I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, May 26, 2011

Dapat call from…..hmm


Assalamualaikum

Dah sebulan rupanya su praktikal. Langsung tak terasa macam sebulan yang bersamaan dengan empat minggu tu. Sekejapnya masa berlalu. Betul ke satu hari dua-puluh-empat jam sekarang? Ke dah makin berkurang cuma kita je yang tak pernah nak perasan? 

Minggu depan dah nak kena pindah division. Masuk dekat bahagian dasar pulak. Kakak kat sini cakap nanti dekat sana boring, tak buat apa. Tapi tu la. Boring boring pun sekejap je dah habis sebulan. Tak sedar pun.

Tiba-tiba tadi dapat call dari Majalah UKM. Kalau tak salah, majalah redaksi ke apa dia sebut tadi. Hari tu memang ada nombor tu call tapi tak sempat berjawab. Tengok tengok aje dah missed call. Takde pulak terasa nak call semula. Alih-alih dia call balik hari ni. Tak ingat la su pernah cakap ke tak pasal interview tu kat blog ni. Tapi masa 1st sem hari tu [1st sem final year] ada lah sorang kawan blogger yang jugak student ukm cakap nak interview su pasal blogshop @ bisnes online di kalangan student untuk majalah ukm tu la. Dan caller tadi tu cakap nak buat 4 Jun ni kat Putrajaya sekali dengan 4 blogger lain.

Tapi su belum confirmkan sebab biasa kalau weekend ni ada je la kerja sosial dalam kurungan aktiviti sosial yang nak kena buat. HAHAHA. Sejak dah mula praktikal ni la terfikir nak buat benda benda luar alam bagai. Kalau tak weekend tu sama je macam hari-hari lain. Sekarang ni dah berbeza ok. ‘I LOVE WEEKEND’ je memanjang. HAHAHAH.

Nak kena confirmkan dalam minggu ni jugak laa…On ke Off?

Cop! Maknanya kalau kena interview dek majalah ukm tu kira luar alam jugak ke? haha

Saya suka la orang friendly friendly dengan saya sebab saya ni penyenyap. Lebih kurang macam pepijat tu jugak la. HAHAHAHAH

Macam biasa, tak best lah takde gambar kan.
Saja letak gambar ni sebab nostalgia ya kawan-kawan. 
Unik pun unik. Ecece
Ni gambar masa su first year kat UKM. Gambar kelas.
Su duduk paling depan, tiga dari kiri.

p/s - nanti su update story pasal interview tu [kalau jadi] okeyh! hari ni su dengan ika puasa. terkejut kakak2 ofis. dah la diorang siap bawak nasi lemak ajak makan sekali pagi ni. huish nasib baik puasa kan…hehehe. dapat jugak merasa berpuasa dan berbuka puasa dengan cik ika kita ni. yela sebelum ni kolej lain lain. sorang hujung sebelah timur, sorang lagi hujung sebelah barat. mana nak dapat sambut puasa sama-sama hahaha 

2 comments:

Nida said...

Masuk blog Su jer meti terkenang UKM, tempat jodoh dipertemukan..hehe

Good luck dalam praktikal..:)

Belleza~ said...

heheh. seronok kan jmp jodoh kat ukm. apa2 psl ukm mesti ingat kenangan dolu dolu. haha

mekaseh kak nida! :)