I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, May 16, 2011

balik awal


assalamualaikum

sungguh la tak sangka ramai yang ambil berat rupanya. hari ni su dengan ika balik awal sebab ada masalah yang memang betul-betul masalah. dah lama tak kena masalah macam ni. dah la supervisor dengan bos tak ada. jadi terpaksa jumpa seorang kakak staff untuk balik awal. siap tanya kitorang lagi macam mana kitorang nak balik, ada kereta ke tak. baiknya laa..... [sebab dorang memang tahu kami tumpang kawan.so kalau dah balik awal tu, macam mana nak balik agaknya kan]. tapi sebab ika dah terdesak sangat, so kitorang amik teksi je la. tak sempat nak call siapa-siapa mintak tolong

dan bila dah balik...sungguh ramai pulak yang bertanya kenapa kami balik awal dan macam mana kami balik, naik apa. masa dah on the way balik tu, sempat sms ainaa bagitahu yang kitorang dah balik sebab kalau ikutkan petang tadi kitorang sepatutnya balik dengan dia. tapi kitorang dah keluar awal pulak dan ainaa pesan, "Elok2." dan petang pulak, sorang kawan tanya dalam ym macam mana su dengan ika balik petang tadi dan beliau sangat mengasihani kitorang [tak pasti kenapa hehehe] tapi hari tu dia hantar kitorang balik jugak sebab palie balik lambat. minggu lepas memang tiap-tiap hari orang lain yang tolong hantar. tapi bila fikir balik......rasa macam budak-budak pun ada jugak. hehehe

mana taknya..semua macam risau kalau kitorang balik sendiri. siap tak bagi naik teksi lagi tu. kadang-kadang rasa macam adik yang kena dengar cakap abang dan jugak macam anak-anak yang kena dengar cakap bapaknya. hahahahaha. tapi kitorang pun faham la, sebab kami perempuan. macam mak selalu pesan, setiap kali keluar tak kisah la kemana pun jangan lupa baca ayat kursi.

tapi......memang su tahu semua orang pun baik hati sangat...ehehehehe

 gambar suka suki.comel sangat ni

0 comments: