I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Saturday, May 7, 2011

kalau tak tahu su praktikal kat mana, entry ni boleh tolong bagi korang tahu :)


assalamualaikum

3/5/2011 - hari melapor diri ke organisasi untuk latihan industri atau dengan kata mudahnya 'praktikal'

janji dengan palie pukul 7.15 pagi. semangat sangat nak masuk kerja. eceh. tak la semangat sebenarnya. sengaja keluar awal sebab nak pergi makan dulu. lepas tu nanti kalau traffic jam ke apa tidaklah susah di kemudian hari kan. 

ha su internship kat sini..
memang lokasinya dalam bangunan ni..

mula-mula sampai je dah salah pagar. mana lah tahu nak masuk pagar mana satu. besar sangat. tapi akhirnya berjaya jugak jumpa pagar yang betul hahaha. lepas tu kena tinggalkan ic and masuk guna pas dan kena turun tangga lepas tu naik tangga pulak. jalan sikit baru jumpa pintu masuk bangunannya. mencabar fizikal betul. heheh. so masuk lah sendiri dalam keadaan blur blur dan muka tak tahu apa-apa tu. nasib baik berdua. kalau bertiga, ber-empat, berlima...lagi lah bagus kan. hee

bila sampai dekat lif, ada orang tegur dan tanya nak ke mana. agaknya dia perasan kitorang tengah tercari-cari terjenguk sana terjenguk sini. akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju. tapi sebelum masuk kena tulis nama dulu. sebab guna pas pelawat je kan. rasa macam nampak ramai sangat polis la dekat sana. bukan rasa lagi dah, memang ramai pun. hehe. kat sini memang ramai pengawal keselamatan@polis. mula-mula kena lapor diri dekat bahagian pengurusan. lepas dengar briefing dan kena temuduga sikit [neves oi neves. ops piramid semua keluar hahaha] and buat finger print semua, kitorang pun dibawa ke division yang sepatutnya. untuk 2 bulan ni, kitorang kena masuk 2 bahagian yang berbeza but still bersama-sama. kalau tak faham, faham kan jugak. haha. nak dijadikan cerita, rupa-rupanya yang menegur dekat lif tadi tu bos kat first division rupanya. kebetulan sungguh la 

sorry ya. terpaksa blur kan yang tepi tepi tu. sulit. heheh

kesimpulannya, untuk praktikal ni...kitorang akan dapat jadual kerja tapi belum dapat lagi la. buat masa sekarang, kena buat assignment sikit pasal isu-isu maritim dan lepas tu kena buat presentation. dah lepas satu presentation. isnin ni ada lagi satu. lepas tu kena tolong Kak L buat report untuk website organisasi. pun isnin ni jugak kena siap. so, bila dah mula kerja........rasa sangatttt sayang sabtu dan ahad. tak sabar-sabar menunggu weekend. hahahha.

cantiknya ^^,

0 comments: