I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, May 23, 2011

Ditindih a.k.a. kena tindih. Bukan tuntutan bertindih ya. Bukan!



Assalamualaikum



Entry ni rentetan daripada post su yang ni mukadimah dulu boleh kan? Punya la lama amik masa nak post entry ni sebab tak jumpa-jumpa masa yang sesuai nak tulis cerita pasal tu. Sorry ya. Ni sekarang ha baru jumpa. HEHEHE.

Hari tu cukup seminggu su pindah kolej baru and start LI. Dan untuk weekend yang pertama, su tak balik rumah sebab nak kena buat preparation untuk first presentation kitorang. Kalau balik rumah, mood untuk buat kerja-kerja ni semua memang tak pernahnya nak ada. HAHAHA.

Ok nak dijadikan cerita, hari sabtu malam ahad minggu pertama su duduk bilik baru di kolej baru tu adalah satu kejadian berlaku. Sebenarnya satu hari tu memang su dah rasa lain dan kebetulan, ika merangkap su punya teman se-bilik dan se-LI pun cakap su macam pelik je sepanjang hari tu. Malam tu, su pergi tandas lebih kurang dalam pukul 1.40 pagi. Su pergi seorang diri sahaja ya sebab memang dah terbiasa pergi tandas sorang-sorang pukul 2-3-4 pagi ni. Balik je dari toilet, su dah mula menguap [tiba-tiba je padahal sebelum tu takde la rasa nak tidur pun], rasa mengantuk yang sangat-sangat-sangat mengantuk sampai mengalir-ngalir airmata den. HAHAHA. memang dah tak boleh nak bukak mata langsung. Terus tutup lappy dengan tak cakap good night kat su punya roommate ni, laju je pergi tidur [biasanya su akan cakap su nak tidur]. Entah bila su terlelap pun su tak sedar [biasanya sebelum tidur mesti baca ayat kursi dulu tapi malam tu langsung tak baca apa-apa].

Sedar-sedar je, su tak boleh bergerak and I can see ika atas katil dia tengah mengadap lappy. Tapi su tak boleh panggil dia, suara macam tersekat dan su dapat rasa ada ‘something’ atas badan su [berat dan macam susah nak bernafas] and I can see ‘some-curly-black-hair’ at the same time. Dan su ada dengar ‘bunyi’ dekat tepi telinga. Err…..yang su ingat, su cuba sebut ALLAH tapi tak boleh dan su dapat rasa mulut su terbuka tapi suara tak keluar.. Su ingat su sebut “TOLONG” dua kali but still, ika can’t hear me. Tapi lepas tu su berjaya jerit “IKA!” For the second time I called her, baru la dia bangun dari katil dan su nampak ika datang dekat su. Bila ika dah dekat, terus su boleh gerak [my bulu roma berdiri ok sekarang ni.HAHAHA.nasib baik dekat rumah ni ha].

Lepas tu, baru su dapat sebut “ALLAH” dan su ingat su cakap dekat ika, su takut. Secara automatik, terus capai handphone dan bukak surah yasin. Lama su senyap atas katil. Su nampak ika pandang su. Sampai la ika tanya, “su, nak tidur bawah tak?” OK. Masa ni baru lah su bangun, su duduk atas katil, su nangis. Tindakan drastik lagi sekali. Sebenarnya su macam bingung dan blur blur sikit. Otak macam nak memikirkan balik apa yang jadi tadi tu. Sambil menangis atas katil tu, su cerita dekat ika. Tiba-tiba su rasa lain, terus melompat atas katil ika [jangan bayangkan su melompat teruk-teruk,bayangkan su melompat manja-manja gitu.HAHAHA]. Tindakan automatik lagi, tengah-tengah malam tu, dah pukul 2 lebih kalau su tak silap, terus call mak tapi abah yang jawab sebab mak dah tidur. Terkejut abah tengah-tengah malam anak dia call nangis-nangis macam tu. Lepas tu abah pass fon dekat mak. OK masa tu dah rasa nak balik rumah time tu jugak. Macam-macam perasaan ada. Konfius. Takut. Semua la.

