tak. baiknya laa..... [sebab dorang memang tahu kami tumpang kawan.so kalau dah balik awal tu, macam mana nak balik agaknya kan]. tapi sebab ika dah terdesak sangat, so kitorang amik teksi je la. tak sempat nak call siapa-siapa mintak tolong

dan bila dah balik...sungguh ramai pulak yang bertanya kenapa kami balik awal dan macam mana kami balik, naik apa. masa dah on the way balik tu, sempat sms ainaa bagitahu yang kitorang dah balik sebab kalau ikutkan petang tadi kitorang sepatutnya balik dengan dia. tapi kitorang dah keluar awal pulak dan ainaa pesan, "Elok2." dan petang pulak, sorang kawan tanya dalam ym macam mana su dengan ika balik petang tadi dan beliau sangat mengasihani kitorang [tak pasti kenapa hehehe] tapi hari tu dia hantar kitorang balik jugak sebab palie balik lambat. minggu lepas memang tiap-tiap hari orang lain yang tolong hantar. tapi bila fikir balik......rasa macam budak-budak pun ada jugak. hehehe

mana taknya..semua macam risau kalau kitorang balik sendiri. siap tak bagi naik teksi lagi tu. kadang-kadang rasa macam adik yang kena dengar cakap abang dan jugak macam anak-anak yang kena dengar cakap bapaknya. hahahahaha. tapi kitorang pun faham la, sebab kami perempuan. macam mak selalu pesan, setiap kali keluar tak kisah la kemana pun jangan lupa baca ayat kursi.

tapi......memang su tahu semua orang pun baik hati sangat...ehehehehe

 gambar suka suki.comel sangat ni

16 Mei~

assalamualaikum

selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu tersayang. semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan diberkati Allah SWT selalu. termasuk mak dan abah yang mendidik kak ngah sampai lah kak ngah jadi kak ngah yang sekarang ni. mak dengan abah pun cikgu saya jugak (^^,)

antara cikgu sekolah rendah dan menengah yang dah reply wish dekat fb. biasanya su wish by fon tapi sebab kredit pun ala segan mati tak mahu, kita ber-fb je la ye. kekekeke
oh ya, untuk kawan-kawan yang bakal bergelar 'cikgu', selamat hari guru jugak ya...zakiah, nurul, amalina, sihah, emma, zalina, shima dan lain-lain. ramai sangat tak ingat dah siapa lagi yang bakal bergelar guru. heheh.
selamat hari cikgu jugak untuk eteh, abang long dan kak long naim 


Sunday, May 15, 2011

angau


assalamualaikum

you know what..i told my mom 'bout him!
and still..i just can't believe it hahahha

malunya la........hish

Saturday, May 14, 2011

ceritera hati

assalamualaikum


untuk sayang su yang mungkin tengah bersedih sekarang atau mungkin kamu dah berjaya melupakan dia...ini untuk kamu. jangan sedih sedih lagi ok. tiba-tiba pulak kita ingat kat awak mcr. rindu sangat! (^^,)

"kita mungkin menangis kerana telah menyayangi orang yang salah dan segera ingin melupakannya, namun satu hal yang jangan pernah dilupakan iaitu KESALAHAN dan KEKHILAFAN itu menjadi pengalaman berharga untuk membantu mencari orang yang benar-benar tepat untuk DICINTAI dengan IZIN-NYA..INSYAALLAH" 

[mungkin ini untuk diri sendiri jugak kut.heheh]

macam biasa.klik pada gambar eh


“Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas. Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu. Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.”

“Tak perlu kau dengar kata orang, tak perlu kau tanggapi sikap orang, tak perlu kau lihat apa yang orang punya, lihatlah aku…aku mencintaimu bukan kerana “SEMPURNAMU”, tapi kerana “APA ADANYA DIRIMU”…kekuranganmu semakin menguatkanku untuk menutupinya dan kelebihanmu akan kujadikan sebagai penutup kelemahanku..”

Jangan pernah bilang CINTA jika kamu tidak peduli dan jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya kebohongan. Hal yang paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya..


