I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Thursday, June 30, 2011

last day at UKM with ika. aura sedih pulak tetiba :(

assalamualaikum

tadi su dengan ika pergi library [ptsl la mana lagi kan]
nak pulang buku yang banyak banyak banyak tu sebab kitorang nak balik dah petang ni


tapi. . . . .boleh pulak system down [server down pun boleh]
nak pulang kat kaunter pun tak dapat sebab semua sistem ada masalah


so sementara tengah pening pening duk fikir macam mana nak pulang buku, tiba-tiba datang la dua orang minah arab ni. mula-mula ingatkan dia mintak tolong kitorang ambikkan gambar dia dengan kawan dia, rupanya dia nak ambik gambar ngan kitorang berdua nih. . . . .haih maklum lah. . . . .kami kan retis [artis] HAHAHHAHAHAHA


siap suruh su pegang tesis dia lagi tuh
tak boleh blah betul heheheh

siap mintak ika peluk bahu dia lagi tuh
konon dah kawan lama la
lagi tak boleh blah BETUL kahkahkah

tiba-tiba kan. . . . .dapat idea nak pulang buku tu macam mana
dah la banyak, kalau su bawak balik rumah minggu depan datang hantar pun tak mampu nak bawak sorang-sorang

so. . . . . ika pun sms la encik beliau mintak dia tolong pulangkan sebab buku yang beliau pinjam pun ada.
eh eh tup tup ajak kitorang lunch pulak [beliau belanja okeyh.murah rezeki.heheh]

sekian . . . . .
e eh takde pulak aura sedih kan hahahah

we did it!

assalamualaikum

su dah berjaya siapkan 'kerja' tu
tinggal nak edit edit touch up sikit sana sini je
alhamdulillah..siap jugak
dah tak sanggup nak berlama lama lagi kat sini
dah takde orang pun
memang dua tiga bilik je yang still terang kat floor ni
betapa sunyinya. . . . .kitorang je yang tahu hahaha



g'night!

Monday, June 27, 2011

alaa kerja yang su cakap hari tu...hee

assalamualaikum

haa ini lah kerja kami sepanjang minggu yang dah habeh praktikal ni
pandai pandai la korang teka apekemendenya yang kami tengah struggle sangat buat nih. 



gambar ni memang diambil hari ni.
tadi petang.
betul. tak tipu

so ini lah yang su dengan ika buat sampai sepah sepah bilik
kebetulan ramai pulak yang datang bilik hari ni
maka. . . . .menjadi kebetulan juga la bertimpa-timpa 
soalan yang datang

[semua konfius kami tengah buat apa sebab nak kata buat tesis, tesis dah hantar siap dah dapat markah lagi tu. nak kata buat report apa ke hal sampai guna buku ptsl. report pun dah hantar tadi. heheheh. oleh itu, biarlah rahsia]


orang yang tertentu je su bagitahu.
kepada orang yang tak tertentu, maaf tak dapat su nak bagitahu. heeheh



Thursday, June 23, 2011

minggu akhir LI~

pagi isnin.20jun.7.30am






















gambar 22jun.


dah sampai minggu-minggu akhir praktikal.so buku log 
[selalu su cakap report card] nak kena dipenuhkan apa yang patut

pagi khamis.23jun.7.33am.






















sekian. . . . .
ni je dulu buat masa sekarang

errr nak pergi berperang dengan NYAMUK! 

Wednesday, June 22, 2011

hidup ni yang penting kena SABAR dan IKHLAS

assalamualaikum

minggu ni sebenarnya minggu terakhir su praktikal. start hari isnin lagi dah bukan main tak sabar nak tunggu jumaat. tak sabar nak habes lah sangat. last last hilang terus rasa excited nak menghabiskan LI tu bila tiba-tiba dapat kerja [tapi ini bukan kerja yang betul betul kerja duduk dalam pejabat ke apa.bukan.memang bukan] 

dapat kerja untuk tolong orang dengan bergaji [bukan gergaji]