Ika kata dia dengar su cakap ‘tolong’ dan su panggil nama dia, tapi dia ingat su mengigau. Sebab mula-mula dia tak dapat faham apa yang su sebut. Tapi masa dia dah datang dekat su, dia kata mata su terbuka tapi nampak mata putih je. Haa…..Takut ok. Sebab tu la su kata su boleh nampak dia. Su nak gerakkan tangan, nak lambai dia, tapi tak boleh. Suara pun tersekat-sekat. Masa tu su tau su sedar sebab su boleh berfikir dan su harap sangat ika datang kat su dan tak takut dengan su. Kira memang su sedar lah kan kalau su boleh fikir benda tu semua. Hmm…lepas tu, sampai ke pagi memang tak boleh tidur padahal dah berkongsi katil dengan ika.

Sepanjang hari esoknya, su dah rasa tak selesa duduk dalam bilik tu. Sampai dah tak berani langsung nak duduk dekat meja study pun. Tumpang meja ika. Lepas kejadian tu nak kemana-mana pun kami pergi berdua. Sebab bilik yang su duduk sekarang ni bilik coursemate su dulu, so pagi tu su call dia. Mana lah tau kalau dia tau apa-apa kan. Mula-mula shud tanya, su dengar cerita daripada siapa? Tapi bila su kata su yang kena sendiri, shud pun cakap bilik tu memang ada ‘sesuatu’. OH. OK. Bilik tu memang ada. Shud cakap dia pun selalu kena jugak dulu tapi tak seteruk macam su. Dan mungkin sebab su dengan ika ‘orang baru’ dekat situ, biasa la kan. Lagi satu shud kata mungkin su stress kut sebab masa dia kena dulu pun time sebok dengan assignment and masa minggu-minggu nak final. Su rasa memang salah satu puncanya sebab su stress lah kut. Beberapa hari sebelum tu, kalau tak silap masa birthday su…..su ada call mak dan secara tak sengaja meluahkan perasaan tertekan dengan beberapa masalah yang buat su menangis teresak-esak dalam fon tu. Sampai cik ika yang mendengar pun menangis jugak. Haih masalah sikit je menangis kan HEHEHE. Baru LI 2-3 hari je tu dah rasa stress bagai [rasanya pertama kali su menangis masa hari jadi huhuhu spoil hari jadi mood je kan.isk]

Sepanjang hari ahad tu, fon memang tak berhenti berbunyi. Kalau bukan call ada je sms yang masuk. Semua duk tanya su ok dah ke. Ada apa-apa lagi ke dalam bilik tu. Su jangan risau. Selalu baca quran, baca yasin. Mak pesan next time jangan pergi toilet sorang-sorang kalau dah tengah malam tu, tutup kepala. Baca doa. Jangan nak berani sangat. Tempat orang bukan tempat kita. Fatimah pun suruh kitorang hati-hati sebab dia pun duduk kolej ni jugak dulu. Mak, shud, jo, kak suhaili……..semua kata jangan stress stress. Haa pendek kata, banyak lah nasihat yang su dengan ika dapat after peristiwa tu. Dan sejak tu jugak, su dah tak tidur lagi dalam bilik tu. Kitorang tidur bilik raudhah dengan jo. Nak baring-baring atas katil tu pun, su ambik masa seminggu dua jugak. Bukan apa, terbayang-bayang lagi benda yang jadi tu.

Alhamdulillah. Sekarang memang dah betul betul ok tapi kalau nak kemana-mana tu masih lagi bertemankan cik nur zulaika la. HEHEHEH

p/s-sayu hati tengok berita kejadian tanah runtuh kat rumah anak yatim hulu langat tu. salam takziah. al-fatihah

2 comments:

syaza kelyza said...

dulu masa kat asrama selalu kena tindih . T___________T

Belleza~ said...

yeke..su pun penah kena jgk sblum2 ni klu balik kg.tp tak penah seteruk mcm kali ni.huhu