Wednesday, May 11, 2011

mukadimah dulu boleh kan?


assalamualaikum wbt

hai semua. eceh bajet ramai yang baca la ni. HAHAHA. su tak sempat update beberapa hari ni sebab agak sebuk dan agak stress dan agak penat jugak. sebenarnya ada cerita misteri nak cerita. tapi nanti dulu lah sampai su rasa su betul betul ok dan selesa nak cerita pasal tu. mungkin ramai yang dah kena. tapi tak sangka sangat su boleh terkena jugak dekat sini. maybe sebab tempat baru kut [su duduk kolej lain sekarang]. ha ada jugak story pasal su punya presentation semalam. yaAllah scary sungguh. pertama kali buat pembentangan depan boss and semua staff kat situ. tak pernah terfikir pun masa intern kena buat presentation. 

ok..nanti su sambung. ngantuk!



Saturday, May 7, 2011

from malaysia with ♥ : anis ezzah zahidi


terima kasih nis untuk entry birthday ni :)

sekilaspandangan.blogspot.com
atau boleh klik . ..rya hana diary.. .


[klik dekat gambar untuk tumbesaran besar-besaran]

kalau tak tahu su praktikal kat mana, entry ni boleh tolong bagi korang tahu :)


assalamualaikum

3/5/2011 - hari melapor diri ke organisasi untuk latihan industri atau dengan kata mudahnya 'praktikal'

janji dengan palie pukul 7.15 pagi. semangat sangat nak masuk kerja. eceh. tak la semangat sebenarnya. sengaja keluar awal sebab nak pergi makan dulu. lepas tu nanti kalau traffic jam ke apa tidaklah susah di kemudian hari kan. 

ha su internship kat sini..
memang lokasinya dalam bangunan ni..

mula-mula sampai je dah salah pagar. mana lah tahu nak masuk pagar mana satu. besar sangat. tapi akhirnya berjaya jugak jumpa pagar yang betul hahaha. lepas tu kena tinggalkan ic and masuk guna pas dan kena turun tangga lepas tu naik tangga pulak. jalan sikit baru jumpa pintu masuk bangunannya. mencabar fizikal betul. heheh. so masuk lah sendiri dalam keadaan blur blur dan muka tak tahu apa-apa tu. nasib baik berdua. kalau bertiga, ber-empat, berlima...lagi lah bagus kan. hee

bila sampai dekat lif, ada orang tegur dan tanya nak ke mana. agaknya dia perasan kitorang tengah tercari-cari terjenguk sana terjenguk sini. akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju. tapi sebelum masuk kena tulis nama dulu. sebab guna pas pelawat je kan. rasa macam nampak ramai sangat polis la dekat sana. bukan rasa lagi dah, memang ramai pun. hehe. kat sini memang ramai pengawal keselamatan@polis. mula-mula kena lapor diri dekat bahagian pengurusan. lepas dengar briefing dan kena temuduga sikit [neves oi neves. ops piramid semua keluar hahaha] and buat finger print semua, kitorang pun dibawa ke division yang sepatutnya. untuk 2 bulan ni, kitorang kena masuk 2 bahagian yang berbeza but still bersama-sama. kalau tak faham, faham kan jugak. haha. nak dijadikan cerita, rupa-rupanya yang menegur dekat lif tadi tu bos kat first division rupanya. kebetulan sungguh la 

sorry ya. terpaksa blur kan yang tepi tepi tu. sulit. heheh

kesimpulannya, untuk praktikal ni...kitorang akan dapat jadual kerja tapi belum dapat lagi la. buat masa sekarang, kena buat assignment sikit pasal isu-isu maritim dan lepas tu kena buat presentation. dah lepas satu presentation. isnin ni ada lagi satu. lepas tu kena tolong Kak L buat report untuk website organisasi. pun isnin ni jugak kena siap. so, bila dah mula kerja........rasa sangatttt sayang sabtu dan ahad. tak sabar-sabar menunggu weekend. hahahha.

cantiknya ^^,

yang dinanti bukanlah putera raja ^^


assalamualaikum (^^,)
kat sini ada 'sesuatu' yang su rasa penting nak dikongsi bersama




"to love someone not by finding the perfect person, but seeing an imperfect person perfectly!" 