kerja apa tu tak boleh pulak nak bagitahu. biar jadi rahsia su dan ika serta mak mak kami berdua sahaja. HAHAHA. mak mak memang wajib tahu la sebab kami tak jadi balik minggu ni. ingat kan ika je kena soal siasat dengan bonda tersayang, sekali su pun kena soal siasat jugakkk dengan mak. . . . .mak su sebelum ni tak pernah soal dan siasat pun. . . . .tapi tu la, mak mak zaman sekarang ni semua mencurigai anak anak mereka kan. HEHEHE

tapi bila dah dijelaskan. . . . .mak mak kami pun OK je. baik baik kan mak mak kami. eheh. sebenarnya masa mula mula encik beliau minta tolong tu, terus terang su kata su MALAS. haih kadang-kadang su ni pun terlalu lah sangat berterus-terang orangnya. HEHEH. tapi lama lama bila difikirkan balik apa salahnya. lagi pun su bukan duduk jauh sampai dah beli tiket kapal terbang ke apa nak balik sangat. setakat duduk UKM lagi seminggu je. lagi pun ada je kawan yang sambung LI sampai 30hb + su dah bayar yuran kolej sampai hujung bulan.   

sebenarnya, su bukan nak tolong sebab dibayar. memang bukan. langsung tak kesah pun dibayar atau tak. su guna perkataan TOLONG kat sini sebab memang niat betul betul nak tolong. kalau tak dibayar pun memang dah terfikir nak buat. cuma saja je su dengan ika tak bagitahu beliau yang kitorang memang boleh tolong. HAHAHA. 

kami ni kadang kadang kejam jugak kan :P

p/s - bila ABC, rasa tak mampu nak buat apa. sakit luar biasa.

Monday, June 20, 2011

Interview-Utusan Melayu Isnin 20/06/11

assalamualaikum

i cakap pasal poligami u!
diri sendiri pun macam tak percaya. . . . .HAHAHAH

print screen from website utusan

yang kat depan ni pulak gambar masa pergi sungai tekala haha

meja ofis memang sengaja sepah sepah [dah macam kedai kopi.abaikan sudu plastik cawan kertas etc]

okeyh yang ni su dapat dari adik
dia siap MMS lagi tu bila su kata su tak jumpa suratkhabar lagi hari ni hahahaha
pinjam gambar masa interview kat taman botani hari tu with crew majalah ukm
su pinjam gambar ni. takpe kan u'óls (^^,)

Minggu lepas yang dah lepas & Interview Lagi [Utusan pulak]

Assalamualaikum

Sepanjang minggu lepas langsung su tak hapdet belog kan. Hamboih hamboi dah busy sangat la konon. Hahahaha.

Balik keje je dah ngantok tahap tak ingat. Pukul 9 lebih dah tidor. Tapi minggu lepas la. Minggu ni mungkin pukul 2-3 pagi baru boleh tidor kut. Hehheh. Mungkin.

Minggu lepas su dengan ika pergi keje dengan membawa kereta sendiri ya sebab encik encik driver sekalian semua mem-busy-kan diri memasing di hotel hotel. Dorang ada kerja [event] so tak balik UKM. Kalau yang balik tu pun ada driver yang datang ambik dorang. Nak tak nak, kami kami ni kena la berdiri-di-atas-kaki-sendiri a.k.a berdikari lah ya minggu lepas. So. . .oleh itu. . .makanya, kami tanpa segan silu dengan penuh sopan dan santun serta semangat ketimuran yang tinggi telah meminjam kereta Haris. HUAHUAHUA.

Ini bukan idea kami ya. Sebab mula mula su ingat nak duduk rumah makcik su dekat Presint 9. Tapi Palie kata kitorang boleh guna kereta Haris. So lebih baik la meminjam kereta beliau sahaja walaupun parking jpm ni kena bayar. Bukan singgit dua ya, tapi beringgit-ringgit. Kami keghoje ni pun bukannya dapat elaun. Tapi serupa jugak la if duduk rumah makcik pun still nak kena bayar tambang bas pergi balik keje ye tak. So bawak kete je lah ulang alik UKM-Putrajaya. Bukan jauh mana pun. Sempat jugak time lunch jumaat lepas kitorang balik makan tidor kat bilik. Heheheh

Dan juga. . .disebabkan mempunyai kereta sendiri [baca kereta pinjam] maka makin jauh lah langkah kaki kami [baca makin habis minyak kereta Haris]. Sampai dinner pun dah tak makan kat kolej I tell you. HAHAAHA. Kejap kejap makan kat Bangi kejap kejap pergi Kajang. Hamboih. Ni kalau mak tau ni. . . . .haish jangan la bagitahu mak saya ya. Nanti saya belanja makan eh. Hehehe
  
Minggu lepas jugak su dengan ika pergi Port Dickson bersama dengan encik penyelia kitorang tu la  siapa lagi kan. Pergi survey hotel untuk bengkel dorang nanti. So kami ditugaskan untuk menyebokkan diri menemani beliau ke sana. Perkataan menemani tu tak boleh blah betOi. KAHKAHKAH. Ini kalau encik beliau baca nih taktau la nak kata apa HAHAHAHAH

Oh ya, dan jugak minggu lepas abang ika merangkap wartawan yang keje kat utusan telah meng-interview su. Interview pasal hidup bermadu you allss. . . . .i belum kahwin tapi ada la pendapat sendiri pasal isu tu. Adeh nak cakap ni pun malu ha. HAHAHAHAH. Kalau nak tahu su punya jawapan pasal madu dan poligami ni, boleh la beli paper utusan hari ni ya. Tapi dalam akhbar tulisan jawi tu tau. Kalau tak reti baca jawi, meh sini masuk kelas jawi ustazah Suraiza ngajor. Heheh

Tuesday, June 14, 2011

weekend saya penuh dengan kerja berfaedah je sekarang

assalamualaikum

sabtu lepas su pergi cuci-cuci mata bersiar-siar menghirup udara yang tak segar langsung di area KL nih dan berjalan-jalan serta menghabiskan uwang bertemankan adik su. HAHAHA. 
tak la. sebenarnya pergi meng-restock shawl sambil sambil membuang tension yang tak berapa nak tension sangat pun sebenarnya. hadoi belit belit dah ayat kau ni suraiza oi 

tak apa lah. asalkan kalian kalian yang membaca faham. kalau tak faham jugak, abaikan.

saja nak menggedik-mengupload-pic-sendiri-kat-blog-sendiri
kau orang tak kesah kan?
ini blog aku, bukan blog bapak kau la huahuahua [credit: faiz tapit]







..sekian.memang tak ada description.. 

untuk kali keseratus lima puluh juta

assalamualaikum


kau orang semua mesti dah TAU lagu ni kan. mesti dah PERNAH dengar kan. takpun memang dah BIASA dengar kan. dah lama nak letak kat blog tapi sampai sekarang ni ha baru teringat nak letak. HEHEH. dulu dulu selalu bukak lagu ni masa abah hantar balik UKM. sepanjang perjalanan OTW nak balik kampus tu kan, memang takde lagu lain dah. pernah abah tanya, "budak UKM ke yang nyanyi ni?" HAHAHA. sampai kan abah pun dah ter-join-menyanyi sekali lagu ni. KEKEKE.

thanks to kak fynn jamal  for the nice-gedik-gedik-manja-song ni hehehheh

150 juta

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"

"Aku lagi kenal dia"

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

"Saya mungkin baran tak kira masa"
"Tapi saya tahan kalau yang salah saya"
"Saya mungkin saja keras kepala"
"Tapi saya manja bila kita berdua"

"Saya kenal sayang saya"

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua


yang ni original from fynn jamal


ha this version yang cover by hana zatie pun best jugak.siap ada back up dancer lagi tu.hahaha

Monday, June 13, 2011

Kesinambungan lagi. So jadi Part III dah. Hahaha

assalamualaikum

entry sambungan. . . . .tu yang jadi Part 3 tu. hehehe
thank you to fathin khamamah 
i love all these photos!

 berkerut-kerut kening tu. . . tak boleh blah betOl la. . .yang FL tu pulak khusyuk bebenor mendengor hikhikhik






su memang terbongkok macam tu. 
gambar ni tak tipu. HAHAHAH

bLOgshOp upDAted eVeRybOdy!

jOm la ramai ramai memeriahkan 







sila lah terjah ramai ramai ya!
majulah industri shawl untuk negara. hehehheh

Kesinambungan Dari Entry Interview @Taman Botani [Part II]

assalamualaikum

hari tu sementara menunggu krew sidang redaksi majalah ukm datang, sempat lah kitorang ambik berpuluh-puluh-puluh keping gambar. HAHAHA. dah janji pukul 11 kan. kami memang punctual belaka. diorang berkali-kali say sorry sebab terlambat. tapi tak kesah pun sebab masa tengah menunggu tu la sempat kitorang mem-posing-kan diri memasing. bajet model la sangat. tak fotogénik langsung pun. KAHKAHKAH

 daddy's little girls. from left: ira (adik) kak long and su 
[dan untuk pengetahuan semua,su memang lagi tinggi dari kak long.MEMANG.HAHAHA]

 kakak saya rendah sikit.MEMANG.tapi SIKIT JE LA.heheh

 adik saya suka ambik gambar peluk pokok.MEMANG.kalau ada tiang pun dia peluk agaknya.HAHAHA

 @taman botani waktu matahari tegak atas kepala

  hari tu ada majlis kawen dekat sini

nanti sok sok kalau kawen nak buat tengah tengah tasek ni la pulak hee


sekian sahaja. . . . .
nanti su upload lagi gambar masa interview hari tu. 
baru dapat dari fathin. 
kalau nak tahu su tengah cakap pasal apa ni

Fri-100611 Part II

Assalamualaikum

Lepas je selesaikan semua urusan berkaitan yuran semua tu, dalam pukul 4 petang su dengan ika pun keluar. Keluar ke mana? Keluar dari UKM la senang kata. HAHAHA. Kalau ikut plan asal, nak keluar awal. Ingatkan sekejap je nak uruskan semua benda tu, sekali punya lah banyak halnya. Kitorang asyik ulang-alik kolej, ofis pusat, bahagian akademik dan bendahari. Ke hulu ke hilir tempat yang sama berkali-kali. Dah pukul 4 tu baru la setel semua.

Ala keluar pun tak kemana, Kajang je pun. HEHEHEH. Ye la kalau keluar awal memang plan nak g jauh sikit boleh balik rumah terus lepas tu. Tapi keluar pun dah petang. Dah lah tu, ternaik bas rapid baru lah pulak. Semua orang yang naik ada kad warna pink tu. Uncle driver bus tu tak bagi kitorang bayar lagi. Dia suruh naik je dulu. Lepas tu, masa sorang foreigner ni naik dan dia pun tak ada kad, uncle tu suruh dia turun. Haish. Yang su dengan ika ni dah risau. Taknak la beli kad tu sebab bukan nak naik bas dah lepas ni.

Tapi masa naik tu, su cakap la su tak biasa naik bas sebenarnya. Naik sekali ni je. Hehehhehe. Tak nak ah beli kad tu. Entah bila pulak nak guna lepas ni.

Sampai je pekan Kajang, uncle tu ambik jugak RM1. Bila ika hulur RM10 dia tak nak [kad tu kena beli dengan harga RM10]. Dia ambik RM1 jugak. Hahaha. Kalau tak, su kritik-kritik-bebel-bebel dah pasal uncle driver bas tu tadi. Heheh.

Apa pun, tak rugi kitorang ambik cuti hari ni sebab semua urusan dah selesai. Dapat jugak keluar walaupun ikut plan asal tak nak pun keluar SETAKAT pergi kajang JE. HAHAHAH [better la dari pergi putrajaya lagi.dah tetiap hari kut nak pusing bulatan putrajaya tu]

 sesi men-kenyangkan perut dan menternak lemak