I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Tuesday, May 24, 2011

Kami adik-beradik lain mommy lain daddy


Assalamualaikum

Tahu tak hari tu masa bos datang jumpa su dengan ika, tiba-tiba dia tanya “Korang berdua ni adik-beradik ke?” Kitorang pun menggeleng-gelengkan kepala. Lepas tu dia senyum. Hahahaa. Motif?

Satu hari yang lain pulak su dengan ika pergi café kolej untuk dinner. Masa tengah order tu kan, tiba-tiba [tiba-tiba lagi HAHAHA] abang café tu tanya, “Kalian ni bersaudara?” Errr……su pun cakap tak. Ika pun cakap bukan. Lepas tu dia kata lagi, “muka mirip sekali.” Hahaha.

Dulu masa dalam lecture, Dr Azizan pun selalu perli perli kitorang. Sebab apa? Sebab kitorang senyap, lepas tu selalu duduk tempat yang sama dalam lecture class tu, and biasanya mesti duduk sebelah sebelah. Kalau nak tukar tempat duduk tu, pergi duduk sebelah orang lain ke, memang jarang la. Dia mesti cakap, “Korang tak pernah tukar tempat duduk ke?” HAHAHA lagi. Tu belum masuk lecturer yang suka hati je tukar nama kitorang. SITI suraiza jadi NUR suraiza. Yang NUR zulaika boleh jadi SITI zulaika. Elok sangat lah tu. Bunyi pelik je. HI.HI.HI.

Sekarang ni dekat ofis je mesti selalu kena tegur sebab pakai-baju-sama-warna. Bos pun penah tegur jugak tu. Pendek kata ada la staff yang tegur. Uish kitorang pun kadang-kadang tak pernah perasan pun baju kurung yang dipakai tetiap hari tu sama colour ke tak. Camane la orang lain boleh nampak. Tapi yang peliknya, takde lah kitorang plan nak pakai baju sama colour pun. Biasanya kitorang iron baju untuk seminggu terus, kalau rajin lagi iron untuk dua minggu  terus. Haaa masa nak pakai tu pulak takde lah nampak orang tu pakai baju warna apa. Main pakai je. Sekali tersama lah pulak kan. Heheheh. Kadang-kadang tu, baju tak sama colour cuma tudung je warna lebih kurang pun dikata sama jugak. Tak faham sungguh la. Haha. Siap ada komander yang kat ofis ni tak percaya. Dia kata su dengan ika plan nak pakai baju sama. Isk betul la kitorang tak penah plan pun. Sila la percaya.

Sampaikan kitorang decide nak plan awal-awal esok nak pakai baju warna apa supaya tak sama warna. Hahaha dahsyat tak dahsyat kitorang pilih baju sekarang.   


biru.kebetulan.

hijau. memang sama sebab tiap2 jumaat sekarang dah pakai hijau

sorang maroon.sorang merah.tapi still dianggap sama warna gak.isk lain laaa

ni yang biru tadi.hari yang sama ya.bukan hari lain sengaja pakai sama lagi tau.bukan.haha

with jo.comey kan.kan.
masa ni tengah tunggu driver mai amik nak p keje.hehehe

baju yang jo pakai ni su tolong iron-kan sebab rumet dia dah pesan,mintak tolong su iron.saja nak kecoh.ada aku kesah?hahahahaha

masa ni pun tengah tunggu driver jugak.hahaha
[baru praktikal dah pakai driver.keje nanti pakai apa agaknya.pilot mungkin.hihihi]


1 comments:

Nora Karim said...

ha ah la...mmg nampak macam adik beradik... cam seiras jek muka... hihih