"yang dinanti bukanlah putera raja tetapi seorang putera agama...
yang dinilai bukanlah sempurna sifat jasmani asalkan sihat rohani dan sempurna hati...
yang diharap bukan jihad pada semangat asal perjuangannya ada matlamat...
yang dinanti bukan cinta couple cukuplah akad dan janji setia...
dan yang akan terjadi..andai tidak sama dengan kehendak hati tetap akan kuredha dengan ketetapan Ilahi"


jumpa nanti!

Friday, May 6, 2011

Senarai 5-5-11

assalamualaikum

entry ni semata-mata nak men-terima-kasih-kan mereka mereka yang wish birthday su semalam. terima kasih! thank you! muchas gracias!

mak call and message,
sms mak berbunyi begini [eceh macam ayat novel lah pulak] - "assalamualaikum.selamat hari jadi.mak doakan angah dipanjangkan umur,murah rezeki.lepas ni dapat kerja yang baik.dan dapat ___ yang baik dan soleh.amin..." [sweet je mak kita wish birthday kan.siap mintak menantu soleh.heee]

dan macam biasa la.....abah, kak long dan bf-nya, ira and mak usu mesti lah wajib wish pada hari kejadian.haha

ika, orang pertama yang bagi hadiah birthday tahun ni.

cousin - noli, tiara, teha, deera, qilah, shatima, shahrizuan [via sms n fb]

antara yang terawal...ainaa, jo, raudah, palie, huda, amir

tak lupa jugak yang dekat fb. tak menang tangan dibuatnya [ceh ceh bajet artis hahahaa] beratus-ratus yang comment. semuanya su cuba reply and like all the greetings. tapi tak semua ada dekat sini tau. sorry kalau ada wish yang su tak letak kat sini. banyak sangat sampai tak termampu nak printscreen semuanya. heeee. mekaseh banyak banyak 

dapat diperhatikan ada lagi perkataan 'kawen' di situ haha









ada suraizi wish birthday suraiza la heheh





sila beri perhatian...sweet friend ok! jangan jeles hahaha


lagi sorang menyebut perkataan 'kawen' heheh






amin...
su suka sangat birthday wish yg ni.


 ucapan-ucapan yang terbaik! =))
thanks zakiah! hensem tu penting. eh tak tak. gurau je! hahahaaha
mahu yg soleh supaya anak2 nnt jadi soleh dan solehah juga *blushing* 

 cikgu pun cakap benda yang sama?? cepat bertemu jodoh?? heee

 memang takkan lupa sampai bila-bila kenangan dengan izan ni. kena kejar dengan monyet. kena pegang dengan monyet. kena gigit dengan monyet...semua masa su duduk sebilik dengan dia. lepas tu selalu bawak su naik motor. pergi pasar malam la. pergi mandi kat keris mas masa ibu zain takde air. pas tu hantar su exam masa tu exam jauh dekat ktams, malam2 pulak tu. pergi ktm pun naik motor sebab nak pergi bukak puasa dekat mid. thanks izan

 leya harun was my classmate and suhaila, my ex-roommate @UiTM

 mieza ni roommate su yang terakhir masa su duduk ibu zain

 kat sini korang boleh tahu su praktikal dekat mana
belum pernah bagitahu lagi kan...
haaa su praktikal kat situ la :)

[abaikan languages tu.saja ja.heheh] 
thanks nis! :)

 hah yang ini bermula daripada rentetan sms-sms yang beliau hantar,
"tu la nombor aku tak pernah save kan.haha.ce teka.ce teka"
[lepas su tanya siapa ni]
"mesti unexpected siapakah diriku ni"
"wah bila la aku tukar jantina ni"
[sebab su ingat kawan su, nurul. nombor macam nak dekat sama je haha]








oh ya, ada lagi sorang..thanks asmazakirah!


thank you everyone!
may Allah bless