I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, May 24, 2011

First presentation.But not as a student.


Assalamualaikum

Hari tu su ada kata nak story pasal first presentation su dengan ika kan. tapi tak cerita cerita pun lagi. hehehe sorry ya

Susah la bila dah start kerja ni, macam tak cukup masa je. Eceh. Kau ingat kau doktor, majistret, lawyer? HAHAHA.

Mula-mula just story sikit pasal tajuk yang kitorang dapat tu. Kira face to face dengan supervisor sorang tu je la. Ingat kan itu la presentasinya. Sekali kena present dalam meeting room. Tak sangka lah pulak kena buat pembentangan yang betul-betul pembentangan. Secara formal ya. Dengan bos dan staff ofis yang PTD PTD semuanya tu. Haih patut lah suruh siapkan powerpoint bagai.

Dah kata pulak masuk bahagian maritim ye tak. Kalau tak cakap pasal maritim tak sah kut. Hehe. Tapi ye la, kitorang dulu memang lah ada jugak belajar pasal maritim and UNCLOS ni semua tapi tak de la detail pun. Tahu-tahu macam tu je la. Sekali nak kena present pulak pasal isu maritim dekat depan expert expert semua. Memang ‘kena’ aje lah jawabnya. Nak buat camane. Memang tak mengkaji yang betul betul mengkaji pun. Belasah je laa

Untuk tugasan pertama ni, su buat pasal Pulau Tekong. Ika buat Selat Melaka. Memanglah banyak salah. Fakta tak tepat, tak betul…itu ini salah. HAHAHA. Kan dah kata, diorang expert ok isu-isu laut dan maritim ni. Kitorang punya study lebih focus pada conflict, war, policy, terrorist, hubungan negara, etc. Takde lah sangat masuk dalam laut. Heheheh

Lepas habis present, ada lah bos comment sikit pasal slide, pasal content, apa yang kurang, apa yang perlu. Tapi…ok la sebab diorang pun cakap ok. Siap tepuk tepuk tangan lagi. HAHAHAH.  

Tugasan yang seterusnya kena buat pasal Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan and Ligitan. Macam mana ICJ setelkan isu-isu ni. Tiba-tiba kan kena buat jugak pasal Pulau Pisang. Ala pulau yang dekat Pontian tu. Ni kalau bukan orang johor memang tak tahu agaknya. Tapi su bukan orang johor pun tau je. Hehehe. Dah kena study pasal pulau tu maunya tak tau. Kut kena present jugak karang nak kata apa ye tak. Tapi yang ni belum present lagi la. Mungkin minggu ni kut sebab dah minggu akhir kitorang kat sini. Lepas ni nak kena turun bawah pulak. Sambung lagi sebulan kat BKD. Lepas tu habes…

Nak kena cari keghoje pulak ya. Owh saya dah besar! HAHAHAHAHA

0 comments: