I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.

Monday, June 13, 2011

Fri-100611 Part II

Assalamualaikum

Lepas je selesaikan semua urusan berkaitan yuran semua tu, dalam pukul 4 petang su dengan ika pun keluar. Keluar ke mana? Keluar dari UKM la senang kata. HAHAHA. Kalau ikut plan asal, nak keluar awal. Ingatkan sekejap je nak uruskan semua benda tu, sekali punya lah banyak halnya. Kitorang asyik ulang-alik kolej, ofis pusat, bahagian akademik dan bendahari. Ke hulu ke hilir tempat yang sama berkali-kali. Dah pukul 4 tu baru la setel semua.

Ala keluar pun tak kemana, Kajang je pun. HEHEHEH. Ye la kalau keluar awal memang plan nak g jauh sikit boleh balik rumah terus lepas tu. Tapi keluar pun dah petang. Dah lah tu, ternaik bas rapid baru lah pulak. Semua orang yang naik ada kad warna pink tu. Uncle driver bus tu tak bagi kitorang bayar lagi. Dia suruh naik je dulu. Lepas tu, masa sorang foreigner ni naik dan dia pun tak ada kad, uncle tu suruh dia turun. Haish. Yang su dengan ika ni dah risau. Taknak la beli kad tu sebab bukan nak naik bas dah lepas ni.

Tapi masa naik tu, su cakap la su tak biasa naik bas sebenarnya. Naik sekali ni je. Hehehhehe. Tak nak ah beli kad tu. Entah bila pulak nak guna lepas ni.

Sampai je pekan Kajang, uncle tu ambik jugak RM1. Bila ika hulur RM10 dia tak nak [kad tu kena beli dengan harga RM10]. Dia ambik RM1 jugak. Hahaha. Kalau tak, su kritik-kritik-bebel-bebel dah pasal uncle driver bas tu tadi. Heheh.

Apa pun, tak rugi kitorang ambik cuti hari ni sebab semua urusan dah selesai. Dapat jugak keluar walaupun ikut plan asal tak nak pun keluar SETAKAT pergi kajang JE. HAHAHAH [better la dari pergi putrajaya lagi.dah tetiap hari kut nak pusing bulatan putrajaya tu]

 sesi men-kenyangkan perut dan menternak lemak


0 comments: